Penduduk dakwa Muhyiddin mungkir janji bina rumah

Penduduk dakwa Muhyiddin mungkir janji bina rumah
 
Penduduk dakwa Muhyiddin mungkir janji bina rumah

Penduduk dakwa Muhyiddin mungkir janji bina rumah

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa memungkiri janjinya untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh di Pulau Pinang.

Pendedahan itu dibuat seorang wakil penduduk kampung itu kepada orang ramai di tapak expo Seberang Jaya.

“Muhyidin mungkiri janji, pada Jun 2012 dihadapan 6000 orang dari pelbagai NGO dia berjanji nak bina rumah itu.

“Tapi sampai sekarang satu pun tak dibina,” jelas Hamidah binti Che Embi 47 tahun.

Janji itu jelasnya dibuat Muhyiddin bagi penyelesaian isu pengambialihan tanah yang didiami penduduk kampung tersebut.
“kita bukan mahu rumah besar sebagai ganti tetapi cukuplah ada tempat tinggal,” tegasnya yang mendakwa penduduk boleh berkompromi jika tuntutan mereka dipersetujui.

Malah apa yang lebih menyedihkan jelas Hamidah lagi, usahanya pada Ahad lalu untuk berjumpa dengan pemimpin kerajaan bagi menyerahkan tuntutan mereka turut dihalang.

“Saya pergi nak minta penjelasan dan serah tuntutan kami, tetapi kami dihalang pegawai bertugas malah kami turut diherdik.
“Jika begini sikap mereka bagaimana kami mahu percaya janji dan terus bergantung kepada kerajaan yang seperti itu.
“Sebab itu saya sangat berharap pada Pilihanraya Kecil nanti Kak Wan akan menang, saya yakin beliau boleh turut bantu suarakan masalah kami di Parlimen nanti walaupun dalam kawasan Parlimen berlainan,” jelasnya yang turut menyokong calon pakatan rakyat itu.

UmnoBN ketika berkempen di Permatang Pauh sekali lagi memancing pengundi dengan menabur janji untuk membina rumah-rumah murah.