LEBAI GELOJOH FITNAH

 

Letak umpan dekat mata kail. Belum sempat masuk air dan dimakan ikan, anjing peliharaan dah makan umpan tu sekali mata kail. Tak pasal koyak mulut anjing peliharaan itu.

Ini perumpamaan untuk kejadian yang berlaku baru baru ini. Fitnah yang Teresa Kok dilantik menjadi Pengarah Felcra yang baharu. Niat mereka supaya rakyat benci kerajaan.

Rupanya yang masuk perangkap lebai sendiri. Lebai yang galak share. Tak sempat rakyat nak termakan hasutan kebencian kaum, lebai pula yang terlihat sebagai pemfitnah.

Almaklumlah. Lebai bukan jenis cerdik. Tak pandai nak cari isu dan kritik kerajaan secara berfakta. Dah begitu, malas periksa kebenaran. Jadi bila ada isu kaum, lebai tak tunggu lama.

Senjata makan tuan. Begitulah bila jadikan fitnah sebagai rencah politik. Tapi Allah Maha Hebat. Bila Allah nak pusingkan kejadian, Allah tak perlukan bantuan sesiapa.

Ini mungkin peringatan buat semua. Usah jadikan fitnah sebagai amalan. Lihat bagaimana fitnah yang direka untuk burukkan lawan akhirnya burukkan diri mereka sendiri.

Semoga dengan kejadian ini rakyat dapat melihat dengan jelas;

1. PN menjadikan fitnah sebagai kaedah politik.

2. PN sengaja reka isu kaum demi kuasa. Tak hirau soal perpaduan.

3. Lebai pemalas dan tak mahu cari fakta.

4. Lebai tak bertanggungjawab. Bila salah, enggan mengaku dan lekas dia salahkan orang lain.

5. Lebai ego dan bongkak. Minta maaf sambil lewa.

6. Lebai tak mahir soal pentadbiran. Berpaut pada isu kaum untuk nampak berfungsi.

7. PN tak punya kelayakan untuk memerintah.

Kita perlukan pemimpin yang berkaliber untuk maju sebagai sebuah negara. Kalau setakat berpakaian Islamik tapi penuh kejahatan dan lemah pula dalam pentadbiran, itu bukan pemimpin yang baik.

Akhir sekali, iman itu bukan hanya pada lidah dan tangan (pertuturan dan perbuatan) bahkan juga di hati (niat). Kesemua ini penting hingga niat yang baik tak halalkan perbuatan yang jahat.

Yang mengaku beriman, jika tuturnya penuh fitnah, maka eloklah diperiksa kembali imannya. Orang yang beriman, percaya hari pembalasan, takkan berani memfitnah. Guane boh?

Raja Gelap

.