BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PRESIDEN

 




BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PRESIDEN

Anwar Ibrahim bukan sahaja gah di dalam partinya, tetapi juga diiktiraf oleh pimpinan parti-parti dalam PH. Jika dahulu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri tidak berselindung menyatakan Anwar Ibrahim adalah tokoh yang paling layak untuk diangkat menjadi PM kerana trek rekodnya sewaktu berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Sebelum itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga mengiktiraf Pengerusi PH ini sebagai bakal PM sekiranya barisan Pembangkang waktu itu dapat membentuk kerajaan.

Tokoh-tokoh dunia lebih-lebih lagi dari dunia Arab dan golongan ulamak tersohor dunia sering memuji ketokohan anak Cheruk To'Kun, Permatang Pauh ini sebagai bakal PM yang dinanti-nantikan. Beliau pernah disenaraikan dalam kedudukan 50 tokoh popular dunia mengatasi Tun Mahathir Mohamad. Pernah juga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan

terbaik

Asia oleh sebuah majalah ekonomi terkemuka.

Di negara kita, nama Anwar Ibrahim amat dibenci oleh para kapitalis, taikun-taikun dan politikus korup. Manakala di dalam parti Keadilan itu sendiri, ada segelintir yang cemburu dengan ketokohan Anwar dan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan imej Presiden Keadilan yang menang tidak bertanding ini. Justeru itu, sesiapa sahaja yang menunjukkan ketaatan dan hormat kepada Anwar sebagai ketua, mereka dicop dan digelar sebagai pembodek Presiden.

Oleh kerana adanya segelintir yang bersikap demikian, tidak peliklah jika musuh-musuh politik Anwar Ibrahim seperti Mahathir, Mukhriz, Daim, Khairuddin 'otak udang' dan gerombolannya saban hari menyerang Anwar.

Percayalah, warga Keadilan di akar umbi tidak akan berdiam diri sekiranya Presiden mereka dihina dan dicerca atau difitnah. Kalaupun tiada pimpinan tertinggi yang lain mahu melindungi Presiden, biarkan kami di bawah bangkit untuk mempertahankannya walaupun kami hanya ahli biasa.

Kongres Keadilan yang bermula hari ini hingga Ahad pasti akan memperlihatkan sokongan padu buat Presiden. Kalau ada pihak yang cuba memperlihatkan sikap tidak menghormati Presiden, elok lupakan saja.

Keadilan harus berdiri di belakang seorang jeneral iaitu Anwar Ibrahim. "Kalau Anwar ikut kanan, jangan kita ikut kiri".

WFAUZDIN NS