Kebetulan semalam ada kawan aku tanya pendapat aku tentang himpunan ini. Awal-awal aku dah jangka 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻. Pun begitu, aku pun 𝘦𝘹𝘤𝘪𝘵𝘦𝘥 nak tahu sambutan yang diterima.
Ternyata himpunan ini 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿. Kalau yang anjur ni ahli politik, baiklah dia 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Sebab sendu sangat. Ada yang kata lebih ramai kehadiran sukan sekolah.
Ada banyak faktor bagaimana perhimpunan ini boleh gagal selain daripada 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗻𝗷𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮 untuk menjadi 𝙘𝙧𝙤𝙬𝙙 𝙥𝙪𝙡𝙡𝙚𝙧, himpunan ini juga tidak mendapat sokong pemimpin pembangkang.
Dulu, 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 isu yang dibangkitkan benar benar menekan rakyat. Pada ketika itu 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Pemimpin pembangkang ramai yang ditahan di bawah ISA maka itu, himpunan dilihat 𝘀𝗮𝘁𝘂-𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘁𝗲𝘀.
Hari ni pembangkang punya capaian yang sangat luas. Bukan hanya pemimpin mereka, malahan yang taraf 𝗺𝗮𝗰𝗵𝗮𝗶 seperti 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗚𝗼𝗺𝗼, 𝗥𝗮𝘁𝘂 𝗡𝗮𝗴𝗮, 𝗬𝗕 𝗩𝗶𝗿𝘂𝘀, 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿, 𝗕𝗮𝗱𝗿𝘂𝗹 dan ramai lagi pun sama.
Mereka bukan setakat boleh terus berinteraksi dengan 𝘧𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸𝘦𝘳𝘴 mereka, bahkan 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 dan tidak dikenakan tindakan apatah lagi ditahan tanpa bicara bawah 𝗜𝗦𝗔. Maka itu, menghadiri himpunan seperti ini bukan lagi satu keperluan bagi rakyat.
Di zaman Mahathir juga, 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Amat sukar untuk dapatkan info sahih. Himpunan begini, selain ceramah, adalah salah satu cara rakyat dapatkan berita.
Sekarang, akhbar lebih banyak siarkan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 berbanding yang memihak kerajaan. Jadi rakyat tak rasa perlu bersusah payah ke jalanan untuk cari info kerana ada akhbar arus perdana yang berat kepada pembangkang.
Rakyat ketika itu juga dalam keadaan tertekan. 𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 1998 benar-benar mencengkam rakyat. Namun kerajaan dilihat tidak 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻 tetapi lebih sibuk untuk selamatkan karier politik mereka dan syarikat kroni.
Berbanding waktu sekarang. Walaupun pembangkang berusaha 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸, tapi rakyat tak rasa kesusahan sebagaimana tahun 1998 dulu. Rakyat masih boleh makan dan belanja mewah bahkan melancong ke negara jiran.
Lagipun, hari ini tiada lagi 𝘀𝗼𝘀𝗼𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗶𝗯𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 yang berkemampuan untuk menggembeleng rakyat turun ke jalan raya. Tiada lagi sosok seperti 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘆𝗮𝗿𝗵𝗮𝗺 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝘆𝘂𝗯, 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗯𝘂 dan lain-lain. Siapa yang PN ada hari ini?
Fadhli Shaari? Wan Ahmad Fayhsal? Wan Saiful? Atau siapa? Jangankan pemimpin muda, pemimpin senior pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝙘𝙧𝙤𝙬𝙙 𝙥𝙪𝙡𝙡𝙚𝙧. Mahiaddin, Hamzah, Hadi, Taki, semua tu tiada aura.
Setakat di kalangan ahli parti mereka memang ramai pentaksub. Tapi di kalangan rakyat biasa, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝘀. Rakyat cuma dengar mereka cakap. Tapi tak terpengaruh.
Kesimpulannya, zaman ini bukan lagi zaman berdemo. Ini zaman media sosial. Kempen di media sosial 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮. Baik la gunakan media sosial sepenuhnya.
Satu lagi masalah dengan pembangkang ni, mereka ni, macam Mahathir, 𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗲𝗿𝗮 80 𝗱𝗮𝗻 90𝗮𝗻. Mereka tak perasan perubahan dunia jadi mereka pun tak berubah dalam berpolitik.
Sebab tu pembangkang masih aktif memfitnah, cipta naratif palsu dan macam-macam lagi, tanpa sedar sekarang ini 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝙠𝙚𝙮𝙗𝙤𝙖𝙧𝙙.
Lepas ni 𝗮𝗿𝘁𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝘂 yang sibuk jerit dia ada cucu tu bolehlah balik rumah jaga cucu. Tak payahlah sibuk nak ajak orang berdemo. Sedar diri kamu tu tak punya aura. Masa menyanyi dulu pun sekadar jadi bayangan je dalam industri. Tak payah berangan nak jadi gergasi dalam dunia politik. Guane boh?
Raja Gelap II
.