JANGAN HARAP TUA KUTUK TU...DULU LAGI ORANG DAH CAKAP.....

 

Reformasi tak tercapai kerana iltizam Dr M lemah, kata pemimpin PKR




Wong Chen berkata, PH perlu menjelaskan kesilapan yang berlaku,
 merendahkan ego, memohon maaf dan berusaha mendapatkan semula
 kepercayaan penyokong.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mempunyai cukup masa untuk melaksanakan reformasi sepanjang 22 bulan ia memerintah tetapi pengerusi gabungan itu, Dr Mahathir Mohamad tidak menyelesaikan tugas itu, kata seorang Ahli Parlimen PKR.

Dalam wawancara dengan FMT, Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, Mahathir, yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, “sepatutnya melaksanakan reformasi”.

Katanya, di Malaysia, kerajaan diketuai oleh “orang kuat” kerana PM mempunyai kuasa “tertinggi” mengikut undang-undang negara sedia ada.

“Menteri-menteri wujud sebagai watak sampingan atau sekunder kepadanya. Itu tidak sepatutnya berlaku, tetapi itulah sistem yang kita ada.

“Jadi anda benar-benar perlu bertanya kepada Dr Mahathir, kenapa beliau tidak (melaksanakan) reformasi dalam tempoh 22 bulan yang kita ada,” kata Wong Chen.

Harapan yang tinggi diletakkan kepada PH apabila ia mengambil alih tampuk pemerintahan negara atas platform reformasi, tetapi pengkritik gabungan itu berkata, tidak banyak yang dapat dicapainya sepanjang ia memerintah.

Segelintir pemimpin PH berkata, mereka tiada masa untuk melaksanakan reformasi kerana tidak dapat memanfaatkan penggal pemerintahan penuh.

Bagaimanapun, Wong Chen berkata, di negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan Jepun, kerajaan baharu akan meluangkan enam bulan pertama dalam penggal mereka dengan bersungguh-sungguh memperbaharui sistem pemerintahan.

“Itu tidak berlaku (di sini), mungkin di Malaysia, kita agak lembab. Alasannya adalah kita mahu melakukan sesuatu tetapi tiada masa,” katanya selain menambah bahawa realitinya PM seolah-olah tiada iltizam untuk memacu reformasi.

Wong Chen berkata, PH perlu bertanggungjawab atas tempoh 22 bulan ia memerintah. Gabungan itu perlu menjelaskan apakah yang silap, merendahkan ego, memohon maaf dan berusaha mendapatkan semula kepercayaan penyokong.


No comments: