Ibrahim Mat Isa
"Di antara penyeru-penyeru fitnah ialah ulama jahat, iaitu mereka yang redha berarak bersama gerombolan para penzalim, menghidupkan wangian setanggi di depan pemimpin pelampau, mengubah kalimah Allah daripada maksud asalnya dan melunakkan al-Quran untuk golongan diktator."
Aku yakin, Sheikh Yusuf telah menulis ungkapan ini susulan pemantauan beliau terhadap perkembangan yang berlaku di dalam politik Malaysia masakini.
Dunia hampir separuh lunyai dek serangan Covid-19, puak yang mencetuskan krisis politik Malaysia bertelagah sesama sendiri merebut ghanimah melalui percaturan jawatan episod demi episod dipersembahkan secara jijik ke hadapan rakyat.
Tanpa menghirau apa yang bakal berlaku itu, bagaimana keadaan ekonomi beberapa bulan mendatang dan bagaimana pandangan dunia perdagangan terhadap situasi Malaysia, mereka terus beraksi rakus.
Sudahlah rampas kerajaan yang disokong oleh mandat rakyat melalui pilihanraya dibuat secara brutal, tak pernah dibuat orang politik yang baik dan bertamadun dengan cara tebuk atap, memang illuminati pun boleh kagum tindakan pelik mereka. Semua bermula dari langkah pemimpin rakus dan berhati binatang.
Dan, aku yakin Sheikh kecewa kerana yang turut serta membantu kumpulan pengkhianat itu ialah golongan yang mengaku merekalah pejuang Islam, berselindung jahatnya di sebalik jubah dan serban serta mempergunakan agama tanpa rasa malu demi meragut laba dunia.
Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Kita serahkan ia sebagai susunan qadarullah dan jangan ada sesiapa yang membantu kerja pembuat mungkar itu.
Salam dinihari.
Abg Aim 😎