SEBENARNYA HANYA 13% YANG TERDESAK MENGENAI KWSP- JIKA DIBERIKAN PUN AKAN HADAPI MASAALAH YANG SAMA JUGA












Anda nak:

Keluar KWSP kali ke 5?

Nak Dividen KWSP tinggi?

Nak OPR rendah?

Nak Inflasi rendah?

Nak ekonomi mengukuh dah peluang pekerjaan banyak?

Well good luck finding that sebab tak dapat semua sekali di Malaysia. Ini orang putih kata "you can't have your cake and eat it too".

Orang kita ini kena banyak sikit membaca terutama sekali bab ekonomi dan kewangan, barulah tak senang kena pengaruh dengan sentimen dari politikus.

Untuk rekod kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.





Jadi kalau 4 kali pengeluaran pun masih tak selesai masalah, maknanya kalau yang kali 5 pun pasti akan sama; Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results

Masalah dengan pengeluaran KWSP ini, asset KWSP ini majoritinya dalam bentuk bukan tunai jadi kalau nak benarkan pengeluaran kali ke 5, KWSP kena jual aset atau saham untuk dapatkan tunai. Bila jual aset atau saham, kesan dia akan nampak pada tahun kewangan yang hadapan; nanti korang pula bising bila dividen KWSP 2024 rendah.

Kemudian masalah inflasi bila ada lambakan tunai dalam market. Kena belajar sikit teori ekonomi demand and supply dan inflasi hari ini adalah sebab 33 bulan dulu tak buat apa. Secara umumnya kalau duit dalam market banyak, boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan, yang boleh mengakibatkan peningkatan harga.

Contoh waktu Pandemik, GPU RTX 3080 keluar tapi kuantiti sangat terhad, masa itu KWSP boleh keluar pula dan jadi lagi teruk bila ada kripto miner pun demand nak GPU. Itu yang harga GPU masa itu inflated sampai 2 kali ganda sebab supply kurang, tapi demand lebih. Sekarang ini pula demand GPU dah kurang sebab kripto market dah crash dan lambakan GPU banyak di market sebab itu harga GPU adalah di bawah MSRP.

Masalah besar bila banyak wang dalam circulation, ia boleh menyebabkan peningkatan permintaan untuk barang dan perkhidmatan. Nak kawal benda ini dengan naikkan OPR supaya orang tak berbelanja dan simpan duit. Ini terbalik dengan masa Pandemik, OPR sangat rendah sebab Bank Negara nak suruh orang bebelanja untuk merancakkan ekonomi. Kalau nak ekonomi terus kukuh, kalau ikut pendapat saya terus naikan OPR 0.5 mata baru tukaran kita dengan USD kukuh dan inflasi akan dapat di kawal dengan lebih cepat.

Tapi kalau buat macam ini nanti orang yang ada loan akan sakit. Tambah sakit lagi kalau ada pengeluaran KWSP kali 5, macam orang kena kencing manis di sua cendol waktu puasa.

Bila ada survey kata 87% rakyat tak berminat pinjaman bercagar untuk KWSP, ini satu perkara yang bagus. Maknanya hanya 13% sahaja yang terdesak dan rate yang di tawarkan oleh bank yang terlibat masih lagi rendah dari pinjaman peribadi. Yang terdesak boleh guna duit pinjaman tadi untuk bayar hutang tertunggak dan bila mereka bersara nanti, mereka masih ada duit dalam KWSP untuk meneruskan saki baki hidup.

Yang tidak terdesak tak payah pinjam, macam ada adik yang saya jumpa sendiri cerita dia keluarkan duit KWSP 30K waktu covid beli macam-macam online, habisnya sekarang barang tersebut tak tahu ke mana dan duit KWSP sudah habis.

Keluar KWSP ini boleh menyebabkan ketagihan terutama sekali jika kita tak ada pengawalan diri terhadap kewangan. Sebab itu krisis ekonomi 97 dan 2008, mana ada orang keluarkan KWSP. Benda ini special case sebab orang tak boleh berkerja dan kerajaan dalam masa yang sama tak ada kewangan yang cukup untuk membantu rakyat pada waktu itu kecuali sesetengah orang yang dapat projek Janawibawa, tapi dia pula buat masuk duit dalam akaun parti.

MMMS.