KRITIKAN AI MENDAPAT PERHATIAN.



Berikutan isu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal atau BIPK dalam perkhidmatan awam yang diumum akan ditamatkan bermula tahun depan telah menimbulkan keresahan ramai, Anwar Ibrahim tampil menyarankan jemaah menteri agar membincangkan semula perkara itu.
Katanya, perkara itu wajar dibincangkan semula selepas ada rungutan dan bantahan daripada pelbagai pihak.
Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkannya.
Sebagai bakal pengganti Perdana Menteri yang sudah dipersetujui, suara Anwar ini adalah tanda keprihatinannya kepada rakyat jelata.
Dan berikutan itu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan arahan agar kementeriannya mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan isu tersebut.
Di bawah kementerian beliau, doktor dan jururawat adalah antara kategori penerima BIPK dalam perkhidmatan awam.
Mudah-mudahan dengan keprihatinan dan suara Anwar ini, akan ada cahaya harapan menceriakan kegerhanaan rakyat dalam isu BIPK ini. (ShahbudinHusin 26/12/2019)

No comments: