Zainudin Omar
Kalau beginilah cara pemikiran pengerusi baru PN dan calun PM Malaysia, bersedialah untuk Malaysia memasuki era kegelapan..
Kenapa posting YAB Dr Samsuri ni hilang? Padam ke? Tak apa la admin tetap nak jawab.
Ya betul GDP (keluaran dalam negara kasar) bukan penentu mutlak kesejahteraan. Tapi GDP adalah indikator bagi kapasiti sesebuah negeri menyediakan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan jaminan sosial.
Perkembangan GDP Terengganu adalah terendah di Malaysia sejak 2017-2023. Hanya 9.9% berbanding Pahang yang mencatat kenaikan 33.8% dan Kelantan 29.3%
Tanpa pertumbuhan GDP yang mampan, keupayaan kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan menjadi sangat terhad.
Mengenai kebahagiaan di daerah seperti Setiu, kena fahami dalam ekonomi pembangunan, kebahagiaan tanpa sekuriti kewangan yang stabil seperti jaminan makanan dan simpanan kecemasan dianggap sebagai kesejahteraan yang rapuh.
Rakyat mungkin merasa tenang dalam komuniti, namun mereka tetap terdedah kepada risiko ekonomi apabila berlaku inflasi atau ketiadaan peluang kerja yang memaksa golongan muda berhijrah ke luar.
Rakyat Terengganu dari dulu lagi bahagia. Zaman Jepun memerintah makan ubi kayu pun kita bahagia.
Prinsip Ekonomi Islam tidak menolak kepentingan angka atau kekayaan, malah ia menuntut kemajuan yang nyata untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Dalam Maqasid Syariah, pemerintah perlu memastikan ekonomi berkembang demi melindungi harta rakyat agar mereka tidak terjerumus ke dalam kefakiran yang boleh membawa kepada kekufuran (Rujuk Riwayat Al Baihaqi)
Selain itu, jika GDP rendah, kitaran ekonomi dan dana bantuan sosial juga akan mengecil. Inilah yang berlaku hari ini apabila dana raya, dana bakti remaja, bantuan persekolahan macam dulu pun tiada. Tapi hairannya bayar gaji ribuan lantikan politik boleh pula 🤔
Islam menolak pembangunan material yang kosong daripada nilai moral, namun Islam juga tidak menganjurkan sikap berpuas hati dengan kekurangan atas nama zuhud jika ia berpunca daripada kelemahan tadbir urus ekonomi.
Menjadikan tahap kebahagiaan sebagai alasan untuk meminggirkan kepentingan pertumbuhan GDP adalah satu falasi
Kesejahteraan menurut perspektif Islam adalah apabila rakyat mempunyai kecukupan material yang diuruskan dengan baik untuk mencapai ketenangan jiwa dan sosial.
Angka GDP sebenarnya adalah alat untuk mengukur sejauh mana amanah kepimpinan dilaksanakan dalam menguruskan sumber kurniaan Tuhan demi manfaat rakyat jelata.
#MajuTerengganuKu

No comments:
Post a Comment