Sekali lagi budak mentah ni guna perkataan jargon ad hominem. Aku tak pasti kalau dia sendiri faham apa makna ada hominem sampaikan post Nazri Hamdan pun dia nak kata ad hominem.
Isunya bila Tengku Zafrul berkata pelajar asing yang tamat pengajian di universiti di Malaysia dibenarkan untuk bekerja bagi mengisi lompong dalam bekalan tenaga mahir dalam bidang berteknologi tinggi.
Yang kena tekankan di sini, bidang berteknologi tinggi. Bukan semua bidang. Keduanya, mereka boleh bekerja hanya jika tiada orang tempatan yang boleh mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Dia dok cerita ramai anak muda bergelut cari kerja. Mungkin betul ada yang bergelut cari kerja tapi adakah kelulusan mereka itu dari bidang yang dicari syarikat pelabur? Itu soalan yang perlu ditanya.
Ambil contoh, pekerja diperlukan dalam bidang cyber security. Contoh je ni. Tapi graduan yang menganggur sekarang ini tiada yang berkelulusan dalam bidang tersebut. Yang ada lulusan perhotelan. Apa syarikat tu nak ambil mereka bekerja?
Contoh lebih mudah, kita nak cari pemandu. Tapi calon yang datang terdiri dari tukang kebun, tukang masak, tukang rumah dan semua tak ada lesen. Boleh ke kita gajikan mereka sebagai pemandu?
Jika syarikat ini tak dapat pekerja yang mereka mahu, maka pilihan yang pelabur ini ada adalah mengambil tenaga mahir dari luar. Kos lebih tinggi. Atau, lebih mudah, pindahkan operasi ke negara jiran yang boleh sediakan bakat yang mereka perlu.
Dalam keadaan itu, kita rugi untuk jangkamasa yang panjang. Bukan kerajaan saja yang rugi. Rakyat juga akan rugi. Maka untuk mengelakkan pelabur ini dari lari, kita kena bantu mereka dapat apa mereka mahu.
Masalah kita dengan remaja kita. Ramai yang tak tahu apa tawaran kerja yang ada di luar sana. Kalau tanya anak sekolahan, cita-cita mereka tak lari dari jadi engineer, arkitek, doktor. Tak pun polis, guru, tentera. Ramai yang tak tahu kerja selain itu.
Kita boleh atasi isu ini dengan didik anak-anak tentang kerjaya baharu. Tapi itu akan memakan masa. Nak tunggu mereka tamat belajar, berapa lama masa yang diperlukan?
Di situ datang idea ini. Pelajar asing yang ambil kursus tertentu, boleh dibenarkan isi kekosongan sementara rakyat kita mula mengambil tempat di universiti. Itu pun dengan syarat, tidak ada rakyat Malaysia yang layak mengisi kekosongan tersebut.
Satu lagi masalah ialah remaja kita tak minat belajar. Bahkan ada yang terang-terangan kata SPM tak ada harga. Baik jadi influencer di media sosial. Ini masalah lagi berat. Jadi siapa yang nak kerja nanti?
Macamana anak muda kita nak belajar kalau yang jadi timbalan menteri dulu pun boleh promote mat rempit jadi ikon. Budak muda pun tengok, eh baik la jadi mat rempit, at least boleh jadi ikon nasional.
Aku pernah kata pembangkang kita ni bodoh. Kerjanya nak lawan kerajaan je. Macam tak ada cita-cita nak jadi kerajaan balik. Benda macam ni, macam subsidi bersasar, penghapusan pencen, semua ni memang perlu dan tak boleh elak.
Patutnya pembangkang sokong kerajaan. Jelaskan kepada rakyat. Biar nanti bila diorang jadi kerajaan pula, benda ni dah dilaksana. Tak payah nak fikir lagi.
Tugas pembangkang pastikan benda ni dilaksanakan dengan betul, tak ada penyelewengan. Kalau ada baru highlight dan jadikan isu. Tapi tak. Semua nak dibuat isu politik. Kan merugikan.
Nampak sangat pembangkang sekarang ni tak pandai mentadbir. Kalau PN jadi kerajaan, dengan cara yang dibuat sekarang, aku yakin 100% negara akan hancur. Sebab bodohnya sangat tak bertebing. Guane boh?
Raja Gelap II
.