Harga minyak mentah jatuh mengejut di pasaran dunia
Harga minyak jatuh mendadak semalam sehingga wujud keraguan terhadap kemampuan OPEC untuk melaksanakan rancangan pemotongan pengeluarannya, sementara harga ekuiti dunia goyah apabila Wall Street sukar membina rangsangan sentimen daripada urus niaga M&A.
Pengimbangan semula dan ketidaktentuan pada hujung bulan lalu menjelang minggu pemilihan presiden Amerika Syarikat membantu permintaan terhadap bon meskipun dicatatkan pencapaian bulanan yang lemah.
Harga minyak jatuh lebih daripada 3% pada keraguan mengenai rancangan pemotongan pengeluaran OPEC, dengan pasaran dibebankan dengan jangkaan yang kartel itu mempunyai rekod pengeluaran pada Oktober.
“Pasaran jadi sedikit tidak bermaya,” kata Kyle Cooper, analisis di ION Energy di Houston.
“Hanya jika OPEC boleh membuatkan semua pihak bekerjasama, kalau tidak pasaran akan jadi skeptikal,” katanya.
Minyak mentah Brent pada harga AS$1.41 atau 2.84% dengan AS$48.30 setong, sementara minyak mentah AS pada AS$1.84, atau 3.78%, dengan AS$46.86 setong.
Harga minyak lebih rendah menjejaskan saham di Wall Street dan Eropah. Pelabur kekal berhati-hati dalam membuat pembelian besar menjelang keputusan pemilihan AS.
Pasaran saham dikejutkan dengan pendedahan yang FBI menyiasat lebih banyak emel sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan Hillary Clinton menggunakan sistem emel peribadi, mencetuskan ketidaktentuan baharu mengenai calon Democratik itu menewaskan pesaingnya daripada Republican, Donald Trump.
Dow Jones jatuh pada purata 18.77 mata, atau 0.1%, berakhir pada 18,142.42, S&P 500 hilang 0.26 mata atau 0.01% untuk berakhir pada 2,126.15 sementara Nasdaq Komposit jatuh 0.97 mata, atau 0.02% untuk berakhir pada 5,189.14.
“Orang ramai mahu melihat dulu pemilihan politik itu untuk memastikan pandangan konsensus yang Hillary menang masih sah,” kata Steven Englander, ketua strategi G10 FX Citigroup di New York.
Penganalisis secara umumnya melihat kemenangan Hillary akan memberi impak positif kepada dolar, dan pengumuman FBI itu memberi harapan baharu kepada Trump untuk menewaskan lawannya pada 8 November depan. FMT