1. Sepanjang 665 Kilometer
ECRL sepanjang kira-kira 665 km. Bayangkan jarak KL ke Singapura sekitar 350 km.
Maknanya ECRL hampir dua kali jarak itu.
Ia menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.
Ini bukan projek negeri.
Ini projek merentas separuh Semenanjung Malaysia.
.
2. Kos Asal RM65.5 Bilion
Ya, RM65.5 bilion.
Untuk bagi orang nampak besar angka ini:
Kos bina KLCC sekitar RM1.6 bilion pada 1990-an.
Secara kasar, dengan RM65.5 bilion,
boleh bina lebih 40 buah KLCC.
Atau bayangkan beri RM1 juta kepada 65,500 orang, baru duit tu habis.
Sebab itu masa diumumkan, satu negara terkejut.
.
3. Tahun 2018, Projek Dibekukan
Selepas pertukaran kerajaan, projek ini dihentikan.
Kontrak digantung.
Kerja tapak dihentikan.
Ramai ingat ini penamat.
.
4. Rundingan Semula. Kos Turun Ke Sekitar RM44 Bilion
Kerajaan berjaya runding semula dengan kontraktor China.
Penjimatan lebih RM20 bilion.
Jarang projek mega berjaya turunkan kos sebanyak ini.
Ini antara rundingan infrastruktur terbesar dalam sejarah negara.
.
5. Banjaran Titiwangsa, Musuh Sebenar Kos
Kenapa mahal?
Sebab untuk sambungkan Pantai Timur ke Lembah Klang, kena tembus Banjaran Titiwangsa.
Gunung batu keras.
Struktur geologi kompleks.
Kerja kejuruteraan berat.
Rel tak boleh belok ikut suka hati macam jalan raya.
.
6. Terowong Genting Sepanjang 16.39 Kilometer
Ini antara bahagian paling mencabar.
16.39 km menembusi gunung.
Antara terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.
Kos pembinaan terowong sahaja mencecah berbilion ringgit.
.
7. Lebih 40 Terowong Sepanjang Laluan
Bukan satu terowong.
Lebih 40 terowong dibina di sepanjang jajaran.
Setiap satu perlukan mesin khas, kajian geologi, dan masa bertahun.
.
8. Banyak Laluan Dibina Atas Jambatan Tinggi
Di kawasan lembah dan sungai, ECRL dibina di atas viaduct.
Kenapa?
Untuk kurangkan kerja korek tanah dan jaga alam sekitar.
Struktur jambatan panjang ini menelan kos tinggi, tapi lebih selamat dan efisien.
.
9. Laluan Pernah Diubah, Kemudian Dikekalkan Semula
Jajaran asal ke Pelabuhan Klang pernah digugurkan.
Diganti laluan lain.
Kemudian selepas perubahan politik, laluan asal dikekalkan semula.
Ini antara projek paling banyak pusingan, mengalahkan Roda Impian saya putar Halim.
.
10. 20 Stesen Termasuk Terminal Kargo
ECRL bukan sekadar stesen penumpang.
Ia termasuk terminal kargo besar untuk industri.
Ini yang akan gerakkan ekonomi sebenar.
.
11. Kelajuan Maksimum 160 km/j
Kereta api penumpang boleh capai 160 km/j.
Perjalanan Kota Bharu ke Gombak dijangka sekitar 4 jam.
Bandingkan masa biasa diambil 6 jam memandu musim biasa. Kalau musim cuti dan raya? Fuh, berbelas jam. Bertabahlah.
.
12. Fokus Utama Sebenarnya Adalah Kargo
Ramai fikir ini projek balik kampung.
Sebenarnya fokus utama ialah pengangkutan barang.
Kontena dari Pantai Timur boleh terus ke Pelabuhan Klang tanpa bergantung sepenuhnya pada lori.
Kos logistik boleh turun.
Daya saing industri meningkat.
.
13. Projek Ini Melibatkan Puluhab Pekerja
Puluhan ribu pekerja terlibat sepanjang pembinaan.
Kontraktor tempatan turut dilibatkan dalam pakej kerja.
Impak ekonomi bukan sekadar selepas siap,
tapi juga semasa pembinaan.
.
14. Dijangka Siap Sekitar 2027
Jika ikut jadual, operasi penuh sekitar 2027.
Beberapa seksyen mungkin siap lebih awal.
Bermakna impaknya sudah hampir.
.
15. ECRL Bukan Sekadar Rel. Ia Ubah Peta Ekonomi
Selama ini Pantai Timur dianggap jauh.
Dengan ECRL, jarak fizikal mungkin sama.
Tapi jarak ekonomi jadi lebih dekat.
Bandar seperti Kuantan, Dungun, Kota Bharu boleh jadi hub baharu.
.
Saya punya pandangan?
ECRL ni macam bisnes besar.
Orang nampak harga.
Tapi tak nampak struktur di belakangnya.
Kos tinggi sebab geografi Malaysia bukan mudah.
Gunung. Lembah. Hutan.
Soalannya sekarang bukan lagi patut buat atau tidak.
Soalannya:
Bila 2027 nanti rel ini sudah bergerak, korang nak naik tak? Dan kalau dah sampai KT nanti, pergilah Mayang Mall dan singgahlah dekat outlet MommyHana di sana ya.
bossF,
MommyHana

No comments:
Post a Comment