BBUKAN ANGKUH LA AZMIN- ANGKUH NI BILA AJAK ORANG DAN SEMUA KELUARGA ANWAR DATANG BERTANDING DI GOMBAK- ITU ANGKUH-TU MELAWAK ...

 

Kenyataan Rafizi terhadap ketua SPRM bersifat angkuh, sombong, kata Azmin.



Rafizi Ramli dipetik media sebagai berkata, PH akan “mencari” Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sekiranya pakatan itu menang pada PRU15.

PUTRAJAYA: Kenyataan berbaur ugutan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki disifatkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali sebagai angkuh dan sombong.

Mohamed Azmin berkata kenyataan dikeluarkan Rafizi berkenaan juga memperlihatkan watak pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sebagai cubaan mendera anggota perkhidmatan awam.

Calon PN kerusi Parlimen Gombak itu berkata anggota perkhidmatan awam hanya menjalankan tugas yang diputuskan oleh kerajaan dan bukan ahli politik.

“Jangan bermusuh dengan anggota perkhidmatan awam… tiada keperluan tetapi mungkin ini sudah ditakdirkan begitu.

“Anggota perkhidmatan awam boleh lihat sendiri watak PH,” katanya kepada pemberita selepas Rapat Umum Era Baharu Putrajaya di sini hari ini.

Pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru pada Rabu, Rafizi dipetik media sebagai berkata PH akan ‘mencari’ Azam sekiranya pakatan itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon PH kerusi Parlimen Pandan pada PRU15.

Ditanya mengenai tindakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyamannya kerana didakwa membuat kenyataan palsu, Azmin berkata: “Itu terpulang hak masing-masing, saya hanya kemuka beberapa perkara yang telah buat PH ditolak oleh rakyat.”

Media semalam melaporkan, Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Mohamed Azmin kerana membuat kenyataan palsu dengan mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai menteri kewangan.

Guan Eng memberitahu Mohamed Azmin mendakwanya telah menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengejar ‘syarikat yang dikaitkan dengan MCA’, mengenakan cukai baharu ke atas perniagaan dan mengenakan cukai tambahan ke atas ‘perniagaan Cina’ tertentu.

No comments: