KAH..KAH SAYANG ATOK...SAKAW JUGA..TU TAK BAGI ANWAR JADI PM....CARI DOK DALAM.....TUN M TURUT DINAMA PENERIMA DANA POLITIK RM2.6 JUTA DARIPADA ULTRA KIRANA

 

Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai salah seorang individu yang menerima RM2.6 juta sebagai derma politik daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk partinya ketika itu, Bersatu, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan memberitahu Mahkamah Tinggi pada perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi hari ini wang itu diserahkan melalui anak saudara Mahathir, Rahmat Abu Bakar.

Bagaimanapun, ketika diperiksa balas peguam Zahid, Ahmad Zaidi Zainal, Tan berkata beliau tidak pasti sama ada Rahmat pengarah Giromakro Sdn Bhd.

Zaidi: Mengapa beri derma RM2.6 juta kepada Rahmat?

Tan: Sebagai dana politik untuk Mahathir dan Bersatu.

Wang itu dikatakan diberi kepada Rahmat selepas PH memegang kuasa susulan PRU14 dan Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Pada 17 Jun, Tan memberi keterangan bahawa menteri dalam negeri bawah pentadbiran PH ketika itu, Muhyiddin Yassin, turut menerima RM1.3 juta daripada UKSB.

Tan menjelaskan lebih lanjut hari ini bahawa wang itu diserahkan kepada Pengarah SHH Resources Bhd Teo Wee Cheng, yang juga teman rapat Muhyiddin.

“Wang itu juga diberikan sebagai derma politik untuk membantu Muhyiddin,” katanya.

Zaidi: Adakah tertuduh (Zahid) juga terima derma politik daripada UKSB?

Tan: Ya.

Zaidi: Adakah anda nampak Mahathir dan Muhyiddin duduk bersama tertuduh (Zahid) di kandang (tertuduh)?

Tan: Tidak.

Saksi pendakwaan ke-17 itu turut berkata, bayaran tersebut dibuat kepada “menteri, ahli politik, dan penjawat awam” dan beliau menyimpan lejar bayaran antara 2014 dan 2018 dalam fail lembaran hamparan di komputer ribanya.

Difailkan bawah nama kod, beliau turut menamakan penerima lain, termasuk bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar Anifah Aman, dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun, Tan tidak mendedahkan jumlah khusus yang dibayar kepada Shafie, Anifah dan Reezal.

UKSB ialah firma yang mengendalikan sistem visa asing (VLN) untuk pelancong China, yang dilantik oleh kerajaan pada 2016.

Syarikat itu dibabitkan dalam kes terhadap Zahid, yang dibicarakan atas 33 tuduhan rasuah.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan daripada bekas pengarah UKSB Harry Tan dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani bahawa syarikat tersebut membayar wang tunai jutaan dolar Singapura kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak VLN itu.

Wan Quoris memberitahu mahkamah, bayaran kepada Zahid itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, dengan bayaran itu, UKSB bukan sahaja menjamin sokongan daripada Zahid, malah mengurangkan gangguan persaingan daripada syarikat lain.

Perbicaraan di hadapan hakim Yazid Mustafa diteruskan.

Sumber –



No comments: