LUCU!! | HADI ANGGAP BERBALAH NAK JADI PM KERJA MENGARUT


Image may contain: 4 people


Dengan berkongsi kuasa dalam kerajaan tebuk atap yang kini sudah hilang majoriti, Pas bertegas sebarang percubaan untuk cuba mengganggu pelaksanaan darurat dalam usaha kerajaan mengawal penularan Covid-19 perlu ditangani.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ganggu gugat itu perlu dicegah dan ditolak demi keselamatan rakyat.

“Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi (jumlah) majoriti di Parlimen.

“Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.

“Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi webinar bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?’ anjuran Gerakan Pembela Ummah, semalam.

Sesi webinar itu juga disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary serta Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-Undang Majlis Perundingan Melayu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Turut serta Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof.

Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, semua pihak tidak harus ragu dengan darurat kerana pelaksanaannya adalah demi kemaslahatan.

“Dalam suasana hari ini, darurat mesti diisytiharkan serta-merta. Bagaimana kita boleh menilai darurat itu, sama ada ditamatkan atau sebaliknya dan ia boleh dibincangkan.

“Tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan pencegahan wabak Covid-19.

“Dalam ajaran Islam ada semua perkara, Sebab itu kita jangan ragu, syak atau was-was kerana kita mempunyai tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Hadi berkata demikian ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat.

Kelmarin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang mendakwa seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi.