MASA KAU HENTAM BANGSA LAIN...TAK INGAT DUNIA...BILA BANGSA LAIN KATA KAMU...KAMU NAK JADIKAN IANYA ISU NEGARA DAN BANGSA.......PATUT LA......KALAU RASA TAK LEH G DAH...ELOKLA GANTI ORANG LAIN PULAK

 

Pemimpin PAS jahil, biadab, pemimpin DAP kecam Hadi





Lee Chin Chen berkata dakwaan Abdul Hadi Awang itu adalah satu tuduhan serius, rasis, dan prejudis, malah boleh menggugat keharmonian kaum di dalam negara.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mengecam Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin jahil susulan kenyataan presiden PAS itu yang mendakwa masyarakat bukan Islam sebagai punca gejala rasuah dan perosak ekonomi.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lee Chin Chen berkata pemimpin PAS terlalu sombong dan kerap menyinggung perasaan orang bukan Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan biadab.

“Saya kagum dengan sikap jahil pemimpin PAS yang tidak menghormati langsung masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera di dalam negara ini, seolah-olah kami ini bukanlah rakyat negara ini.

“Ini bukan kali pertama pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan biadab berkaitan masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Mereka terlalu sombong sehinggakan mereka kerap mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menyinggung perasaan kaum dan penganut agama lain di dalam negara ini, bahkan menghina kami dan agama kami.”

Semalam, Hadi di Facebook mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Lee berkata, dakwaan Hadi itu adalah satu tuduhan yang serius, rasis, dan prejudis, malah boleh menggugat keharmonian kaum di dalam negara.

“Hadi seharusnya mengakui hakikat bahawa rasuah adalah masalah utama dalam negara ini dan ia merentasi kaum dan agama. Sesiapa sahaja boleh melakukan jenayah rasuah di dalam negara ini,” tegasnya.

Beliau mendesak pemimpin PAS berhenti mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain dan tidak menjadikan agama sebagai modal meraih sokongan politik.

“Pemimpin PAS harus berhenti dari mengeluarkan kenyataan biadab berkaitan dengan kaum dan agama lain dan belajar menghormati kami sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini,” katanya.

No comments: