Pena Celoreng
Sejarah mencatatkan serangan terburuk ke atas pesawat pejuang amerika berlaku di Pearl Harbour pada tahun 1941. Tetapi serangan misil Iran selama 4 minit pada awal pagi tadi telah mengubah catatan sejarah tersebut, malah sebagai bekas Pengarah Doktrin dan KP Perancang Strategi, saya melihat serangan misil iran telah mengubah doktrin perang yang dipraktikkan oleh banyak negara maju berdasarkan Douhet strategy.
Pagi tadi, Iran telah melancarkan satu serangan misil yang penuh taktikal, berlapis, terancang dan highly strategic. Saya sendiri tidak terfikir strategi Iran kali ini. As I said earlier, Parsian are good at war strategy. Iran memyerang pngkalan Udara Al Udeid di Qatar. Dalam tempoh hanya empat minit sahaja, sejumlah 60 pesawat pejuang tercanggih Amerika musnah. Sebagai strategis dan pemikir, saya terpinga-pinga dengan strategi dan taktikal serangan yang Iran lancarkan. Kagum dan SALUTE kepada sahabat saya.
Apakah strategi brilliant Iran? Berdasarkan kutipan data, saya membahagikan serangan misil iran kepada empat fasa. Setipa fasa yang berselang seminit. Sebagaimana yang saya ketahui, pngkalan Udara Al Udeid di Qatar merupakan lapangan yang paling penting atau Critical Capabilities amerika. Maka ia dilengkapi dengan lima lapisan pertahanan yang tercanggih yang ada dalam inventori amerika. Misil Iran berjaya menembusi setiap lapisan. Hebat Iran.
60 pesawat pejuang tercanggih Amerika yang sudah siap diisi minyak dan bersedia untuk terbang memyerang Iran musnah dalam masa 4 minit tidak menarik minat saya. Sebagai strategis, saya tertarik kepada ‘bagaimana Iran melakukannya?’.
Mai kita sembang kari.
Iran tidak menyerang secara balun saja. Serangan mereka berlapis. Setiap lapis bertujuan melemahkan lapisan sistem pertahanan di Pangkalan Udara Al Udeid dan membuka pintu bagi fasa serangan seterusnya.
Fasa pertama menggunakan peluru berpandu balistik untuk “membutakan” radar Patriot dan membutakan radar pengesanan.
Fasa kedua pula menggunakan peluru berpandu hipersonik untuk menghancurkan sistem pertahanan jarak dekat (SHORAD) sebelum sempat ia direset semula. Ini menunjukkan strategis Iran memahami kaedah dan keperluan reset sistem pertahanan yang terkena serangan EW.
Fasa ketiga ialah fasa paling manis atau the most memorable one iaitu ketubian peluru berpandu cruise menghujam dan memusnahkan pesawat yang berada di atas tarmac kerana dlm fasa persiapan misi serangan.
Dan fasa akhir iaitu fasa sadakollahulazim, Iran melancarkan peluru berpandu balistik untuk memusnahkan bahan api dan persenjataan dan memastikan tiada pesawat yang terselamat mampu berlepas. Empat minit sahaja, khatamallah.
Bila saya lukis kerana ingin melihat seluruh Iran Attack Plan, ia bukan serangan biase biase. Ini ialah doktrin baru perang. Iran mencipta doktrin baru serangan yang ingin saya namakan sebagai ‘serangan kek lapis’; konsep serangan berfasa yang ada pelbagai lapisan serangan secara tersusun bagi memusnahkan sistem pertahanan yang berlapis-lapis. Macama mana nak cakap ye? Dia macam kita musnahkan kek lapis di dalam mulut yang mana kita makan selapis demi selapis. Gitu la kot.
Saya juga pernah menjadi pegawai perisikan. Maka, saya juga hairan bagaimana Iran mendapat maklumat kedudukan tepat 60 pesawat pada waktu yang begitu spesifik? Spy 007? kerja satelit? Tidak mungkin. Setakat ini, biarlah saya sahaja yang tahu bagaimana Iran lakukan integrasi data, sehingga saya ada masa nak buat live atau podcast nanti.
Akhir sembang kari kita hari ni,, ini bukan hanya serangan ke atas sebuah pangkalan udara. Ini adalah bukti hidup, doktrin baru Iran is proven. Maknanya pertahanan berlapis tidak lagi kebal jika musuh memahami kelemahan setiap lapisan tersebut.
Empat minit yang singkat ini mungkin akan dikenang sebagai titik perubahan dalam seni peperangan abad ke-21 dan medan perang telah berubah, dan hanya yang memahami perubahan ini akan terus bertahan iaitu Iran.
Gambar: Dijana AI berdasarkan ilham PenaCeloreng

No comments:
Post a Comment