MELAYU AKAN BERSATU DIBAWAH PIMPINAN ANWAR?



Menghadiri upacara Mubahalah Najib tadi, Tulang Besi dapat merasakan kebencian orang Melayu sekarang ini bukanlah kepada PH tapi lebih kepada Dr Mahathir.

Hampir 70% orang Melayu mengundi samada PAS atau UMNO dalam PRU 14 yg lepas.

Ramai mereka terutama yg PAS berbuat demikian kerana bencikan Dr Mahathir. Pengundi2 PAS sudah dilatih membenci Dr Mahathir sejak tahun 1980an lagi.

Sudah lebih 40 tahun pengundi2 PAS dilatih dan digarap untuk membenci Dr Mahathir.

Namun, pengundi2 tradisi PAS tidak pernah dilatih membenci Anwar Ibrahim. Hanya yg membenci Anwar Ibrahim dalam PAS adalah pemimpin2 dan ulama2 atasan PAS kerana mereka telah dibeli oleh Najib.

Adapun pengundi2 PAS yang di bawah tidak pernah membenci Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa orang2 Melayu tetutama orang2 PAS tiada sebab utk membenci Anwar Ibrahim.

Kebencian kpd DAP pun dah tak releven memandangkan PAS dah jadi hamba belaan MCA. Haji Hadi sudah rela membuang syariah, hudud dan Islam demi mencapai keredhaan MCA dan MIC.

Ditambah dgn reputasi ulama2 PAS yg gagal mentadbir Kelantan dan Terengganu yang sebegitu buruk dan menyedihkan. Kerajaan Kelantan sudah dua kali terpaksa meminta dana kecemasan dari kerajaan Pusat semata-mata hendak membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Ini suatu yang amat jelas kebodohan dan ketidak bertanggungjawaban ulama2 PAS yg mentadbir Kelantan.

Bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak mampu, bagaimana ulama2 PAS mampu memerintah Malaysia.

Maka, apabila Anwar jadi PM kelak, inshaalah, maka sokongan orang Melayu kpd PH akan mendadak naik.

PAS yang paling kerugian dan bakal hilang banyak sokongan dari kenaikkan Anwar Ibrahim ini.

Skrg ni org Cina dan India pun dah membenci Dr mahathir. Sudah tiba masanya Dr Mahathir berundur.

Mengikut kajian EMIR research yg terbaru, kekuatan PH di kalangan orang Melayu telah mencapai 33%.

Dengan berundurnya Dr. Mahathir, inshaalah ia akan naik mencecah 40 ataupun 45%.

Masanya Dr Mahathir menyerah tampuk kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim secepat mungkin.

TULANG BESI

No comments: