Rangkuman Minggu Keempat Ogos 2010

Rangkuman Isu Minggu Keempat Ogos

Rangkuman Minggu Keempat Ogos 2010 oleh Shaharul Shafie rashidzack@yahoo.com

Your browser may not support display of this image. Ahli Parlimen DAP masuk surau

Minggu lalu, alkisahnya seorang ahli Parlimen wanita dari DAP (gambar kiri) Serdang telah memasuki surau berhampiran Kajang Sentral bagi menyampaikan ucapan. Bukan itu sahaja, beliau memberikan bantuan moreh dan kewangan bagi memperbaiki pagar surau berkenaan.

Your browser may not support display of this image.

Selepas beberapa hari saja, mulalah segelintir pihak di negeri Selangor bermotifkan politik mula menyerang tindakan ahli parlimen itu yang masuk ke saf hadapan surau berkenaan bagi berucap.

Your browser may not support display of this image. Mulalah kedengaran Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan fatwa masing-masing. Sampaikan ada yang berkata bukan Islam tidak boleh masuk masjid! Hairan bin Ajaib. Sekian lamanya saya melihat pelawat bukan Islam memasuki Masjid Sultan Salehuddin di Shah Alam sendiri tetapi MAIS pula sekarang berkata bukan Islam tidak boleh masuk masjid. Seperkara lagi, saya baru tahu ada MAIS dan JAIS.Your browser may not support display of this image.

Cuba juga saya fikirkan apa bezanya kedua-duanya agensi agama di negeri Selangor ini. Mungkinkah tugas-tugas mereka ini bertindih antara satu masa lain dan membazirkan wang rakyat kerana tugasan mereka mungkin sama. Kita bimbang kerja yang sama dibuat oleh dua agensi.Bukan apa bimbang sebab halal haramnya gaji diterima itu ketentuan ALLAH. Sebaik-baiknya kita mengelakkan memakan rezeki dari sumber yang tidak adil.Wallahualam…sebenarnya saya tidak tahu menahu sebelum ini adanya MAIS. Mungkin pernah dengar suatu masa dulu tetapi lebih banyak dengar nama JAIS, lebih-lebih lagi popular sejak isu Dr. Asri Zainul Abidin ditahan kerana tiada permit berdakwah.

Entahlah saya,semakin hari semakin banyak isu-isu Islam purba cuba dibawa oleh pihak-pihak tertentu yang sebelum ini kononnya memperjuangkan Islam yang Hadhari dan progresif. Menghairankan lagi, sebuah parti yang 10 tahun lalu dikatakan mengamalkan Islam purba, kini pula yang progresif. Nampaknya benar bahawa manusia itu boleh berubah.

Apapun, saya tidak mahu komen sangat isu ini sebabnya Tuanku Sultan Selangor sudah murka. Mungkin murka dengan maklumat yang benar ataupun dengan maklumat yang disampaikan kepada baginda yang kurang tepat. Wallahualam. Mungkin di lain kali, mana-mana pemimpin politik yang ingin memberi sumbangan dan sedekah itu terutamanya yang perempuannya bukan Islam memakai selendang ataupun pakaian yang lebih afdhal dan jangan lupa sampaikan bantuan dan sumbangan di pintu masuk masjid/surau sahaja! Buatlah begitu di negeri Selangor. Saya tidak tahu pantang larang ciptaan manusia di dalam menokok tambah ajaran Islam di negeri-negeri lain. Asalkan jangan ALLAH yang ’murka’!

Guru Besar yang bersifat perkauman

Your browser may not support display of this image. Rasa sedih dan kesal juga bila kedengaran beberapa berita dalam akhbar dan internet mengenai beberapa guru besar sekolah yang menggunakan cakap-cakap berbaur perkauman di sekolah. Entahlah kenapa setelah hampir 53 tahun merdeka, masih ada yang melatah sampai mengutuk bangsa-bangsa lain. Jika anda tanya saya, saya katakan bukan salah guru ini 100 peratus sebenarnya. Mungkin saya boleh terangkan sedikit peranan propaganda-propaganda murahan sesetengah pihak selama ini selepas PRU ke 12. Kita nampak ada sesetengah orang sengaja membangkitkan isu perkauman seperti PERKASA dan beberapa pihak dalam BN semata-mata ingin merebut undi pengundi kaum Melayu. Oleh itu, cerita-cerita dan dakwaan-dakwaan mengenai Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya akan menghapuskan hak orang Melayu dan Islam telah secara tidak langsung menanam bibit-bibit ketakutan di dalam diri orang Melayu.

Your browser may not support display of this image. Bukan itu sahaja, institusi mufti seperti Datuk Seri Harussani Zakaria yang juga suka mengenengahkan dirinya sebagai orang politik semakin membantu ke arah propaganda-propaganda bagi menakutkan orang Melayu daripada menyokong kerajaan PR. Bercakap tentang Harussani, maaf saya tidak letak perkataan ’Dr.’ di hadapannya sebab itu hanyalah ijazah doktor kehormat sebagai penghormatan dari universiti dan pangkat Dr. sebenarnya tidak sepatutnya digunakan di hadapan nama. Untuk makluman, Harussani juga hanya mempunyai Diploma Pendidikan Agama sahaja sebenarnya sebagai taraf ilmu ikhtisas rasminya.

Hairan bin Ajaibnya, bila Malaysia sudah mencapai 53 tahun kemerdekaannya, masih lagi ada negeri yang mengambil seseorang yang hanya ada diploma menjadi mufti sedangkan sudah ramai alim ulama yang berkelulusan tinggi dengan mempunyai PhD. Bukan nak mengagungkan yang ada PhD dalam ilmu agama tetapi banyak sangat bezanya dari segi ilmu yang dipelajari. Tidak dinafikan Harussani adalah mufti yang paling lama dalam negara ini kerana menjadi mufti Perak sejak tahun 1985. Tidak dinafikan pada tahun 1985, memang tak ramai anak Melayu yang mempunyai ilmu agama sehingga PhD. Kalau ada pun ketika itu, banyak yang menyertai bidang akademik di UKM dan UM. Nampaknya pentadbiran ilmu Islam negeri Perak ketinggalan zaman. Jika Menteri Besarnya sudah mempunyai ijazah PhD, mengapa pula muftinya tidak boleh dilantik daripada seseorang yang mempunyai PhD juga. Paling tidak pun seseorang yang lebih tinggi dari diploma pengajian Islam!

Kembali kepada cerita guru besar sekolah tersebut dan propaganda-propaganda menakutkan orang Melayu. Kini orang ramai melihat pertempuran antara UMNO dan PAS bagi menunjukkan siapa yang lebih Islam. Pertempuran ini berlaku sampailah ada Presiden dalam satu parti bukan Melayu dalam BN telah melahirkan kekecewaan terjadinya pertempuran ini.

Tetapi orang Melayu yang telah melalui propaganda dalam media cetak dan media Internet telah membuatkan mereka naik ’bengang’. Sebab itulah mungkin guru besar berkenaan yang asalnya tidak bersifat perkauman tetapi kerana bengang dan tertekan dengan tekanan-tekanan propaganda ini, mulutnya telah ter’laser’ sehingga mengguriskan rakan-rakan kita berbangsa lain. Inilah hasilnya bila berbulan-bulan pertempuran dan propaganda-propaganda ini dimainkan oleh pihak tertentu yang mulai meresapi dalam kepala orang Melayu. Ingatlah, ini hanya kemungkinan sahaja. Mungkin juga si guru besar itu ahli kuat UMNO dan PERKASA! Maklumlahkan sekarang ini guru-guru sudah dibenarkan berpolitik oleh kerajaan. Oleh itu, beranilah mereka bersuara.

Apapun, kita tidak boleh menerima langsung sikap perkauman sebegitu rupa. Poin saya ialah kejadian ini berlaku mungkin kerana disebabkan faktor-faktor luar yang menekan-nekan rasional pemikiran kita. Meskipun begitu, guru itu sepatutnya tahu batasan dan berfikir lebih panjang sebelum mulutnya mula melatah dan menyumpah-nyumpah. Kita harap tindakan yang sewajarnya diambil ke atas guru berkenaan sebagai menjadi contoh teladan kepada semua.

Bercakap tentang video Namewee mengenai insiden tersebut, saya sendirinya berasa sedih kerana ada pihak yang sengaja mahu memanjang-manjangkan isu keceluparan guru ini. Biarlah tindakan diambil ke atas guru itu, tetapi cukuplah untuk Namewee jangan nak memporak-porandakan isu ini supaya tidak menjadi lebih buruk. Saya ada mendengar lagu rap Namewee terbaru itu, nyata sekali mengguriskan hati saya walaupun saya tidak bersifat perkauman kerana saya seorang Melayu.Your browser may not support display of this image.

Eloklah video muzik itu ditarik balik oleh Namewee (gambar kanan) sendiri yang terkenal dengan beberapa isu sebelum ini seperti menyanyi Negaraku cara Rap dan lakonan episod ’Potong’ dana klip video 15Malaysia. Kita bimbang pula nanti ada yang buat video muzik kutuk perbuatan baling cat di surau di Negeri Sembilan baru-baru ini. Cukuplah, yang sudah kita anggap sudah, ambil natijahnya dan kita berubah ke arah lebih baik. Tidak molek kita memanjangkan benda-benda sebegini.

Kita tidak tahu bagaimana keadaan suhu sensitiviti perkauman di dalam negara kita hari ini. Cubalah kita hindari pergeseran antara kaum dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah perkauman oleh sesetengah pihak di luar sana. Negara tidak mampu melalui detik hitam 13 Mei 1969 sekali lagi di zaman peradaban serba maju ini.

Sambutan bulan kemerdekaan yang hambar

Your browser may not support display of this image. Tidak dinafikan banyak faktor yang menyebabkan sambutan bulan kemerdekaan pada bulan ini nampak macam tidak bersemangat di kalangan rakyat. Kehambaran ini sebenarnya sudah bermula sejak beberapa tahun lepas. Mahu tahu sebabnya, kenalah tanya rakyat Malaysia mengenai sikap mereka.

Ada sesetengah pihak pandai menuduh-nuduh dengan berkata orang Malaysia hanya sukakan sesuatu yang percuma seperti Jalur Gemilang percuma untuk diletakkan pada kereta dan sebagainya. Itu hanyalah andaian jahat mereka semata-mata. Segala-galanya hanya mahu menyalahkan rakyat. Cuba kita ingat semula apa kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa zaman The Time the Government Knows Best is Over. Janganlah kita masih nak mengatur-ngatur hidup rakyat tetapi tanyalah mereka kenapa mereka tidak bersemangat merdeka kali ini. Saya ada buat tinjauan rambang dan mendapati terlalu banyak sebab menarik yang menyebabkan kehambaran ini berlaku. Tetapi amat perit bagi saya untuk menyatakan di sini.

Yang jelasnya pada tahun ini, suasana bulan Ramadhan juga ada sedikit peranannya di dalam melemahkan perayaan bulan kemerdekaan. Tetapi jangan terkejut jika saya maklumkan suasana politik negara yang tidak menentu memainkan peranan penting di dalam kehambaran ini. Bukan itu sahaja, faktor keadaan ekonomi juga menyebabkannya terutamanya apabila rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan, kos sara diri yang semakin tinggi di bandar-bandar utama, pengangguran tinggi di kalangan mereka yang memiliki ijazah dan melihat ramai orang yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.Your browser may not support display of this image.

Rakyat sedih bila dinaikkan harga gula, kerajaan pula berkata berbuat demikian sebab untuk menjaga kesihatan rakyat supaya mengambil gula sedikit dalam pemakanan. Dah lupakah kita PM sendiri dah kata ”Government Knows Best Is Over”? Biarlah rakyat pilih makan minumnya dan jangan kita masih hendak mengajar-ngajar rakyat lagi. Rakyat tidak bodoh untuk sewenang-wenangnya jatuh sakit. Sakit dan mati itu pilihan sendiri dan juga ketentuan Tuhan.

Sesungguhnya, perasaan kesal dengan faktor-faktor ini lebih-lebih lagi ada usaha pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan perkauman dan politik sempit membuatkan rakyat tidak senang hendak merayakan kemerdekaan mereka. Bagi mereka, gembira kerana negara kita merdeka tetapi masalahnya, kehidupan mereka semakin hari semakin tertekan dengan amalan-amalan ekonomi tidak sekata dan kekuasaan pihak-pihak institusi kewangan di dalam menentukan arus kehidupan sosial masyarakat. Rakyat hari ini tidak lagi hipokrit. Kalau mereka tidak gembira, mereka akan tunjuk mereka tidak gembira. Oleh itu, terimalah tanda ketidakgembiraan itu sebagai KPI pemerintah untuk menggembirakan rakyat semula. Bukannya dengan menyalahkan semula rakyat dan masih fikir kerajaan tahu segala-galanya. Kasihan PM, apabila PM katakan sedemikian, orang-orang bawahnya masih belum faham-faham!

Rakyat sayangkan negara tetapi mereka tidak ada masa mahu sambutkan sesuatu kerana gundah gulana hati mereka yang pening memikirkan nasib masa depan keluarga mereka. Cuba tanya kawan-kawan anda. Semakin ramai hari ini pada sebelah malamnya sebelum tidur akan berfikir dengan bimbang masa depan rezeki keluarga kerana bagi mereka keadaan ekonomi yang tidak menentu. Walaupun negara mencapai KDNK yang tinggi tetapi itu secara makronya yang didokong oleh pencapaian syarikat. Yang mikronya ialah rakyat dibebani dengan masalah kewangan keluarga, tekanan akibat pemerintah hari ini yang lebih berpolitik daripada menyelesaikan masalah rakyat, terpaksa menukar gaya hidup semata-mata disarankan oleh kerajaan dan juga keadaan sosio-ekonomi di dalam bidang swasta. Bagi mereka di dalam perkhidmatan awam, sewajarnya lebih merayakan kemerdekaan dengan semangat kerana saban tahun mereka mendapat imbuhan dan bonus setiap kali datangnya Aidilfitri.

Your browser may not support display of this image. Mereka di dalam sektor swasta, pasti tidak boleh tidur malam memikirkan periuk nasi esok harinya. Saya yakin para pekerja Careefour (gambar kiri) pastinya tidak dapat lelap mata memikirkan nasib mereka jika Careefour ditutup seluruh negara. Itu baru saja Careefour. Banyak lagi syarikat-syarikat kecil sedang menghadapi masalah penutupan operasi dan gulung tikar.

Walaupun apa yang terjadi dalam negara kita, jangan lupa untuk menyambutnya pada 31 Ogos nanti. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53 MALAYSIAKU.Your browser may not support display of this image.