Suruh Syarikat Saman Kerajaan, Menteri Kanan Angkuh







DS Anwar Ibrahim mengulas Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sama ada membuka semula sektor ekonomi atau pun menangguhkan mengikut keperluan dan suasana kesihatan dalam negeri terbabit. Tidak seharusnya Menteri Kanan mengugut syarikat swasta boleh menyaman kerajaan negeri sekiranya sektor ekonomi tidak dibuka berdasarkan perintah kawalan pergerakan bersyarat yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat mulai 4 Mei lalu. Anwar menyifatkan ugutan itu seperti tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang mengugut mengambil tindakan ke atas gabenor negeri-negeri jika tidak mengikut kehendak kerajaan persekutuan AS. Bagi Anwar, tindakan pembukaan ekonomi di Thailand secara berperingkat lebih baik dan Kerajaan Perikatan Nasional perlu berunding sebaik-baiknya. Mengenai pemandu mabuk, Anwar menggesa undang-undang perlu diperketatkan sebagaimana ketika Pas masih pembangkang menggesa hukuman keras ke atas jenayah memandu ketika mabuk. Namun selepas menjadi kerajaan parti itu tidak begitu kuat memperjuangkan hukuman keras berkenaan Oleh itu di Tukri, Presiden AK Party, Recep Toyyib Erdogan tidak menggunakan nama Islam pada parti beliau kerana kelemahan harakah islamiah akan menjadi refleksi yang melemahkan imej agama Islam.

No comments: