Bajet 2017 malap, pelabur tinggalkan Malaysia?
Bajet 2017 tidak mampu menaikkan keyakinan pelabur tempatan dan lura negara. Seorang pelabur asing dari negara barat, John Law, 60 tahun berkata situasi ekonomi dan politik Malaysia semakin bercelaru dan menyebabkan beliau berfikir untuk mengubah pelaburan ke negara lain.
“Nampaknya situasi politik di negara ini sedang menghadapi satu gelombang ketidakstabilan. Saya sebagai pelabur asing amat bimbang kerana situasi politik telah menyebabkan ekonomi menjadi lembap,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Beliau yang juga bekerja di sebuah kilang di Selangor memberitahu penulis bahawa Business Conditions Index (Indeks Iklim Perniagaan) telah jatuh sebanyak 22.5 mata dari 106.4 menjadi 83.9 kerana permintaan domestik dan luar negeri untuk barangan buatan Malaysia menurun.
Begitu juga Consumer Sentiments Index (Indeks Sentimen Pengguna) turun sebanyak 5 mata kepada 73.6 akibat situasi pencarian kerja dan kewangan masa depan yang kurang memberangsangkan.
John membandingkan keadaan di Indonesia yang lebih meyakinkan. Katanya, semakin banyak pelabur asing melangkauai Malaysia untuk menanam modal di sana
“Negara Indonesia sedang maju dan ditadbir-urus dengan amat baik. Saya perhatikan Presiden Jokowi memang berkebolehan dan di bawah pimpinan beliau, ramai pelabur asing telah pergi ke sana. Rakan pelabur asing saya yang lain semua sedang memuji Presiden Jokowi,” ujar John.
Beliau memberitahu titik fokus pelabur asing adalah November ini. Katanya, selain kelembapan ekonomi perhimpunan provokasi Baju Merah ke atas himpunan Bersih 5 juga dijadikan indikator kestabilan ekonomi Malaysia.