KEDAH MILIK SIAM?




Geng Sanusi marah saya. Katanya saya ni loyar buruk saja. Penerangan saya mengenai Perlembagaan itu buat habis beras. Sebab kalau PN dapat 2/3 kerusi PRU16, mereka boleh ubah Perlembagaan.

Astaga…. Dulu propagandanya, kalau DAP naik mereka akan ubah Perlembagaan Negara. Rupanya, set2 ni yang sebenarnya punya hasrat terpendam.

Kena ingat ya, kalaupun DAP dapat 2/3 kerusi, mereka takkan boleh ubah peruntukan mengenai Bumiputera dan Islam tanpa persetujuan Majlis Raja2 Melayu.

Tapi kalau PAS nak tukar Perlembagaan isu seperti ini, they can bulldoze anytime. Tak payah Majlis Raja2 pun.

********************

Jadi kita tahu, kalau PAS memerintah gebangnya, mereka nak ubah Perlembagaan. Jadi kan Penang, Kedah punya.

Boleh kah berlaku? Jawapannya boleh. Perlembagaan bukan kitab. Ia boleh dipinda dengan undi 2/3. Tapi sekali kita ubah Undang2 Tertinggi Negara, banyak implikasinya.

Satu yang utama, sekiranya Kedah ubah Perlembagaan sebab nak kan Penang, akan buat semua tuntutan negeri atau wilayah terjejas. Ini kerana sudah ada precedent/ atau duluan. Boleh buat Negeri/ Negara lain akan tuntut juga.

Misalnya, Sultan Sulu pun boleh guna contoh Kedah ni untuk kes dia. Sabah dan Sarawak pun boleh tuntut kedaulatan mereka.

Dan yang paling ironi, silap2 Thailand boleh tuntut Kedah semula. Kena ingat, Fasal 167(7) Perlembagaan kita, masih lagi termaktub, Malaysia kena bayar kepada Raja Siam untuk negeri Kedah.

Tak ke sia2, kalaupun Kedah dapat Penang, Siam

pulak tuntut Kedah. Sebab duluan dah ada.

********************

Tu sebab saya tak berapa percaya geng Parti Syurga ni. Depa kalau nak lari dari isu, main sebut je. Tak pikir akibatnya.

Pada saya, isu ini hanya gimik Pilihanraya. Propaganda untuk perang dengan orang lain ialah taktik standard politikus yang malas.

Tengok kan Presiden Amerika, ishtihar perang dengan negara luar bila mereka nak lebarkan pengaruh. Contoh: Perang Teluk dan Perang Vietnam. Bohong yang banyak.

Samalah, polemik Kedah-Penang ni bohong belaka. Propaganda pilihanraya. Agar pengundi pajak otak kepada mereka.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: