ANWAR YAKIN SEMANGAT " PERMATANG PAUH KE 2" WUJUD DI NIBONG TEBAL




DSAI disambut bagai seorang Perdana Menteri di Ladang Trankrian Nibong Tebal


NIBONG TEBAL- 10Feb 2008-Bagaikan tidak disangka-sangka hampir 700 kaum India hadir untuk menyambut ketibaan DSAI di ladang Trankrian. kalau dahulunya sebelum PRU 12 ini, para pengundi yang terdiri dari majoriti kaum India sudah pastilah akan mengundi BN 100%, namun kini, ianya sudah berubah.Ketibaan DSAI disambut bagaikan seorang Perdana Menteri yang akan datang untuk membuat perubahan di kawasan rumah-rumah ladang kaum India di kawasan ini.Sambutan yang diluar jangka ini adalah tanda bahawa kaum India kini telah menyedari bahawa mereka sebenarnya ditindas oleh pemimpin MIC, sama sebagaimana UMNO menindas bangsa sendiri iaitu kaum Melayu.


Turut hadir bersama ialah Ketua Perhubungan Negeri Dato Zaharain,Pengarah Pilihanraya Negeri Sdr Mustaffa Kamal, Bakal YB Sg Acheh DR Azhar Dato Ahmad, bakal YB Sg Bakap Tuan Hj Ustaz Makhtar para penyokong dan penduduk yang terdiri dari 100% kaum India.


Ketibaaan DSAI disambut dengan diringi dengan puluhan buah kereta dan kenderaan bermotosikal dari pemuda-pemuda kaum India. Sementara Kaum wanita juga tidak ketinggalan dengan memakai lencana PKR di dada mereka sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.




Menurut maklumat yang diterima PKR hanya mememerlukan cuma ratusan undi sahaja di kawasan ini untuk menguasai DUN Sg Acheh, dan kehadiran ini menunjukkan bahawa ianya bakal terlaksana.Sementara itu, dalam ucapan Dr Azhar, beliau yang memang berasal dari kawasan Sg Acheh ini menyatakan bahawa beliau juga pernah melawat kawasan ini bersama ayahanda beliau ketika beliau masih lagi kanak-kanak. "Keadaaan waktu itu , iaitu 48 tahun dahulu masih tidak berubah sama seperti sekarang,Suasana , keadaaan sekolah,deretan rumah-rumah yang daif, serta kedudukan masyarakatnya tidak ada perubahan walau sudah 50 tahun merdeka" demikian ujarnya dan disambut dengan laungan "manggel saktee" iaitu laungan yang membawa maksud kuasa rakyat, dan disambut dengan laungan yang lantang dari semua hadirin.




Acara kemuncak ialah apabila DSAI memulakan ucapannya. Ketika DSAI ingin memulakan ucapan,laungan "Manggal saktee' sekali lagi dilaungkan dengan disambut seluruh hadirin yang hadir. DSAI menjelaskan betapa pihak pemerintah seringkali memainkan isu-isu perkauman untuk memancing undi dikalangan rakyat berbilang kaum.malah katanya"saya digelar sebagai penyokong kaum India kerana saya menyokong sesetengah dari tuntutan yang munasabah bagi kaum India, sementara di kalangan kaum Melayu saya digelar sebagai bukan seorang pemimpin tulin Melayu hanya kerana kenyataan saya di India yang menyatakan bahawa meruntuhkan kuil berusia 100 tahun adalah salah dari segi melanggar hak asasi dalam bidang beragama tanpa mahu berunding"Sekali lagi , laungan manggal saktee dilaungkan dan tepukan diberikan sebagai tanda memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam pilihanraya yang akan datang.


"Kami akan tunjukkan kuasa mengundi kami dalam memberi undi kepada PKR ," demikian tegas saudara Venoo yang menjadi juruacara majlis. majlis kemudiannya bersurai dengan laungan Manggal saktee dan reformasi.