LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEKALKAN DISIPLIN PARTI DARIPADA BIARKAN PARTI MUSNAH OLEH PARASIT



Ada penganalisa politik meramalkan Anwar tidak akan berani memecat Zuraidah kerana bimbang kepada pergolakan dalaman parti lebih parah dan beliau tiada harapan untuk menjadi PM ke 8.

Mereka juga berpendapat, sekiranya Anwar memecat tokoh wanita yang bermulut lancang ini maka akan menyebabkan lebih ramai penyokong menteri ini akan keluar parti.  Maka, dikatakan Anwar kini berada dalam dilema.

Saya berpendapat, Anwar samasekali tidak akan campurtangan di dalam menentukan samada wanita yang digelar 'mak.lampir' ini dipecat, digantung atau diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Parti.  Buktinya, di dalam kes pemecatan KC Bera yang juga seorang Ahli MPP, Sdr Zakaria, Anwar sendiri mencadangkan di dalam Mesyuarat MPP bahawa Sdr Zakaria hanya perlu 'digantung' keahlian sahaja.  Malangnya, ahli MPP yang lain banyak mencadangkan agar Sdr Zakaria dipecat kerana mereka berpendapat parti reformasi seperti Keadilan ini tidak harus memaafkan perbuatan rasuah.  Akhirnya, Anwar terpaksa akur dengan keputusan MPP.  Keputusan tersebut selari dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin Parti.  

Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak akan membuat keputusan bersendirian.  Di dalam kes Zuraidah ini, samada Zuraidah dipecat atau tidak,  bukannya ada kaitan dengan Anwar menjadi PM atau tidak.  Apa guna Anwar menjadi PM sekiranya beliau meninggalkan parasit di dalam parti?  Adakah sekiranya Anwar tidak menghukum Zuraidah maka Zuraidah beserta kumpulan penyokong semburit akan menyokong Anwar untuk menjadi PM ke 8?  Mustahil dan tidak masuk akal bagi sesiapa yang mengenali Zuraidah dan "Si Kitol".  

Sehubungan itu, adalah lebih baik Anwar kekalkan prinsipnya iaitu sesiapa pun yang telah dilaporkan ke Jawatankuasa Disiplin, biarlah jawatankuasa tersebut menyiasat dan menyerahkan cadangan mereka kepada MPP dan Biro Politik.  Di peringkat ini nanti, keputusan MPP atau Biro Politik adalah keputusan berjemaah, bukannya keputusan Anwar seorang.  

Sesiapa yang merasakan Anwar akan tunduk kepada sebarang ugutan hanya kerana mahu menjadi PM ke 8 walaupun itu memang hak beliau yang dijanjikan, mereka tersilap besar.  Kita tidak boleh mempunyai PM yang mudah diugut.  Bagi saya, parti harus bertindak tegas  kepada mana-mana pemimpin atau ahli parti yang bukan sahaja biadab malah terus istiqomah dengan biadab dan kurang ajarnya.

WFAUZDIN NS