ADUHAI SHAHIDAN…NAMPAK SANGAT KERJANYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN HANYA MAHU TUKAR KERAJAAN. SAMA JA DIA DENGAN HADI AWANG..KEH..KEH..KEH

 

SOQANG BERDENGKI DENGAN UMNO, SEBAB UMNO PECAT DIA. SOQANG LAGI BERDENGKI DENGAN ANWAR, SEBAB ANWAR MENDAHULUI DIA SEJAK ZAMAN ABIM SAMPAI SEKARANG....KAH..KAH...KAH



Apa nak jadi dengan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim ini?

Apakah kerjanya sebagai Ahli Parlimen hanya ingin menukar kerajaan saja?

Sedih dan memalukan ada Ahli Parlimen macam dia ini.

Kerja Ahli Parlimen ialah membela dan memperjuangkan nasib rakyat, bukan asyik nak tukar kerajaan.

Tetapi, kenapalah Shahidan masih tak habis-habis dengan keinginan nak menukar kerajaan?

Di Parlimen hari ini, beliau mencadangkan agar akta antilompat parti diketepikan bagi memberi kebebasan kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk memilih kerajaan baru.

Ini kerana beliau mendakwa, kerajaan yang ada sekarang gagal menangani kenaikan harga barang.

“Rakyat sudah tidak dapat lagi perlindungan (kenaikan harga barang).

“Pegawai-pegawai kerajaan letih tentang apa yang berlaku. Saya cadangkan tindakan segera diambil.

“Kalau nak apungkan semua (harga) barang, saya sokong.

“‘Apungkan’ politik, benarkan akta lompat parti diketepikan agar semua orang yang mahu menyertai kami boleh,” katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Aduhai Shahidan…kalau nak tukar kerajaan, tunggulah PRU akan datang.

Buat sementara atau sehingga PRU16 akan, berilah peluang kerajaan sedia ada dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjalankan tanggungjawabnya.

Lagi pun, macam mana PN nak tukar kerajaan sedia ada sedangkan jumlah Ahli Parlimen dimilikinya hanya 74 orang saja?

 

PN tak dapat jadi kerajaan bukan salah akta lompat parti, tetapi sebab tak cukup jumloahhh…

Dengan itu, jangan salahkan akta lompat parti.

Lagi pun, Anwar dah cabar beberapa kali sebelum ini supaya bawa usul undi tak percaya terhadapnya di Parlimen jika benar PN ada sokongan untuk tubuh kerajaan.

Kenapa tak berani nak bawa? – ShahbudinHusin 24/10/202

 


No comments: