Pada penghujung Januari 2020, Menteri Pengangkutan ketika itu, YB Anthony Loke (Dap) telah mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk meminda Undang-Undang berkaitan pemandu mabuk.
Harus diingat, kejadian orang mabuk membawa kenderaan ini telah lama berlaku sebelum kerajaan PH memerintah lagi. Apabila melihat keringanan hukuman ke atas pemandu mabuk ini yang menjadi salah satu punca bertambahnya kejadian pemandu mabuk yang membahayakan pengguna-pengguna di jalanraya, maka atas usaha Menteri Pengangkutan di era kerajaan PH isu ini telah sampai ke Kabinet. Ertinya, di era kerajaan Umno/Bn sebelum itu, tidak terlintas di fikiran mereka untuk berusaha ke arah itu.
Walaupun Kabinet telah pun meluluskannya, bukannya esok lusa atau seminggu kemudian akan diwartakan undang-undang berkenaan. Apa yang penting, menteri tersebut sempat melakukan sesuatu yang positif sebelum kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat ini dirampas oleh pengkhianat pada pertengahan Februari 2020.
Sehari dua ini, di bawah kerajaan pintu belakang yang didokong juga oleh parti berjenama Islam, tiba-tiba baru terlintas idea mereka untuk meminda undang-undang yang telah pun dimulakan oleh menteri dari Dap sebelum ini. Itu tidak pelik kerana bukan sekali dua peristiwa "meniru" ini dilakukan oleh mereka. Kisah tanam buluh juga begitu, cuma diberi dalil lain sedikit untuk menunjukkan itu idea mereka.
Kita ucapkan tahniah kepada Menteri Pengangkutan di era kerajaan PH yang lebih awal bergerak menuju ke arah pindaan tersebut. Cuma, kita berdoa agar kerja baik dari YB Anthony Loke ini akan diteruskan oleh kerajaan pintu belakang sekarang. Jangan pula nanti usaha untuk meminda RUU Akta 333 ini nanti menjadi seperti RUU Akta 355 yang semakin dilupakan oleh lebai.
Mulai sekarang, boleh lah tempah baju unggu untuk kempen RUU Akta 333 pula, bezanya tidak perlu lagi berhimpun di Padang Merbok kerana lebai kini adalah sebahagian dari kerajaan. Usahkan RUU Akta 333 atau 355, hudud pun dah boleh lebai usahakan. Itu pun kalau masih ingat kepada hudud yang dianggap nyawa parti lebai.
WFAUZDIN NS