HENTIKAN LAH ANGAN ANGAN KHEMAH BESAR. TIGA PENJURU BEEI KESWIMBANGAN PADA SEMUA.

 

Berdasarkan realiti bahawa UMNO telah menolak Bersatu, Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH dan DAP serta Amanah enggan menerima Pas sebagai rakan kerjasama, pertandingan satu lawan satu dalam PRU15 akan datang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Hanya Bersatu yang menyatakan sedia bekerjasama dengan sesiapa saja bagi hasrat menumbangkan BN, tetapi haruslah diingat Pas adalah komponen penting dalam PN bersama-sama dengan Bersatu.

Jika Pas berkeras dengan pendiriannya, susah juga untuk Bersatu ingin bekerjasama dengan PH.

Meskipun Bersatu yang memimpin PN, namun Pas adalah parti yang lebih besar dan ramai ahlinya berbanding parti serpihan UMNO pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu.

Demi survival PN, Bersatu tidak mungkin akan membuat keputusan yang meminggirkan pendirian Pas kerana jika Pas merajuk, ia lebih merugikan PN secara keseluruhannya.

Daripada segi PH, hanya Amanah, terutama Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin lainnya yang beria-ia mahukan konsep khemah besar menjadi kenyataan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebaliknya tegas menolak untuk bekerjasama dengan parti yang ada dalam kerajaan sekarang seperti Pas dan juga Bersatu.

DAP turut menolak untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu berikutan sejarah pengkhianatan dan tikam belakang kedua-dua parti itu sebelum ini.

Dalam PKR pula jelas ada dua pendirian, satu kelompok setuju rundingan diadakan sementara satu kumpulan lagi tegas dengan pendirian lawan tetap lawan.

Dengan semua kecelaruan di atas, tambahan lagi jika Rafizi Ramli yang menang sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung bulan ini, adalah jelas bahawa pertandingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – merupakan realiti yang harus diterima oleh semua.

Pertandingan satu lawan satu untuk menjatuhkan BN yang mengetuai kerajaan sekarang tampak sudah mustahil menjadi kenyataan.

Benarkan BN ada kelebihan kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU15 akan datang?


DAP turut menolak untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu berikutan sejarah pengkhianatan dan tikam belakang kedua-dua parti itu sebelum ini.


Dengan semua kecelaruan di atas, tambahan lagi jika Rafizi Ramli yang menang sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung bulan ini, adalah jelas bahawa pertandingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – merupakan realiti yang harus diterima oleh semua.

Pertandingan satu lawan satu untuk menjatuhkan BN yang mengetuai kerajaan sekarang tampak sudah mustahil menjadi kenyataan.

Benarkan BN ada kelebihan kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU15 akan datang?

Benarkah juga PH dan PN tiada peluang langsung untuk menang jika bukan bertanding satu lawan satu menentang BN?

Secara kasarnya, pertandingan tiga penjuru memberi peluang yang seimbang kepada semua parti untuk menang PRU15 akan datang.

Meskipun BN menang cemerlang dalam PRN Melaka dan Johor, hakikatnya undi yang diterima gabungan itu tidak pun bertambah, malah disumbangkan oleh peratusan turun mengundi yang rendah.

Lagi pula dua PRN itu hanya pilihan raya peringkat negeri yang mungkin tidak memberi cukup rangsangan kepada rakyat keluar mengundi dan melakukan perubahan.

Kalau dalam PRU14, PH berjaya memenanginya di sebalik juga berlaku pertandingan tiga penjuru dan BN ketika itu merupakan gabungan yang lebih besar, kenapa sekarang jadi takut berdepan dengan mereka dalam keadaan BN hanya tinggal ada empat saja lagi parti di dalamnya?

Begitu juga jika PN dianggotai oleh parti yang pernah khianat dan tikam belakang, apakah susah


Begitu juga jika PN dianggotai oleh parti yang pernah khianat dan tikam belakang, apakah susah sangat bagi meyakinkan pengundi untuk menolak kedua-dua parti itu?

Dalam hal ini, kelemahan PH yang agak ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini ialah kurang gigihnya usaha dan perjuangan mereka dalam mengangkat suara rakyat ke tempat yang sewajarnya.

Berbanding UMNO yang nampak lebih agresif membela rakyat, misalnya dalam tuntutan pengeluaran KWSP dan pelbagai isu setempat di peringkat negeri dan bahagian, PH agak tersisih dalam perjuangan ini.

Asyik-asyik yang ghairah diperjuangkan oleh mereka yang suka mengeluarkan kenyataan media ialah berkaitan khemah besar, sedangkan ia bukan isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat dan bukan juga benar-benar dikehendaki rakyat.

Walhal, dengan adanya MOU bersama kerajaan, PH sepatutnya lebih mempunyai ruang untuk memperjuangkan sesuatu perkara kerana ia lebih mudah dipenuhi untuk dilaksanakan.

Sebaliknya, khemah besar itu lebih menampakkan untuk menyelamatkan nasib diri sendiri dan jawatan mereka yang pernah jadi menteri sebelum ini.

Lebih memalukan lagi, dalam dua PRN sebelum ini, PN yang didakwa ramai pengkhianat dan kaki tikam belakang di dalamnya turut berjaya mendahului PH daripada segi sokongan pengundi.

Mujur dengan kembalinya Rafizi dalam arena politik dan bertanding jawatan nombor dua dalam PKR, ternampaklah sikit perjuangan mengangkat suara rakyat itu kembali menjadi keutamaan.

Mahu tidak mahu, dalam tempoh berbaki beberapa bulan lagi sebelum PRU15, PH dan PKR khususnya, jika mahu ada tempat di hati masyarakat terbanyak, mereka mestilah lebih agresif dan gigih memperjuangkan isu-isu tentang kepentingan rakyat.

Lupakan khemah besar dan bersama slogan perjuangan PKR yang merupakan peneraju PH iaitu lawan tetap lawan, maka teruskan melawan sambil menawan hati rakyat sehingga kemenangan dapat ditawan. – ShahbudinHusin 03/05/2022.

'Sederhana segala urusan, dapatkan nilai terbaik apa diusahakan'

 





Setelah melalui dua tahun sukar dikepung Perintah Kawalan Pergerakan, pada tahun ini umat Islam Malaysia bergembira merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana 'tidak dijangka' akibat 1 Syawal jatuh lebih awal.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli beliau menyifatkan pengalaman berhari raya 'terburu buru' tahun ini amat berharga dan sewajarnya dinikmati bersama keluarga yang tersayang.


"Kita telah melalui dua tahun yang sukar. Kita juga letih dengan banyak perkara.


"Maka wajarlah kita lupakan seketika segala perkara yang menjadi beban kepada akal dan emosi kita untuk kita tumpukan kepada perkara penting dalam hidup kita iaitu keluarga tersayang dan mereka yang telah memudahkan hidup kita selama ini," katanya dalam catatan Aidilfitri di Facebooknya.


Calon Timbalan Presiden KEADILAN itu berharap pada Aidilfitri kali ini umat Islam akan bersederhana dalam segala hal tetapi mendapatkan nilai yang terbaik daripada usaha mereka.


"Bersederhanalah dalam segala urusan kita dan dapatkan nilai terbaik dalam setiap yang kita usahakan. Kalau buat lemang, biar kecil tapi lemak dan enak, kalau baju raya yang tahun lepas, asal segak bergaya.


"Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin," katanya lagi.

KAH..KAH....TERASA JUGA DIA BILA ORANG KATA MEMONDAN...HANGIN LA SATU BADAN

 

Selepas dipanggil SKMM, difitnah ‘memondan’ Alif Syukri mahu saman individu RM1 juta


Selepas dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Mutlimedia (SKMM) ekoran klip video raya mendapat kecaman ramai, usahawan kosmetik Datuk Seri Alif Syukri pula dikatakan akan menyaman seseorang individu juga penyanyi RM1 juta yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu Kelepok Raya.

Bagi Aliff kenyataan yang dimuat naik individu berkenaan dianggap melampau, oleh itu beliau bakal menghantar surat saman dalam tempoh 24 jam jika tidak memadam muatnaik tersebut di media sosial.

“Sila padam posting anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar kepada anda.. Siapa makan cili dia terasa pedas.

“Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah,” kata Aliff.

Selepas dipanggil SKMM, difitnah 'memondan' Alif Syukri mahu saman individu RM1 juta
Ekoran video klip terbabit Aliff Syukri dipanggil SKMM beri keterangan

Aliff Syukri juga mengingatkan individu terbabit agar membuat permohonan maaf disertakan sekali dengan video jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

“Sila buat permohonan maaf ya terbuka awak tulis. Nama saya ya.. Sila tag mamat tu.. 24 jam tak ada, tunggu peguam saya buat kerja.

“24 jam tiada permohonan maaf tunggu surat sampai ya.. Saya senyap tak bererti saya senyap.

Dan pastikan buat permohonan maaf berserta video.. Kalau tak, saman tetap berjalan.. Lain kali nak mengutuk pun guna otak..” tegasnya lagi

Melihat mesej perbualan yang dikongsikan di media sosial usahawan ini, Aliff boleh mengenakan bayaran saman sebanyak RM500 ribu sehingga RM1 juta berdasarkan maklumbalas dari peguamnya.

“Kalau saya nak saman dia secepat mungkin.. Berapa juta boleh saman dia??” – Aliff

“Fitnah ni. Ada maklumat dia? RM500K ke RM1 juta cukup..” peguam

Terdahulu, Alif Syukri telah dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk beri keterangan dan disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video raya terkini Aliff yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata mandapat kecaman dan perhatian SKMM kerana tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.


MN MANA MATI...HADI MASIH HARAP KERJASAMA DAN KERUSI EMPUK. HANYA DI SELANGOR NOH UDANG MIMPI NAK JADI MB GAMAKNYA

 

MN sudah mati: UMNO Perlis

Kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO disifatkan ‘sudah mati’ walaupun ada segelintir ahli UMNO masih optimis dengan persefahaman itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun MN ini masih lagi wujud tetapi kini berada dalam keadaan tidak aktif dan sudah ‘mati’.

“MN ini masih lagi ada di situ tetapi dia tidak aktif dan boleh dikatakan seperti sudah ‘mati’ sebenarnya, malah saya sendiri tak dapat penelahan ke mana arah MN selepas ini.

“Ini disebabkan kita lihat pihak PAS nampaknya lebih mirip untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan kita sudah membuat ketetapan bahawa UMNO tidak akan bersama dengan PN,” katanya memetik laporn BH hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Berbuka Puasa Menteri Besar Perlis bersama Anak Yatim Kawasan Kangar di Dewan 2020, di sini semalam.

Katanya, malah di peringkat UMNO sendiri sudah ada ketetapan bahawa mereka tidak akan bersama Bersatu membentuk satu kerjasama.

“Wujud suatu isu di sini jadi kita boleh buat kesimpulan sendirilah agaknya ke arah mana MN ini akan pergi.

“Selain itu, kita di peringkat ini hanya boleh bercakap dan membuat penilaian berdasarkan pendapat masing-masing tetapi parti yang akan membuat keputusan sebagai pihak pembuat keputusan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan menentukan hala tuju MN ini kelak mengambil kira perkembangan yang akan berlaku pada masa kini dan akan datang.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Besar Perlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong meraikan lebih 240 anak yatim di sekitar Kangar selain menyerahkan zakat kepada anak yatim berkenaan hasil sumbangan beberapa pihak.

Minggu lalu, Ketua Bahagian UMNO Ketereh yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika dalam lawatannya ke Perlis mengatakan bahawa kerjasama UMNO dan PAS dalam MN masih belum mati dan akan terus wujud dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

TABAH LAH NUSI.MACAI DAN WALAUN TETAP TAK SEKATA....KAH ..KAH

 

Selepas ugut saman, macai Najib lapor polis terhadap MB Kedah pula

Seorang macai dan pengikut tegar Datuk Seri Najib Razak bertindak membuat laporan polis terhadap Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu dokumen kontroversi yang tidak pasti kesahihan, PASleak.

Isham Jalil, yang sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai Najib dan kini dilantik Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor tidak berpuas hati dengan sindiran Sanusi dalam isu PASleak dan bertindak membuat laporan polis, malah Sanusi juga menyifatkan Isham sebagai “anak seluang”.

“Kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kedah di atas adalah tidak benar, fitnah dan berniat jahat terhadap saya,” katanya dalam laporan polis yang dikongsi di media sosial hari ini.

Laporan itu dibuat melalui pegawainya pagi tadi di Balai Polis Bandar Bukit Puchong, kata Isham.

Sanusi baru-baru ini semasa di Alor Setar mengeluarkan kenyataan PASleak mungkin dikeluarkan oleh laskar siber BN yang mempunyai kepentingan melibatkan dokumen tersebut.

“Saya (Sanusi) beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu, contohnya Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil.”

Sanusi mendakwa Isham mempunyai kepentingan terhadap dokumen itu, “sedang guna dokumen itu” dan “ada potensi untuk buat dokumen.”

PASleak merujuk kepada butiran pertemuan pemimpin yang didakwa diusahakan pemimpin PAS dengan pemimpin pelbagai parti.

Ia antaranya menyebut tentang idea campur tangan dalam kes mahkamah bagi mempercepat hukuman terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin PAS menafikan kesahihan dokumen itu.


TAK PECAH LA TIAN CHUA...YANG PECAH KALAU KARTEL ADA LAHGI DALAM PKR DAN ITU AMAT DISEDARI.....

 


Tian Chua tempelak Rafizi, strategi kempennya boleh pecah belahkan PKR

Tian Chua tempelak Rafizi, strategi kempennya boleh pecah belahkan PKR

Bekas ahli parlimen Batu, Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti.

Tian Chua berkata pendekatan Rafizi membuat pemimpin PKR perlu berpihak kepada pemimpin tertentu, dan ia tidak memberi petanda baik kepada parti itu.

Ini berikutan Rafizi mengkritik pendekatan “khemah besar” Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pemilihan parti.

“Pemilihan parti bukanlah tempat untuk perpecahan dasar. Bukan sama ada anda menyokong atau membantah strategi khemah besar, anda mesti memilih pihak, yang akhirnya akan memecahbelahkan parti,” kata Tian Chua seperti dipetik akhbar China Press dalam sebuah wawancara.

Tian Chua, yang tidak bertanding dalam pemilihan parti kali ini, menawarkan pandangan ‘orang luar’ mengenai pemilihan parti yang hangat dipertandingkan.

Tian Chua, yang sebelum ini menyandang jawatan naib presiden PKR, berkata Rafizi menentang amalan parti yang telah lama wujud.

Tambahnya, Rafizi tidak melibatkan dirinya dalam proses membuat keputusan parti sebaliknya lebih suka bersuara dalam isu rumit yang hanya menyukarkan mereka.

Tian Chua berkata pendekatan ‘khemah besar’ jika dilaksanakan, boleh mempunyai pelbagai bentuk gabungan.

Tambahnya, ia boleh melibatkan Muda, Warisan, Pejuang atau kemungkinan persefahaman aturan kerusi dengan Bersatu.

Tambahnya, mereka tidak bertelagah tetapi isu itu tidak harus diputuskan dengan “berteriak di atas pentas”.

Rafizi akan menentang Saufiddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden.

Saifuddin memberi jaminan di bawah kepimpinannya, pemimpin yang kalah dalam pilihan raya tetap mendapat tempat dalam parti.


ORANG KAMPUNG BAYAR TALIAN...TALIANM MACAM HAMPEH....NAYA ORANG KAMPUNG...PACAK TIANG TINGGI TINGGI BUAT APA...

 

Syarikat telco digesa segera atasi masalah talian telefon, internet di Kg Long Pasia



Masalah dihadapi Kampung Long Pasia di daerah Sipitang, Sabah itu
 difahamkan berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara
 telekomunikasi.

SIPITANG: Syarikat telekomunikasi digesa segera menyelesaikan masalah gangguan liputan talian telefon dan internet yang dihadapi oleh pengguna di beberapa kampung di daerah ini, termasuk Kampung Long Pasia yang terkenal sebagai tarikan pelancong.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Sindumin Sani Miasin berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung masalah talian komunikasi sering terputus sejak kebelakangan ini.

“Antara kampung yang dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio, Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan dan Kampung Iburuh. Masalah itu telah menjejaskan hubungan dan komunikasi lebih 1,000 penduduk kampung terlibat.

“Saya difahamkan masalah itu berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara telekomunikasi di Kampung Long Pasia dan Kampung Ulu Bole,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Daerah Sipitang terletak di kawasan pedalaman Sabah, iaitu kira-kira 144km ke arah selatan Kota Kinabalu, dan terkenal dengan kawasan tanah tinggi, antaranya Kampung Long Pasia.

Sani berkata, liputan talian telefon dan internet di kawasan berkenaan bergantung kepada menara telekomunikasi, namun memerlukan penjana kuasa bagi memastikan ia dapat beroperasi 24 jam.

“Kerosakan penjana kuasa menyebabkan talian komunikasi terputus. Berdasarkan aduan orang kampung, penjana kuasa di menara Kampung Long Pasia mengalami kerosakan sejak 8 April lepas, namun sehingga kini ia masih belum dibaiki,” katanya.

Disebabkan talian komunikasi terputus, katanya, penduduk Kampung Long Pasia terpaksa bergantung kepada Menara Kampung Long Mio bagi kes kecemasan.

“Sudah jatuh ditimpa tangga apabila difahamkan pada 25 April lepas, gangguan juga berlaku di Kampung Long Mio. Ini bermakna Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan, Kampung Iburuh dan Kampung Long Pasia tiada liputan talian telefon dan internet.

“Masalah gangguan talian komunikasi di kampung berkenaan tiada kesudahan sejak sekian lama terutama di Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio dan sekitarnya.

“Gangguan ini turut menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah,” katanya.

Jarak Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio dari Pekan Sipitang kira-kira 128km dan hanya boleh dihubungi menggunakan jalan balak yang kini dalam keadaan yang amat teruk, menyebabkan ia sukar dilalui walaupun menggunakan kenderaan berat.


Suspek kes beli ‘nasi ganja’ guna helikopter didakwa 9 Mei ini

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abdul Jalil Hassan, berkata polis telah menyelesaikan siasatan berhubung kejadian itu dan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

PETALING JAYA: Suspek kes helikopter mendarat tanpa kebenaran di Padang Ipoh untuk mengambil tempahan ‘nasi ganja’, nasi kandar terkenal di bandar raya itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh 9 Mei ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abdul Jalil Hassan, berkata polis telah menyelesaikan siasatan berhubung kejadian itu dan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Katanya, polis menerima arahan untuk mendakwa suspek mengikut Peraturan 77 (2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 kerana gagal mengikut pelan penerbangan yang dikemukakan semasa mendaratkan pesawat di lokasi selain daripada aerodrome yang ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun, denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Julai lalu, Helikopter Bell 505 secara kontroversi mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil 36 paket nasi kandar terkenal di bandar itu, yang popular dengan panggilan “nasi ganja”, yang ditempah oleh pelanggan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid sebelum ini berkata, permit perjalanan itu diberikan oleh pegawai yang menjaga sebuah balai polis di Selangor untuk membolehkan helikopter itu melakukan perjalanan ke Ipoh dalam “pusingan penyelenggaraan”.

Pemilik helikopter itu, Mohamed Raffe Chekku, berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat kejadian itu.

APA PULAK TAK JEJAS.....MEMALUKAN ORANG PAS SAJA...WALAUN NAK LETAK MUKA MANA ?

 

PASLeaks tak jejas imej PAS: Hadi Awang

PAS yakin isu penyebaran dokumen ‘PASLeaks’ tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sehingga kini, PAS sentiasa menerima pertambahan ahli baharu.

“Sehingga hari ini, tiap-tiap bulan kita terima ahli baharu. Tidak kurang dari 1,000 ahli baharu, kadang-kadang 2,000, 4,000 pun ada ahli baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen. Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa minit  mesyuarat PAS yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi A bu Kassim dilaporkan berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan memanggil semua ahli politik disebut dalam minit mesyuarat yang tular itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menyertai kerjasama politik atau ‘khemah besar’ yang dilapor dicadangkan pemimpin pembangkang tertentu untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Jelasnya, PAS akan terus mempertahankan agenda perpaduan ummah dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan UMNO, selain badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kita tidak ikut khemah kerana dalam khemah itu ada ‘tikus’, ‘kucing’, ada macam-macam. Segalanya ada dalam khemah itu,” katanya.

MODAL UTAMA SEMBANG RAYA-KERAJAAN MELAYU ISLE TERKINI

 

  1. Maksiat kembali berpesta

Kelab malam dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei depan bersamaan 13 Syawal. Jika semasa pembentukan Muafakat Nasional (MN) dulu, ada pemimpin Pas siap kata malaikat di langit melaungkan takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam.

Malah, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik yakin MN adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan.

Tapi kerajaan Melayu Islam BN-Pas lain macam. Pembukaan semula kelab malam diumum pada 10 hari terakhir Ramadan. Sah, maksiat kembali berpesta.

Nah, sekarang hati syaitan tentunya riang berpesta dengan pembukaan semula kelab-kelab malam yang berkaitan rapat dengan minuman keras dan pergaulan bebas.

Tindakan membenarkan kelab malam dibuka sebagai antara kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 gambaran kerajaan pada masa ini bukanlah hebat dan bersungguh mana dalam memelihara akhlak dan kesejahteraan masyarakat jauh sekali mampu menyemai nilai murni Islam.

  1. Judi berganda nyawa

Sudah molek zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), cabutan judi dikurangkan kepada lapan kali, alih-alih apabila Pas menganggotai kerajaan ‘tebuk atap’, cabutan judi kembali naik kepada 22 kali sama seperti zaman BN.

Walhal, PH yang hanya sempat 22 bulan menjadi kerajaan sudah berusaha mengurangkan impak judi yang juga menghantui masyarakat bukan Islam.

Pas yang dilihat gah sebagai pejuang Islam dengan mendakwa Islam terancam serba-serbi semasaPH memerintah sekarang terbukti berjuang isu judi di negara sendiri pun gagal.

Jelas, keputusan mengembalikan judi kepada 22 kali cabutan boleh dianggap menyuburkan kembali judi yang terang-terang hakam hukumnya di sisi Islam.

  1. Akhlak masyarakat punah

Kerajaan sudah pun mengaku tiada kuasa untuk menyekat secara langsung klip video raya oleh seorang usahawan kosmetik kontroversi.

Sekatan itu hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah. Itu kata menteri kerajaan Melayu Islam bukan menteri DAP. Ya. Itu sajalah yang mampu dibuat di pihak kerajaan yang kuasa sudah sepenuhnya ada di tangan. Lemah.

Menteri Agama yang merupakan pemimpin Pas pun ada menegur. Setakat tegur sajalah yang mampu nampaknya hinggakan ada yang menggelar Menteri Teguran dari Jabatan Tegur Menegur Malaysia.

‘Teguran lembut’ menteri itu sudah mengundang kecaman ramai rakyat yang sebenarnya mengharapkan kerajaan mengenakan tindakan lebih keras memandangkan individu yang sama juga sebelum ini selamba menyumbat seorang ikon transgender dalam siri klip videonya.

Ironinya, klip video yang dianggap cara halus menormalisasikan penyimpangan fitrah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu menjadi tontonan termasuk kanak-kanak dan remaja ketika bulan Ramadan.

Mungkin kalau hal ini berlaku ketika PH memerintah, agaknya masyarakat Muslim sudah beraya di Padang Merbok di Kuala Lumpur berdemonstrasi menyerang kerajaan yang dituduh menyokong LGBT.

  1. Kos haji melambung

Kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini melambung kepada lebih RM25,000. Hairannya, penyokong kerajaan terutama Pas tidak bangkit melenting pula.

Jika kenaikan kos haji ini berlaku semasa era Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebagai Menteri Agama, sudah pasti pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan.

Bijaknya menteri agama sekarang, dia tidak mengumumkan peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019 itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pada 21 April lepas hanya mengumumkan kuota haji Malaysia tahun ini adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Walaupun Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) agih untung selepas zakat mencecah RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021, tapi tidaklah benar-benar kerajaan Islam BN-Pas manfaatkan bagi mengurangkan kenaikan susulan kadar cukai dan caj perkhidmatan baharu dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Nampak tak? “Lima hari sahaja kita perintah, kita akan tengok berubah lagu (macam) mana” nampaknya bukanlah semudah pelaksanaan sembang mendabik dada.

  1. Harga makanan mencanak

Harga barangan naik secara mendadak terutama bahan mentah ketika kerajaan ‘Isley’ memerintah. Entahlah. Apa dibuat barisan menteri yang ramai itu tak tahulah.

Malangnya, ketika pengguna menjadi mangsa kenaikan harga, peniaga runcit juga ditekan dengan dikenakan kompaun ketika peniaga ayam contohnya, menerima harga yang sudah sedia tinggi.

Padahal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika di bawah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail era PH sudah pun berjaya mengawal harga makanan dan barangan asas.

Sebaliknya, kerajaan PN-BN macam lebih berminat bermain politik dengan berebut kuasa melalui siri pilihan raya ketika rakyat bergelut dengan kemelut kenaikan kos bahan makanan.

Kerajaan diterajui pemimpin Umno sekarang dilihat bukannya bersungguh-sungguh menyelesaikan hal penting membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.

  1. Ringgit jatuh bergolek

Ringgit Malaysia jatuh bergolek dan berada di paras rendah berbanding dolar AS sebanyak 4.4 peratus dan dolar Singapura sebanyak 2.4 peratus pada tahun ini.

Penyusutan parah matawang negara ini adalah terburuk sejak 2021 menghampiri kejatuhan yang dicatatkan pada 2020.

Akibatnya, rakyat berisiko menanggung kesan kenaikan harga barang di pasaran runcit memandangkan kebanyakan komoditi dan makanan di Malaysia diimport dari luar.

Serentak itu, Bank Negara dijangka meningkatkan kadar pinjaman selain melakukan dasar kewangan yang ketat bagi menstabilkan mata wang tempatan.

Rantaian kesan selanjutnya tentulah terpalit pada rakyat yang telah sedia menanggung hutang keliling pinggang. Kadar pinjaman termasuk hutang pembiayaan rumah misalnya, akan melambung sekaligus menambahkan beban rakyat.

  1. Indeks rasuah parah

Malaysia merekodkan prestasi yang terburuk dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak kerajaan pintu belakang bermula pada 2020 menggantikan kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU 2018.

Selepas PH dikhianati, penurunan CPI negara berlaku selama dua tahun berturut-turut.

Padahal, semasa era PH, Malaysia berada di kedudukan ke-61 pada 2018 dan tahun berikutnya meningkat lagi ke tangga ke-51.

Mungkin itu sebabnya pemimpin BN dan PN serta Pas seperti tidak tenteram sewaktu PH jadi kerajaan tetapi mendendangkan ‘lagu’ Islam dan Melayu terancam.