TUKANG CUCI


Norza Tiada Kes : SPRM Jadi ‘Tukang Cuci’ Dalam BN
Tuesday, 29 December 2009 5:39 PM
Oleh Roziyah Mahamad




KUALA LUMPUR,29 Disember : SPRM dilihat bertindak menjadi 'tukang cuci' dan membersihkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sedang disiasat. Hal ini berikutan SPRM yang dikatakan menghantar surat kepada Majlis Tertinggi Umno dan menjelaskan suruhanjaya itu 'tiada kes' terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah.


Hal ini dijelaskan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau yakin, campur tangan politik yang ada menyebabkan Norza terlepas dari SPRM. Beliau juga tidak terkejut dengan berita ini kerana selama ini SPRM sering 'doble standard' dalam siasatan mereka. "Ini merupakan amalan SPRM, bila sesuatu kes dari parti kerajaan sampai ke tangan SPRM, orang yang didakwa akan terlepas. Hal ini berbeza dengan parti pembangkang. Orang dari parti pembangkang yang disoal siasat akan dibuktikan bersalah walaupun kadangkala kekurangan bukti," jelas Faris. Beliau sebagai berkata, selagi SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, kredibiliti badan itu akan terus diragui dan dipertikaikan.


Terdahulu, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi SPRM telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Norza Zakaria. Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.KUALA LUMPUR,29 Disember : SPRM dilihat bertindak menjadi 'tukang cuci' dan membersihkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang sedang disiasat. Hal ini berikutan SPRM yang dikatakan menghantar surat kepada Majlis Tertinggi Umno dan menjelaskan suruhanjaya itu 'tiada kes' terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah.

Hal ini dijelaskan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa ketika dihubungi Era Pakatan.

Beliau yakin, campur tangan politik yang ada menyebabkan Norza terlepas dari SPRM. Beliau juga tidak terkejut dengan berita ini kerana selama ini SPRM sering 'doble standard' dalam siasatan mereka.

"Ini merupakan amalan SPRM, bila sesuatu kes dari parti kerajaan sampai ke tangan SPRM, orang yang didakwa akan terlepas. Hal ini berbeza dengan parti pembangkang. Orang dari parti pembangkang yang disoal siasat akan dibuktikan bersalah walaupun kadangkala kekurangan bukti," jelas Faris.

Beliau sebagai berkata, selagi SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, kredibiliti badan itu akan terus diragui dan dipertikaikan.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi SPRM telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Norza Zakaria.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

No comments: