6 Mac 2026
Apabila bekas Pengerusi PN yang kini turun pangkat sebagai Timbalan Pengerusi PN berkata, Pengerusi PN yang baru yang menggantikannya tidak semestinya merupakan calon Perdana Menteri, ia tidak lebih adalah gambaran luahan kecewa dan gagal berpijak bumi nyata.
Kata-kata sedemikian boleh juga dianggap tiada nilai kerana pemimpin nombor dua tidak menentukan kedudukan pemimpin nombor satu.
Pemimpin nombor dua adalah pengikut, manakala pemimpin nombor satu adalah ketua.
Kerana itu, pemimpin nombor dua yang baik dan tahu budi bahasa ialah yang sentiasa memberi laluan kepada pemimpin nombor satu.
Tetapi apabila Pengerusi PN berkata kepada Timbalan Pengerusi PN yang sekarang hanya bekas Pengerusi PN, Tan Sri pun bukan lagi calon Perdana Menteri, ungkapan itu adalah kata putus.
Apatah lagi, Timbalan Pengerusi PN dan merangkap bekas Pengerusi PN itu sudah pernah sebelum ini menjadi Perdana Menteri.
Lebih daripada itu, prestasinya semasa memegang jawatan Perdana Menteri pula jauh daripada beroleh markah lulus dengan rekod pernah menggantung Parlimen, tidak berani berdepan media dan hanya berkonunikasi melalui program sehala “pengumuman khas” serta menghantar pdf” saja.
Pengerusi PN semasa tentunya tidak mahu perkara menyedihkan seperti itu berulang kembali.
Kata-kata Pengerusi PN - Tan Sri pun bukan lagi calon Perdana Menteri - seharusnya tidak sukar difahami oleh bekas Pengerusi PN yang sekarang sudah turun pangkat kepada Timbalan Pengerusi PN.
Kerusi Perdana Menteri hanya ada satu, maka Pengerusi PN dululah patut dicalonkan duduk di situ.
Amat tidak manis apabila Timbalan Pengerusi PN merangkap bekas Pengerusi PN menyatakan Pengerusi PN tidak sepatutnya hendak duduk di kerusi itu.
Kalau Pengerusi PN tidak sepatutnya duduk di kerusi yang satu itu, apakah Timbalan Pengerusi PN merangkap bekas Pengerusi PN lebih patut?
Apa pun, kata-kata Dr Sam yang tepat dan tajam yang ditujukan kepada Muhyiddin semalam sebenarnya menggembirakan semua pihak yang meyakini PN mampu memenangi PRU akan datang.
Ini kerana gambaran siapa calon Perdana Menteri bagi PN tidak lagi kabur macam video Sandakan.
Ternampak Pengerusi PN yang ada sekarang punya ketegasan, keberanian, tak takut berterus-terang dan ini tentunya memudahkan penyokong di bawah untuk terus memberi sokongan.
Parti-parti komponen PN juga tidak sukar lagi membuat ketetapan.
Paling nyata, kata-kata Dr Sam semalam itu ibarat pukulan maut kepada Muhyiddin.
Muhyiddin selepas ini sudah boleh melupakan terus hasratnya untuk kembali menduduki kerusi Perdana Menteri buat kali kedua.
Kalau Pengerusi PN pun tak sudi nak bagi, macam mana rakyat hendak yakin dan boleh nak bagi undi? - ShahbudinHusin 06Mac2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1230559682400482&id=100063393840098
No comments:
Post a Comment