LAVEL SEBENAR SEORANG YANG ADA GELARAN DOKTOR...

PANTUN ATTAKIRI

Papaku pulang dari Turki
Papaku belikan ku sari
Nama papaku Attakiri
Maksudnya tak payah kuarantin diri

Papaku pulang dari Turki
Mamaku senyum kembang pipi
Rakyat tak kuarantin kena gari
Papaku terlepas sebab dia menteri.

😆😆😜😜🥴🥴
..nampak tak level sebenar doktor mcmna...

Saya baru pulang dari Sabah bah..

Pokok pangkal, jauh perjalanan, lebih ramai yang kita jumpa, lebih banyak barangan yang kita sentuh, lebih banyak udara yang mungkin tercemar kita hirup...
maksudnya, kita lebih berisiko samada untuk dijangkiti atau terjangkit atau mungkin juga jadi agen rebakan jangkitan Covid 19. Nauzubillah..

Tadi, anak-anak mahu sambut saya di KLIA tetapi saya bilang...NO!! Lebih-lebih lagi saya tahu cucuenda comel saya pasti ikut sekali menyambut saya di situ..

I said...”Let mama go back to the house by myself and clean up 1st once I reached home...”
Sesampai di rumah  cucuenda terus aja nak menerpa saya , I just had to distance n ran away from him dah macam main belon achah ajer tadi 😅

Saya memang rasa bimbang, walupun saya yakin, saya dah ikut seboleh mungkin SOP yang KKM sarankan,
pakai mask, cuci tangan dengan sabun sekerap mungkin dan guna sanitizer yang sentiasa ada dalam beg tangan saya..

Nak ceritanya, kalau kita faham dan ada rasa tanggungjawab perihal bahaya jangkitan Pandemik Covid19 ini, pastinya kita  tidak akan mengambil apa-apa pun dan sekecil manapun risiko dalam rantaian jangkitan itu.

Bagaimana mungkin seorang yang bergelar Menteri acuh tidak acuh dalam hal ini.
Bagaimana mungkin seorang yang bertanggungjawab menjaga rakyatnya mengabaikan keselamatan apatah lagi nyawa rakyatnya sendiri.

Seharusnya beliau tidak bersikap angkuh, sehingga mahu menunjukkan kuasa mencari sehingga ke “lubang cacing” siapa yang mendedahkan maklumat beliau keluar negara.

Seharusnya, beliau sebagai Menteri tunjuklah sikap kepimpinan melalui teladan, jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Berdegar-berdegar wajibkan rakyat yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan, itu pun atas kos sendiri, berdegar-degar mahu menyaman rakyat yang marhaen dan tidak mampu untuk membeli walaupun sehelai topeng muka,ribuan ringgit kalau tidak patuh aturan, berdegar-degar mahu rakyat patuhi SOP, berdegar sana berdegar sini...tapi sendiri ???

Saya tidak kata langkah-langkah  itu tidak wajar, memang saya sokong 200 % , apatah lagi saya sendiri seorang Doktor tentulah saya faham kenapa ia dilaksanakan.

Cumanya...kenapa Menteri harus bersikap angkuh begitu. Seharusnya dia berterima kaseh kerana ada yg sudi memperingatkan . Tidak salah merendah diri dan mengakui kesilapan bahkan saya yakin beliau akan diangkat kemuliannya oleh rakyat jikalau beliau bersikap terbuka dan sedia menerima teguran.

Wallahualam bissawab....

CNP Dr zaliha



No comments: