Bergari. Wajah tunjuk jelas. Nama penuh lagi. Dan paling sakit hati, berita mislead.



Mohd Fadli Salleh


 Bergari. Wajah tunjuk jelas. Nama penuh lagi. Dan paling sakit hati, berita mislead.

Kejadian sebenar :


Murid bermain dengan kawan. Kawan tolak mangsa. Mangsa terjatuh. Van tengah undur keluar masa tu. Dan terjadilah kemalangan maut.
Ya. Pak cik ni salah. Sikit pun aku tak back up dia.
Tapi berita tu tulis pandu melulu, langgar mati. Mislead teruk dalam berita pun.
Tapi masih, aku tak back up pak cik ni. Dia salah dan kena tanggung akibat kecuaian itu.
Cuma yang aku geram. Pak Cik ni pun warga emas. Digari, ditunjuk wajah, disiarkan nama penuh.
Sedangkan kes hampir sama melibatkan pemandu warga emas kaum Cina, jelas video dia bawa melulu, laju dan merbahaya, langgar rider sampai mati ;
1. Bebas dengan jaminan polis
2. Sampai hari ni tak tau nama apa
3. Muka tak pernah didedahkan
4. Tidak digari
5. Tidak dibawa ke mahkamah
Padahal kes tu lagi teruk. Lagi jelas bukti bawa melulu dan merbahaya. Jelas langgar hingga mati.
Kedua kejadian ini berlaku dalam masa berdekatan sahaja. Dua-dua warga emas. Kaum je berbeza. Satu tak sengaja dan cuai. Satu lagi jelas memandu laju.
Anehnya satu bebas, satu bergari dengan gambar jelas dan caption berita mislead.
Jika ini bukan double standard, maka apakah ia?
Nota tambahan : Keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia dah maafkan pak cik ni. Mereka tahu pak cik ni bukan sengaja, bukan bawa melulu, bukan langgar lari, bukan bawa laju. Kemalangan yang tak disengajakan.
.
See less




No comments: