DERITA MARHAEN YG PEMIMPIN DI KAYANGAN TAK FAHAM.



DERITA MARHAEN YG PEMIMPIN DI KAYANGAN TAK FAHAM

Dari FB wall DS Saifuddin Nasution Ismail...

********

Derita rakyat (sumber: Twitter anas banas)

Tahukah anda di tgh bandaraya KL ini, dalam keadaan PKP

1. Pakcik teksi ada yang dapat RM10-20 sehari

2. Bas sekolah dan makcik kantin hilang pendapatan selama 6 bulan pada 2020 dan sambung lagi sampai entah bila

3. Abang burger yang biasa buka lepas Maghrib sekarang kena tutup lepas Maghrib

4. Beratus ribu rakyat telah kehilangan pekerjaan. Takda gaji tapi hutang terus kena bayar

5. Beribu ribu telah bankrap dan gulung tikar

6. 37% murid tak ada peranti pintar utk mengikuti kelas online. Kalau satu Malaysia, itu hampir 1.8 juta pelajar yang tercicir dengan online learning

7. KWSP kata 5 juta pencarumnya hanya ada bawah RM10k dalam akaun 1. Boleh bayangkan berapa gaji mereka?

Utk perbandingan, executive yang berkerja dgn gaji purata RM5300 sebulan selama 6 tahun sahaja pun dh ada RM80k dalam akaun KWSP

Sekali lg. Imagine betapa teruk gaji rakyat

8. Kedai kedai makan menghadapi penurunan 90% pendapatan sebab orang tak boleh makan luar, dilarang meniaga waktu makan malam, larangan travel lebih 10km dll

9. Org yang kerja di kedai banyak golongan B20, tidak lagi boleh berkerja sebab masalah kedai

10. Ada dikalangan penuntut universiti yang kami bantu; harus berhenti belajar sebab kena cari kerja menyara keluarga. Jaga kedai runcit dll

11. Ada satu keluarga 4 beradik belajar, smua berkongsi satu komputer second hand dengan data internet sedut dari handphone yang sama.

- Saifuddin Nasution Ismail

Baca....