KAYA SANGAT PUN SUSAH


 Hidup ini kaya sangat pun susah, kalau miskin pun susah. 



Apa saya notis ialah untuk hidup tenteram dan berbaraqah terutamanya di usia senja, harta dan kewangan perlu cukup, tak lebih dan tak kurang. 


Kalau lebih pun susah dan kurang pun susah. 


Bagaimana mahu tahu harta kita sudah mencukupi? 


Ianya apabila kita mudah bersedekah di mana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya


Wallahua'llam.


*****************

Polis mengesahkan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, yang didakwa diculik dari sebuah hospital oleh isterinya pada Sabtu lalu, masih berada di negara ini.


Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, Taib kini berada di kediaman peribadinya di Kuching.


“Tun di rumahnya di Kuching,” katanya menerusi mesej pesanan ringkas, malam tadi.

Mancha turut berkata siasatan polis berhubung kejadian itu masih diteruskan, tetapi enggan mengulas lanjut.


Pada lewat petang Sabtu lalu, Taib yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, didakwa telah diculik oleh isterinya Raghad Kurdi.


Menurut laporan polis yang dibuat oleh doktor, Raghad didakwa telah mencabut peralatan perubatan yang dipasang di tubuh Taib tanpa memaklumkan kepada hospital.

Dia kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan dibawa keluar dari hospital.


Gambar Hiasan - Taib bersama isterinya, Raghad Kurdi

Laporan polis kedua kemudiannya dibuat oleh ahli keluarga lain pada Ahad lalu berdasarkan laporan pertama itu.


Menurut laporan polis kedua, tiada seorang pun daripada adik-beradik atau empat anak Taib dimaklumkan tentang keberadaan dan keadaan kesihatannya.


Mancha dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat laporan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.


Susulan itu, Raghad mengeluarkan kenyataan di akaun Instagramnya menafikan dia membawa Taib keluar dari hospital, bertentangan dengan nasihat doktor.


Katanya, perkara itu tidak benar dan mendakwa dia boleh membuktikannya, iaitu menerusi nota tulisan tangan jururawat.


Taib menjadi ketua menteri Sarawak sejak 1981 hingga 2014 sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri. Dia sepatutnya memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

Namun, tempoh perkhidmatannya dipendekkan selepas pelantikan bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke jawatan itu.


Tahun lalu, salah seorang anak Taib, Sulaiman Abdul Rahman memfailkan injunksi bagi menghalang saham dalam syarikat swasta dipindahkan ke ibu tirinya, Raghad.



No comments: