AKHIRNYA MEMOHON MAAF KEPADA DS ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI!



Meta, syarikat pemilik Facebook memohon maaf atas penyingkiran siaran media sosial oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh. Ini selepas Pejabat Perdana Menteri menyampaikan bantahan terhadap wakil Meta semasa mesyuarat semalam. "Kami memohon maaf atas kesilapan operasi mengenai kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram perdana menteri telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul," kata jurucakap Meta kepada Reuters. Permohonan maaf itu salah satu daripada beberapa tuntutan PMO semasa bermesyuarat dengan wakil Meta semalam. ============================================================================== Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat, memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan. “Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah...tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban. “Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya hari ini.



No comments: