PEKASAM CAKAP BESAR

Hangpa percaya ka ada yang jadi ahli perkasa ni bakal hilang kerusi...jadi ugut sana ugut sini macam lah ahli perkasa tu serata Malaysia.atau maksud ibrahim ali...perkasa tu umno..umno tu perkasa.??kalau macam tu layak la untuk undi kerusi Bn sahaja...kerusi Pakatan tak termakan desakan macam tu.Jadi pi mampus la hang berahim oiii...


Ibrahim Ali berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa di Kuala Lumpur. ― Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Perkasa percaya pertubuhan bukan kerajaan berusia tiga tahun itu akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan memobilisasi sokongan ahlinya, khususnya dalam menentukan nasib calon dan parti yang telah memperlekeh Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

“Sebelum ini orang ramai berfikir (sokongan) orang India adalah penting meskipun bilangan mereka adalah kecil kerana mereka menjadi penentu.

“Meskipun mereka kecil bilangan, mereka akan menjadi faktor penentu. Begitu juga Perkasa. Sudah pasti kami akan memainkan peranan ini,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.Ibrahim berkata Perkasa hanya akan memfokus kerusi-kerusi yang dipertahankan oleh wakil rakyat yang pernah menyinggung Islam dan orang Melayu, yang dimenangi dengan perbezaan undi kecil pada Mac 2008.

Katanya, Perkasa yakin akan membawa perubahan dan impak besar memandangkan ada ahli antara 500 hingga 600 orang di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini menambah Perkasa tidak menentang mana-mana parti atau kaum tetapi hanya menyasarkan sesiapa sahaja yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam.

“Mereka tidak harus fikir hanya mereka sahaja yang ada undi. Mereka tidak harus fikir hanya memproleh undi daripada kumpulan mereka sahaja. Ahli Perkasa bukan satu jumlah yang kecil,” katanya.

“Perkasa akan menolak calon-calon yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional. Jadi, semua calon harus ingat, jaga kata-kata mereka,” katanya lagi.

April lalu, Perkasa mengancam akan meminta ahli-ahlinya tidak mengundi calon dari MCA dan Gerakan jika kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) itu gagal menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

Ibrahim berkata MCA dan Gerakan tidak akan menang sebarang kerusi tanpa undi orang Melayu dan menggesa mereka berkawan dengan Perkasa.

Anwar : Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kegagalan Transformasi Najib

SHAH ALAM, 26 OKT : Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal dengan pengumuman pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan yang ternyata janji-janji tersebut masih belum dipenuhi.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat kerajaan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran.

"Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen.

Anwar menjelaskan yang mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin antaranya seperti berikut.

Wujud kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

Seterusnya ,kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah keranaperuntukan tidak mencukupi.

Kemudian , kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

Selain itu, Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Justeru tambah Anwar, Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

"Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan," katanya.

Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat



SHAH ALAM, 26 OKT: Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.

Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).

Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

"Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat," kata satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih kepada 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

"Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada Kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

"Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma," kata kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai suatu yang tidak sepatutnya timbul.

"Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan," tambahnya.

Justeru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

"Sekirannya mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan.

"Jika Dato' Menteri (Noh Omar) berani, Kerajaan Negeri akan bersama beliau membuka akaun untuk dihalusi oleh SELCAT," katanya.

Tubuhkan FAC Untuk Perang Pembaziran Dan Ketidakcekapan Dalam Jabatan Kerajaan Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM, 25 OKT : DAP mahu sebuah suruhanjaya kebertanggungjawaban kewangan (FAC) ditubuhkan bagi menangani skandal kewangan dan kes ketidakcekapan pegawai kerajaan yang berlaku pada setiap tahun seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara.

FAC yang dicadangkan itu hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen sahaja dan diberikan kuasa untuk mengambil hukuman serta tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang tidak cekap, cuai dan melakukan salah laku.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat Tony Pua berkata FAC tidak perlu dianggotai mana-mana penjawat awam untuk mengelakkan konflik kepentingan. Sebaliknya ia boleh diketuai oleh para profesional bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata setiap tahun, rakyat disajikan dengan siri "cerita penglipur lara" dalam laporan Audit yang malangnya adalah cerita sebenar.

"Walaupun laporan tersebut menyatakan terdapat kenaikan dalam penilaian kewangan secara keseluruhan oleh pengurusan jabatan dan agensi-agensi kerajaan namun penyalahgunaan kewangan dan tahap ketidakcekapan pihak terlibat tidak kurang hebatnya berbanding tahun-tahun sebelumnya," Pua berkata.

Antara contoh kes di dalam laporan tahun ini adalah:

* Jabatan Taman Laut membeli teropong dengan harga RM56,350 manakala nilai asalnya tidak lebih daripada RM1,940 iaitu lebih daripada 28 kali ganda harga pasaran.

* Projek pembinaan makmal komputer oleh Kementerian Pendidikan di seluruh negara. Di Sabah, peruntukan sebanyak RM160.7 juta diberikan untuk melengkapkan 300 sekolah menjelang 2008. Bagaimanapun, hanya dua makmal komputer disiapkan pada 2010.

* Majlis Amanah Rakyat (Mara), membeli ketuhar bernilai RM419 pada harga RM1,200 dan katil lipat bernilai RM100 pada harga RM500.

"Kesimpulannya adalah tindakan tegas mesti diambil tetapi ia jarang atau tidak pernah berlaku. Ketua Setiausaha Kerajaan, Tan Sri Sidek Hassan mempunyai peranan yang penting untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pesalah-pesalah yang berkenaan, termasuk pegawai-pegawai yang menyelia yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab."

Akan tetapi, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara semasa taklimat Jawatankuasa Kira-kira Awam, kebanyakan pegawai-pegawai yang bersalah hanya diberi surat teguran sebelum kes mereka ditutup, kata Pua.

Keluarga Shahrizat Gagal Urus Projek Daging Lembu Yang Menelan Wang Rakyat

PETALING JAYA 25 OKT : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.

Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.

Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.

Zuraida berkata siasatan yang dijalankan oleh Adun Sikamat Aminuddin Harun dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendapati wang rakyat telah dilaburkan secara sia-sia keatas syarikat itu.

"Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar," tegas Zuraida dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selain dari aktiviti mengimpot lembu, syarikat tersebut juga dilantik kerajaan untuk :

* membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
* Membangunkan makanan lembu berkualiti
* Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

Isu kini timbul dikala Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran
melampau berlaku di sembilan kementerian dan agensi kerajaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam dijangka memulakan siasatan keatas
National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

"Ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan,"tambah Zuraida.

Beliau berkata projek itu dianugerahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Shahrizat semasa beliau memegang portfolia Menteri
Pertanian dan Agro Industri.

Turut dianugerahkan adalah tanah ladang seluas 5,000 ekar di Gemas,Negeri Sembilan.

"Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan," jelas Zuraida.

"Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada
projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010," jelasnya lagi.

MAT SABU:TIDAK MUSTAHIL BERSIH 3.0 DILANCARKAN








Temerloh-Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, hari ini telah melancarkan bilik operasi jentera pilihanraya dan peti undi Temerloh Jaya.Dalam ucapan di hadapan 300 jemputan yang hadir bagi mendegar amanat beliau petang tadi, beliau menjelaskan bahawa terdapat puluhan ribu nama bertindih yangmengunakan nama yang sama bagi membolehkan mereka ini mengundi.

Jika SPR dan kerajaan berdiam diri, ini bermakna segala dakwaan dan tuduhan yang dikatakan kepada kerajaan selama ini adalah benar, dan oleh yang demikian sekiranya kerajaan tidak berbuat sesuatu, kita kuatiri rakyat akan bangun menuntut hak mereka bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan kebenaran dan kebolehan rakyat dan pendatang asing mendapat kad pengenalan dan membuang undi.Ini lah yang berlaku di Tunisia dan juga beerapa negara arb lainnya yang berpunca dari tindakan rakyat yang mahukan kerajaan yang telus dan bersih.

Kerajaan selama ini melalui egensinya SPR telah ebberapa kali didesak akan membersihkan daftar pengundi kerana berbagai bukti telah di serahkan dan ribuan laporan polis juga telah dibuat berhubung dengan dakwaan memberikan kad pengenalan bagi pendatang asinmg mengundi.Keraaan sehinga kini masih membisu.

Najib tak hadir, demo pro-Aziz diteruskan

HA..HA..PM takut lagi rupanya..walau dah tarik balik gantung Aziz Bari...kumpulan mahasiswa nak buat demo.Najib kejut lagi..Sama macam sepupunya si Hishamudin Hussein...dulu Mahfuz Omar...Masa tu tak dapt Dato lagi...tak caya tanya la Ustaz Zaharuddin....dia jadi PRESIDEN GAMIS BUAT KAT UKM....Dato Mahfuz panggil dia pondan..aku ingat lagi ketika itu Zain Isma yang hadir....dia la kena boooooo dgn Mahasiswa.., menteri apa takut nak debat.Stesen Tv ada, Akhbar ada...ajak debat ...debat lah...nak takut apa?






Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Merdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di universiti itu malam ini.

azlan"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

SMM: Najib takut mahasiswa

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

NONEBagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

Sementara itu, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (atas, berucap) menyifatkan pembatalan lawatan perdana menteri sebegai "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Katanya, penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung dan pihaknya menjangkakan Hishamuddin akan menerima memorandum mereka selaku wakil perdana menteri.

Perhimpunan malam ini dijadual bermula pada jam 7 petang di depan pintu utama UIA di Gombak.

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar : Bantu 480 keluarga Sambut Deepavali dan Aidil Adha.



SUBANG JAYA 24 OKT: Sambutan Deepavali dan Hari Raya Aidil Adha menjadi lebih bermakna apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bermurah hati menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas serta wang tunai RM100 kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, pemberian sumbangan ini merupakan komitmen MPSJ bagi menunaikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan, selain menimbulkan semangat muhibbah di kalangan komuniti tanpa mengira kaum.

Seramai 480 keluarga dari 24 Zon Jawatankuasa Penduduk MPSJ menerima sumbangan. Mereka terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Tambahnya, MPSJ juga merancang dan melaksanakan program-program pembangunan dan sosio-ekonomi bagi membantu golongan sasar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

"Justeru, mulai tahun 2010 MPSJ telah menambah jumlah peruntukan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar menjadi RM300,000 berbanding RM100,000 seperti tahun-tahun sebelumnya," kata beliau pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Hotel Grand Dorsett, baharu-baharu ini.

Antaranya, program perkongsian pintar dengan agensi berkaitan seperti Program Bengkel IT Ibu Tunggal untuk memberi latihan dan kemahiran komputer, Program Bengkel Seni Jahitan dan Sulaman Kreatif, Program Pembangunan Usahawan Wanita MPSJ dan Program Zero to Hero dan Train and Place.

Selain itu, seminar Bazaar Ramadan MPSJ yang melibatkan peniaga kecil serta Program Rumah Rakyat MPSJ yang didiami oleh keluarga tidak berkemampuan, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara dan Pangsapuri Sri Kayan Pinggiran USJ.

"Menerusi inisiatif ini, saya yakin pelbagai aktiviti seperti seminar keusahawanan, latihan dan kursus kemahiran dapat dilaksanakan kepada golongan sasaran dengan lebih efektif lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 13 Zon JKP MPSJ turut dipilih bagi melaksanakan program-program bersesuaian di bawah PPKB MPSJ 2011 dengan peruntukan sejumlah RM12,000 dan RM17,000 untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Ronnie Liu dan Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Ahli-Ahli Majlis MPSJ.

MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran Bagi Program Orang Miskin



KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.

HIMPUN, Petani Miskin dan Anak Menteri. Apa Kaitannya?




Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim menghuraikan dedahan terbaru bagaimana RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong petani dan nelayan telah salurkan kepada seorang individu.

Berucap pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya pada 23 Okt, Anwar berkata isu tersebut telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan Barisan Nasional.

Catatan bekas pelajar Aziz Bari: Di Mana Maruah Dan Budaya Ilmu?

Catatan bekas pelajar Aziz Bari:
Di Mana Maruah Dan Budaya Ilmu?


Minggu lepas kita digemparkan dengan satu berita penggantungan seorang ilmuwan Undang-Undang Perlembagaan, Prof Dr.Abdul Aziz Bari oleh Universiti Antarabangsa Islam Malaysia. Penggantungan tersebut adalah berikutan kenyataan beliau berkenaan batasan kuasa Sultan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Secara peribadi, penggantungan Prof Dr.Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bukanlah sesuatu di luar norma kerana Malaysia adalah terkenal sebagai sebuah negara yang mengekang hebat kebebasan berfikir dan bersuara. Kekangan terhadap kebebasan berfikir dan bersuara terzahir dalam undang-undang lapuk yang diwarisi dari zaman penjajah dalam usaha mengekalkan kekuasaan dan kepentingan golongan pemerintah.

Persoalan yang sering bermain di fikiran saya adalah sejauh manakah kita akan tersasar dari perjuangan mempertahankan maruah dan budaya ilmu sekiranya gedung-gedung ilmu yang diamanahkan mempertahankan maruah dan budaya ilmu itu sendiri terjebak dalam permainan kotor golongan pemerintah sehingga sanggup menggadaikan kebebasan akademik?

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia gah sebagai sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai "Garden of Knowledge and Virtue" (Taman Imu dan Nilai Murni). Sebagai seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bekas pelajar Prof Dr Abdul Aziz Bari, saya tidak dapat melarikan diri dari mempersoalkan samada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia benar-benar serius dalam memartabatkan dan mempertahankan maruah dan budaya ilmu?

Adakah Taman Ilmu dan Nilai Murni ini sekadar laungan kosong yang lambat laun akan mendedahkan kepura-puraan yang hanya akan menjauhkan kita daripada kebenaran yang hakiki?

Ilmu itu diraikan kemuliaannya melaui proses pendidikan yang dibekalkan di gedung-gedung yang dihuni manusia yang mampu mengungkap hati nurani dalam mencari makna dan tujuan kejadiaan manusia di bumi yang penuh dengan penderitaan, penindasan dan ketidakadilan sistem yang sedia ada.

Para ilmuwan di gedung-gedung ilmu bertanggungjawab dalam melahirkan manusia yang peduli kepada tanggungjawab sosial dan ini hanya boleh dicapai melalui proses pendidikan yang bersifat bebas dari kekangan dan ancaman golongan pemerintah. Maruah dan budaya ilmu itu akan tergadai sekiranya proses pendidikan itu dikekang oleh tangan-tangan yang mengendalikan gedung-gedung ilmu yang jelas bersekongkol dengan golongan pemerintah yang hanya berminat dalam menggunakan proses pendidikan bagi melahirkan manusia yang patuh kepada sistem yang sedia ada, dan bukan manusia yang patuh kepada kebenaran dan berani mencabar sistem tersebut.

Kes penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jelas mengancam dan mencabul kebebasan akademik dan ia adalah satu tindakan yang menghina maruah dan budaya ilmu yang menjadi teras sebuah insititusi pendidikan. Penggantungan Prof Dr.Abdul Aziz Bari menghantar mesej yang jelas kepada para ilmuwan yang lain bahawa jika mereka berani mempersoalkan sistem yang sedia ada semasa menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik, mereka akan dihukum.

Penggantungan ini secara terang bercanggah dengan falsafah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa penyampaian ilmu itu adalah sebuah amanah yang perlu dilaksanakan dalam proses mencari kebenaran.

Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan dikecam, kita akan akan kehilangan para ilmuwan yang berani bangkit untuk mempertahankan maruah dan budaya ilmu dalam usaha memartabatkan nilai- nilai kemanusiaan, kebebasan dan keadilan. Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan dihinjak, kita akan kehilangan para graduan yang peduli dengan penderitaan umat manusia yang ditindas sistem yang tidak adil, sistem yang hanya memperkayakan golongan pemerintah yang hanya berminat untuk mempertahankan kepentingan dan kekuasaanya. Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan diperdagangkan kita akan kehilangan nilai-nilai kemanusiaan dan sebagai ganti kita akan melahirkan generasi manusia yang terlalu mengangungkan sifat kebendaan untuk menjaga kepentingan diri sendiri, dan bukannya kepentingan masyarakat keseluruhannya.

Bersediakah kita menggadaikan kebebasan akademik dengan kepura-puraan para ilmuwan yang hanya mengajar berdasarkan silibus yang ditetapkan dan bukannya mendidik berdasarkan nilai-nilai kebenaran? Bersediakah kita menggadaikan kebebasan akademik dengan kepura-puraan insititusi-institusi pendidikan yang hanya akan melahirkan generasi manusia yang patuh kepada kefasikan dan bukan kepada kebenaran?

*Fadiah Nadwa Binti Fikri ialah peguam dari Lawyers For Liberty, bekas pelajar kepada Profesor Abdul Aziz Bari.

**Berita terkini melaporkan bahawa penggantungan tugas Profesor Abdul Aziz Bari telah ditarik balik. Abdul Aziz diminta untuk melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang pada 25 Oktober 2011. Pada 21 Oktober, kira-kira 700 siswa-siswi berkumpul dan mendesak agar UIAM mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini, dan mereka tidak menolak kemungkinan untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri yang dijadualkan melawat ke UIAM pada 25 Oktober- seandainya isu ini tidak diselesaikan dengan baik. 【Baca: "Lawan ilmu dengan ilmu!" 700 siswa bangkit pertahankan Aziz Bari

Isu Perobohan 12 Rumah Kg Sg Nibong Besar Selesai Dlm 24 jam!




Isu Perobohan 12 Rumah Kg Sg Nibong Besar Selesai Dlm 24 jam!

YB Sim Tze Tzin telah berjaya menyelesaikan masalah perobohan 12 rumah di Kampung Sungai Nibong Besar dalam hanya 24jam. Kelmarin 17/10, makahmah mendapat perintah untuk merobohkan rumah-rumah selepas penduduk kampung kalah dalam kes makamah. YB Sim sampai ke tempat kejadian, dan beliau telah berjaya mendapat persetujuan untuk menundakan perobohan dari pemaju.

Dalam rekod 24 jam sahaja, beliau telah berusaha dan berjaya mendapat pampasan 1 rumah ganti 1 rumah kos rendah (bernilai RM42,000), tambah RM5,000 kos pindah. Ini bermaksud penduduk akan mendapat pampasan nilai berjumlah RM47,000. Usaha ini hanya dapat dicapai dengan bantuan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri YB Dato Mansor Othman dan YB Sim sendiri.
Upacara menandatangan perjanjian telah dijalankan pagi tadi pada hari ini 18/10 pukul 10.30pagi di Dewan JKKK Kg Sg Nibong Pantai. Turut hadir adalah pengerusi JKKK Pak Leh dan AJK JKKK.

Kesemua 12 penduduk telah menandatangani perjanjian. (Sila rujuk gambar). YB Sim dalam ucapannya mengulaskan sejarah kejadian tersebut. Beliau telah mendapat tawaran yang baik kepada penduduk kampung 1 tahun yang lepas. Tetapi, malangnya penduduk kampung dipengaruhi pihak yang tidak bertanggungjawab, maka penduduk kampung tidak ingin mengambil tawaran tersebut. Akibat daripada itu, mereka membawa kes ke makhamah. Tetapi mereka kalah dalam makhamah akhirnya. Ada parti politik yang cuba mengaut kepentingan politik, dengan janji-janji manis, tetapi mereka gagal menunaikan janji. Penduduk kampung hampir-hampir kehilangan kesemua harta mereka akibat daripada itu. Penduduk harus ambil iktibar daripada kejadian ini.
Semalam lebih kurang 50 orang ahli UMNO/BN berkumpul di kawasan kampung menyebabkan keadaan agak tegang. Antara kalangan mereka, ada yang cuba mengaut keuntungan politik dan cuba menghalang YB Sim menjalankan tugas beliau. (rujuk gambar 5-halau lagi.jpg). Walau bagaimanapun, YB Sim secara tabah hati dan tenang menjalankan tugas, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut dengan lancar.

Atas usaha kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sekarang boleh berlega. Pakatan Rakyat memang membela nasib orang kampung tanpa kaum, agama atau fahaman politik. Dengan perjanjian ini, mereka akan diberi kelongaran 3 bulan untuk memindah ke rumah baru. Semua penduduk mengucapkan terima kasih kepada YB Sim dan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam upacara tersebut. YB Sim berkata, walaupun letih menyelesaikan masalah ini, tetapi gembira kerana dapat membantu penduduk yang dalam kesusahan.



--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

MENTERI INI TIDAK SESUAI DI DALAM UMNO

Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Bantahan terhadap penggantungan Abdul Aziz Bari semakin hangat

Bantahan terhadap penggantungan Abdul Aziz Bari semakin hangat

MerdekaReview | Oct 21, 2011 02:05:40 pm



Dalam tempoh sehari, laman sosial "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" berjaya mencapai sasarannya, sementara satu lagi laman sosial bertemakan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" , mencatat kira-kira 6,000 penyokong, pada jam 2 petang, hari ini.

Kenyataan media dari pertubuhan siswa-siswa, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik masing-masing mengecam keputusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung Profesor Abdul Aziz Bari dari tugasnya sebagai seorang pensyarah Undang-Undang. Pencabulan kebebasan akademik menjadi tema utama ketika pihak berkenaan mengulas isu ini. Malah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dilaporkan mendakwa dirinya turut "berasa terganggu dan sedih" terhadap kejadian yang berlaku.

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.MAZA) yang sepanjang ini menyokong Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan UIAM sebagai "tindakan mengampu", malah "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik". Sebelum ini, ketika Abdul Aziz Bari diserang pemimpin dan media kawalan UMNO-BN, selepas kenyataannya dipetik Malaysiakini dalam laporan berjudul "Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam", Dr.MAZA dalam laman sosial rasminya berkata, "antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan.."

Yang berikut adalah antara sedutan kenyataan-kenyataan berhubung keputusan UIAM menggantung tugas Profesor Abdul Aziz Bari:

Abdul Aziz patriot sebenar - Zunar (gambar kanan), kartunis tempatan yang kini berada di Bilbao

Memerlukan keberanian luar biasa bagi Aziz Bari yang muncul di tengah-tengah budaya "kangkung" di mana pengampu diagungkan dan para ilmuan ditekan.

Kata Khalifah Islam, Ali Abu Talib: "Patriotisme sebenar ialah menyatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim". Itu yang Aziz lakukan di depan pemerintah Islam dan Universiti Islam. Saya sokong dan hormati beliau. Jangan mengalah!


Bercanggah dengan tradisi intelektual -- Mustafa Kamal Anuar (gambar kiri), ahli akademik

"Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Universiti Islam Antarabangsa terhadap pakar perlembagaannya, Prof. Aziz Bari, mengenai isu campurtangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kes serbuan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama itu amatlah mendukacitakan. Ini kerana implikasinya amat serius sebab ini bermakna, antara lain, hak untuk menyuarakan pandangan yang berdasarkan kepakaran tidak digalakkan, lebih-lebih lagi jika pendirian itu kelihatan bercanggah dengan pandangan pihak berkuasa.

Penggantungan Prof. Aziz Bari ini juga bercanggahan dengan tradisi intelektual yang seharusnya diwarisi oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang disegani di mana perbalahan pendapat secara ilmiah dan bertamadun bukan saja dibenarkan oleh pihak berkuasa institusi itu malah disanjung tinggi oleh warga kampus khususnya dan ahli masyarakat amnya."



Beliau melahirkan peguam berjiwa rakyat --S .Arutchelvan (gambar kanan), Setiausaha Agung PSM.

"Tindakan menggantung beliau memberi satu amaran keras bahawa hak mengeluarkan pandangan dan hak akademik hanyalah boleh pakai andai kata seorang itu berkata hujah-hujah yang menyokong parti pemerintah. Tindakan ini juga sekali lagi menggambarkan bahawa ada campurtangan politik dalam keputusan menggantung beliau memandangkan desakan untuk mengambil tindakan terhadap beliau datangnya dari UMNO dan kuncu-kuncunya.

Tindakan ini sekali lagi mencetuskan persoalan, 'cakap tak serupa bikin'. Di satu pihak Perdana Menteri berkata bahawa beliau membuat transformasi politik dengan memberikan lebih hak kebebasan dan pentadbiran yang lebih telus. Tetapi pada realitinya,setiap suara pembangkang diambil tindakan dengan pelbagai cara yang anti demokratik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah seorang ahli akademik yang bebas dan bermaruah. Beliau pernah memberi pelbagai pandangan dan pandangan beliau juga bukannya bias kepada satu kumpulan sahaja kerana beliau juga pernah mengkritik parti pembangkang dan sebagainya. Beliau juga pernah melahirkan peguam-peguam dari UIA yang berani dan berjiwa rakyat. Tindakan ke atas beliau adalah satu tindakan yang cukup memalukan untuk UIA dan untuk Negara kita.

PSM meminta pihak Universiti serta-merta meminta maaf selain dari membenarkan beliau bertugas kembali seperti biasa. PSM bersama gerakan rakyat pelbagai kaum dan agama akan terus memperjuangkan hak dan kebebasan akademik sentiasa dilindungi."



Penyuburan ilmu terbantut--Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) Presiden PKR.

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berhubung dengan kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalam lingkungan Perlembagaan. Kini kita dikejutkan lagi dengan berita yang mana beliau juga digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

KEADILAN berpandangan bahawa tindakan ini seolah-olah merendahkan para akademia dalam tugasan harian mereka untuk memberi pandangan dan pendapat dalam kepakaran mereka. Adalah sesuatu yang memalukan dan menzalimi para cendakiawan di Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandarkan fakta-fakta imperikal yang sememangnya menjadi kepakaran mereka. Ini sekaligus akan membantutkan proses penyuburan ilmu kepada rakyat.

Isu yang timbul, yang dipolemikkan oleh sesetengah media dan politikus tertentu melibatkan Profesor Dr. Aziz, harus dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan, bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak. Mereka seharusnya diberikan ruang untuk memberi komentar mahupun kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.

Oleh yang demikian atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap isu ini dapat dirungkai oleh pihak pengurusan UIAM agar ia dapat dikendalikan dengan penuh hemah dan wibawa tanpa mencemarkan budaya ilmu seterusnya budaya ilmu ini akan dapat diangkat di Malaysia yang kita kasihi.



UIAM gadaikan prinsip kebebasan akademik -- Lau Weng San (gambar kanan), ADUN Kampung Tunku

"...Tindakan ini mempunyai kesan berpanjangan terhadap imej antarabangsa Malaysia kerana UIAM ditubuhkan sabagai sebuah universiti antarabangsa. Sebagai sebuah universiti antarabangsa, ianya perlu mencerminkan semangat kepelbagaian, keterbukaan, saling menghormati semasa ahli akademik walaupun berbeza pendapat dan sebagainya.

Malahan, ini juga merupakan semangat yang sepatutnya ada pada sesebuah universiti, tanpa mengira sama ada universiti itu mempunyai nama 'antarabangsa' atau tidak.

Malangnya, pihak pengurusan UIAM sanggup menggadaikan prinsip kebebasan akademik sehingga mereka sanggup menggantung tugas Profesor Abdul Aziz Bari dan meminta beliau memberi surat tunjuk sebab hanya kerana beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa dalam bidang kepakaran dan kajian beliau.

Daya saingan sesebuah negara amat bergantung kepada taraf pendidikan rakyatnya, termasuk pendidikan tinggi. Apa yang berlaku ke atas Profesor Abdul Aziz Bari merupakan sesuatu yang mengaibkan kita semua.

Bagaimana negara kita boleh mencapai negara maju jikalau pihak berkuasa asyik melenyapkan pandangan-pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa melalui cara-cara yang zalim?

Oleh itu, saya mengkritik dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIAM terhadap Profesor Abdul Aziz Bari. Saya juga menyeru pihak UIAM supaya segera menarik balik penggantungan tugas Profesor Abdul Aziz Bari ini dan memulihkan tugas beliau di UIAM dengan serta-merta."

Wawancara MerdekaReview bersama Profesor Abdul Aziz Bari:

Bahagian pertama: Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu

Bahagian kedua: Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua

Aziz Bari balas surat Selasa ini, lagi pemimpin kecam UIA

Aziz Bari balas surat Selasa ini, lagi pemimpin kecam UIA

October 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Okt − Sementara pemimpin politik dan badan bukan kerajaan melahirkan sokongan moral kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang itu menegaskan beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengecam Sultan Selangor.

Sebaliknya kata Aziz, beliau hanya memberi pandangan mengenai aspek perundangan yang perlu diketahui oleh masyarakat awam mengenai institusi diraja dan peruntukan perlembagaan.

“Sebagai ahli akademik, saya ada peranan untuk memberitahu rakyat, itu yang saya lakukan,” kata beliau dalam kenyataannya mengulas perkembangan semasa.

Dengan merujuk kepada laporan Kosmo! hari ini, kata Aziz (gambar), “ada media mengeluarkan laporan bahawa saya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Sultan Selangor.”

“Saya akan bercakap dengan peguam saya mengenai perkara ini,” katanya lagi.

“Saya tidak mengecam Sultan Selangor,” kata Aziz sambil menambah beliau akan menjawab surat tunjuk sebab pada Selasa ini.

“Saya akan bertemu dengan peguam saya nanti untuk menyediakan penjelasan kepada surat tunjuk sebab yang diberikan (oleh UIA)... mungkin saya akan hantar Selasa ini,” kata beliau.

Dalam pada itu Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata, tindakan surat tunjuk sebab terhadap Aziz merupakan satu tindakan yang bukan sahaja pelik, tetapi juga terkebelakang dari perspektif menyuburkan budaya pemikiran kritis.

“Pada padangan saya, mana-mana pandangan ilmiah seharusnya diberikan jawapan secara ilmiah dengan diadakan perdebatan secara ilmiah.

“Tidak seharusnya pandangan ilmiah dijawab dengan kekuasaan politik,” kata beliau sambil menambah, “justeru adalah tidak harian mengapa indeks universiti terbaik di Malaysia jatuh merudum pada tahun ini.

Justeru beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, “adakah Malaysia sedang menuju ke arah politik seperti negara Afrika Timur yang membunuh kaum intelektual?”

“Seperti yang kita maklumi, Uganda sebelum ini diperintah oleh Milton Obote. Namun selepas rampasan kuasa oleh Idi Amin, beliau menjadi diktator yang telah membisukan kaum intelektual.

“Mereka yang tidak mahu dibisukan terpaksa nyah keluar dari negara Uganda. Adakah nasib yang sama akan menimpa Malaysia? Saya medoakan agar Malaysia tidak ke arah itu,” katanya lagi.

Kata beliau, tindakan terhadap Aziz juga adalah langkah yang tidak selari dengan seruan Perdana Menteri ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 yang telah menyebut salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah penghasilan modal insan yang berkualiti.

“Justeru, saya berharap agar YAB Perdana Menteri dapat mengotakan janji beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San pula menyifatkan tindakan UIA menggantung tugas Aziz sebagai zalim terhadap para akademik dan telah mencalah imej antarabangsa Malaysia.

“Saya mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengurusan UIA yang menggantung tugas dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Abdul Aziz Bari kerana kenyataan beliau berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.

“Tindakan UIA yang bertujuan untuk menghukum anggota-anggota akademik yang mengeluarkan pandangannya berdasarkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kajiannya adalah amat silap. Tindakan ini tidak lain tidak bukan mempunyai motif politik dan bertujuan untuk melenyapkan pandangan yang berbeza dengan pihak berkuasa,” katanya lagi.

“Oleh itu, saya mengkritik dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA dan saya juga menyeru pihak UIA supaya segera menarik balik penggantungan tugas Profesor Abdul Aziz Bari ini dan memulihkan tugas beliau di UIA dengan serta-merta,” katanya lagi.

Pendirian yang sama diutarakan oleh Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan.

“Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa.

“Kami mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari penggantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini,” kata beliau.

Nasrudin berkata, kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti di peringkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan.

Khalid Samad: Pemimpin Pas Tidak Digalakkan Hadir Himpun

SHAH ALAM 21 Oktober : Pimpinan PAS tidak digalakkan untuk hadir ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat seolah-olah memberi tanggapan PAS menyertainya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor, Khalid Samad yang dihubungi TV Selangor menjelaskan bahawa tiada larangan secara khusus bagi ahli PAS untuk menyertai himpunan tersebut atas kapasiti individu.

"Tidak ada arahan untuk tidak hadir kecuali terhadap pemimpin-pemimpin parti dan pusat supaya tidak akan timbul kekeliruan seolah-olah kita menyertai program itu, kerana mereka itu dikenali sebagai pimpinan PAS dan kehadiran mereka akan memberikan pengesahan seolah-olah PAS menyertainya,"

"Pada dasarnya tiada larangan ahli PAS untuk hadir tetapi kalau tidak silap saya pimpinan utama tidak digalakkan untuk hadir kerana akan menimbulkan kekeliruan dari segi orang akan mengatakan bahawa itu adalah pimpinan PAS, maknanya PAS menyertai program tersebut sedangkan kita sudah menyatakan bahawa kita tidak menyertainya walaupun pada dasarnya untuk usaha pemantapan akidah itu disokong,"katanya.

Tambah Khalid lagi, PAS mengambil ketetapan untuk tidak hadir ke program tersebut bagi menghormati permintaan penganjur yang mengkehendaki program ini bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

"Kita menghormati pihak penganjur yang ingin ianya tidak dipolitikkan dan tidak melibatkan parti-parti politik maka lajnah politik membuat keputusan kita tidak perlu menyertai."katanya.

Khalid juga menjelaskan bahawa himpunan itu dikhuatiri mempunyai agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu khususnya untuk meraih sokongan politik dengan menggunakan taktik pecah dan perintah bagi menarik sokongan rakyat.

"Kita juga telah memberi penjelasan tentang kekhuatiran kita bahawa program yang seperti itu akan menghasilkan ketegangan di antara agama dan juga kaum di negara kita kerana dilihat seolah-olah bertujuan untuk mengumpulkan orang Islam bagi memberikan amaran kepada orang bukan Islam supaya jangan ganggu dan sebagainya dan pada saya tidak perlu diadakan program seperti itu."

" Ianya juga dikhuatirkan sebagai tindakan yang mempunyai agenda politik pihak yang tertentu walaupun ramai yang terlibat daripada kalangan orang yang ikhlas yang ingin menzahirkan kekhuatiran mereka terhadap berita yang telah disebarluaskan oleh pihak-pihak yang tertentu tetapi kita khuatir ada agenda politik disebaliknya yang bertujuan untuk pecah dan perintah rakyat Selangor."jelasnya.

Justeru,tambah Khalid perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih besar ialah program pemantapan akidah dikalangan umat Islam diperhebatkan khususnya serangan akidah seperti isu sekularisme.

"Sedangkan masalah utama umat Islam di negara kita lebih banyak yang terlibat dalam kefahaman-kefahaman yang bercanggah dengan Islam seperti sekularisme,penolakan hukum-hakam Islam dan sebagainya dan bukan masalah kristananisasi sebab ia tidak begitu ramai dan ia bukan satu ancaman terbesar yang menimpa umat Islam buat masa kini,lebih serius lagi fahaman sekularisme dan sebagainya."jelasnya lagi.

Hassan Ali Sertai HIMPUN Esok.




SHAH ALAM, 21 OKT : Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam.

Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.

Jangan Guna Budak Sebagai Senjata Politik




PULAU PINANG 20 OKT : Pimpinan kerajaan Pulau Pinang mengecam tindakan blogger pro-Umno yang memfitnah anak remaja lelaki Lim Guan Eng sambil menyeru lawan politik mereka untuk hanya menumpukan serangan terhadap orang politik.

Timbalan Ketua Menteri II Dr P.Ramasamy berkata, kenyataan yang dilemparkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek baharu-baharu ini dengan mengatakan kejadian itu sebagai politik biasa di Malaysia adalah tidak wajar sama sekali.

"Bagaimana pemimpin MCA boleh berkata begitu kepada masyarakat Malaysia bila mana rakyat memandang dia sebagai seorang pemimpin. Jenis moral apakah itu? Dia sepatutnya memberitahu rakyat bahawa kita tidak sepatutnya menghukum seorang budak berusia 16 tahun. Kita perlu elakkan perkara begini. Pimpinan Umno boleh menentang kita, tetapi bukan seorang budak kecil," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Datuk Mansor Othman dengan nada sinis berkata tindakan tersebut mencerminkan budaya politik
Umno-BN hari ini.

Tambahnya, adalah sesuatu yang memalukan kepada negara apabila kegilaan kuasa menyebabkan Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

"Mahatma Gandhi dalam salah satu politik beliau iaitu Gandhi Seven Deadly Sins telah menyebut Politics Without Principal yang ternyata diamalkan hari ini oleh Umno dan BN adalah politik tanpa prinsip apabila dengan sedar telah mengheret anak Lim Guan Eng ke kancah politik kotor mereka.

Ini menunjukkan betapa rendahnya etika politik kepimpinan Umno-BN yang sanggup menggunakan taktik politik kotor dalam usaha membunuh karier politik lawan mereka," jelasnya.

Bari-baru ini blog pro Umno mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlibat dalam serangan seksual terhadap seorang gadis yang berasal dari Hong Kong.

Lim telah menyangkal semua dakwaan itu termasuk tuduhan itu ditutup dengan RM200,000.

DAP hari ini mendedahkan gambar yang digunakan blog-blog pro Umno untuk melontarkan dakwaan mereka sebenarnya merupakan juara catur bernama Anya Sun Corke yang berusia 21 tahun.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Blogger pro Umno termasuk Ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Lim telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com

Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua

Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), lantas mencungkil persoalan sejauh manakah institusi pengajian tinggi mampu mempertahankan kebebasan akademik atau kebebasan bersuara dalam menara gading?

Mampukah menara gading tempatan menampung sesuatu yang dikatakan "idealisme"? Atau sekadar bayangan realiti di luar kampus - apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan "keluhuran perlembagaan" menodai semangat ini; dan apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan autonomi akademik, mencabul kesucian intelektual.

Abdul Aziz Bari (gambar kiri), 52, menjadi tumpuan kali ini. Isunya terlalu besar, membelenggu fikrah masyarakat Malaysia selama ini. Namun sehingga hari ini, beliau tetap tidak berganjak, mempertahankan apa yang dipercayai dirinya, sebagai seorang pakar perlembagaan.

Ikuti bahagian kedua wawancara MerdekaReview (MR), bersama Abdul Aziz Bari (AAB) melalui email.

MR: Dari sejarahnya, sistem perlembagaan kita direka dengan institusi Raja dikekalkan sebagai lambang untuk mempertahankan agama Islam dan kaum Melayu. Mungkin ini antara puncanya mengapa institusi Raja menjadi isu "sensitif", kerana mengkritik "Raja" disamakan dengan "mempertikaikan Melayu dan Islam".

Atau dalam konteks hari ini, apakah Prof menganggap, "sensitif"nya isu institusi Raja sebenarnya berpunca daripada permainan politik kepartian? Parti politik telah mengheret institusi Raja ke gelanggang politik kepartian, sebagai senjata dalam pergelutan politik. Misalnya, dalam rampasan kuasa Perak pada tahun 2009, penyandang asal jawatan Menteri Besar, Mohd. Nizar Jamaluddin diserang sebagai "penderhaka" oleh UMNO, yang mana motifnya diketahui umum.


AAB: Apa yang dianggap sensitif itu pada saya sesuatu yang subjektif. Lain orang lain tafsirannya. Dalam konteks undang-undang hasutan seorang hakim, Tan Sri Azmi Kamaruddin, pernah menyebut dalam kes Mark Koding (1982) betapa undang-undang hasutan Malaysia payah difahami. Menyeret istana ke kancah politik ini banyak sebabnya. Tetapi jika istana tegas dan tahu peranannya itu saya fikir tidak akan berlaku. Tetapi ada kalanya tuduhan itu timbul kerana pihak berkenaan hendak menyembunyikan sesuatu dan pihak ini mungkin berkata istana diseret ke dalam politik kerana istana memainkan peranannya yang sebenar.

Dalam kes Nizar itu saya dah sebut sikap dan pandangan saya yakni istana perlu melaksanakan kuasanya sebagaimana yang dihasratkan oleh perlembagaan; yakni selaras dengan demokrasi. Ertinya kuasa budibicara itu perlu dilihat dalam konteks yang betul. Bukan secara literal.

MR: Dalam tulisan prof, institusi Raja seharusnya melangkaui politik kepartian, supaya diterima sebagai lambang perpaduan negara. Konsep ini diterima dan diamalkan di negara seperti Britain. Namun, sebagaimana yang diamati, apabila Pakatan Rakyat diasak dengan serangan UMNO-BN dalam isu institusi Raja, wujud kecenderungan daripada pihak PR untuk menarik sokongan institusi Raja. Misalnya, PKR pernah seketika dahulu mencadangkan agar kekebalan Raja dipulihkan.

Dalam senario politik sedemikian, apakah strategi ini adalah satu kemestian, ataupun sebenarnya PR boleh tampil dengan alternatif yang lain?


AAB: Saya tidak pasti apakah yang sebenarnya mereka maksudkan, khususnya mengembalikan kekebalan atau imuniti itu. Ini sebenarnya tidak timbul kerana perlembagaan hanya boleh diubah melalui pindaan formal. Saya tidak pasti apakah PKR mampu berbuat demikian kerana pindaan perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Sekarang ini usahkan hendak meminda perlembagaan, hendak menubuhkan kerajaan yang hanya memerlukan majoriti biasa pun masih belum mampu. Saya tidak pasti apakah kekebalan atau imuniti yang menjadi kekuatan sistem beraja sebagaimana di Britain. Ini kerana sistem beraja di sana sentiasa dikritik. Bahkan kalau mengikut standard kita dipermain-mainkan atau diejek.

MR: Dalam konteks zaman sekarang, apakah Prof bersetuju, seandainya institusi Raja disesuaikan dengan peranannya sebagai lambang untuk mempertahankan SEMUA rakyat Malaysia - tanpa membezakan kaum dan agama. Apakah ia mampu meredakan masalah perkauman dan agama yang meruncing?

AAB: Setahu saya institusi ini bukan lambang rakyat; institusi beraja ialah lambang autoriti negara dan lambang perpaduan rakyat. Ia juga adalah jatidiri dan identiti negara dan sejarahnya. Sama ada sistem itu mampu meredakan masalah kaum atau tidak itu bergantung kepada komitmen institusi itu sendiri. Pada saya pengekalan sistem beraja itu sendiri sepatutnya sudah mampu mengelakkan timbulnya gerakan kanan dan ekstrem. Dengan kata lain, sekiranya sistem beraja itu dihormati maka tidak akan muncul gerakan berhaluan kanan yang pada asasnya muncul kerana tidak wujudnya institusi seperti sistem beraja.

MR: Baru-baru ini beberapa isu yang agak sensitif untuk masyarakat Melayu dicungkil. Misalnya isu Mat Indera, di mana isu di sebaliknya adalah perjuangan komunis.

Prof pernah dalam satu ceramah membidas bahawa kerajaan sebenarnya tidak mematuhi Perjanjian Haadyai 1989, apabila Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia.


Isu di sini sebenarnya melibatkan integriti, iaitu sama ada sesebuah negara patuh kepada janjinya. Namun, suara "dominan" dalam masyarakat Melayu tidak melihat dari perspektif ini, sebaliknya lebih didorong sentimen ketika menangani isu ini, misalnya mencungkil semula emosi bekas tentera yang tercedera ketika memerangi komunis. Persoalannya, apakah di sini "emosi" mengatasi segala-galanya?


AAB: Saya tidak melihatnya begitu. Bukan soal emosi mengatasi segala-galanya tetapi ada media tertentu yang dibiarkan bermaharajalela dan berbuat sesuka hati. Mereka hanya memaparkan perspektif yang disukai oleh pemerintah yang belum tentu sempurna dan betul. Apa yang saya katakan itu adalah fakta, ia bukan pendapat saya. Ia hanyalah paparan yang perlu diketengahkan kerana masyarakat sudah lupa atau tidak tahu.

MR: Sebagai pakar perundangan, sejauh manakah prof menilai semangat "rule of law" ini dipraktikkan dalam masyarakat kita? Padahal dalam rukun negara kita melafazkan "keluhuran perlembagaan". Seandainya semangat itu masih tipis dalam masyarakat kita, apakah puncanya? Bagaimana kita boleh berusaha ke arah itu?

AAB: Masalah yang kita hadapi ialah kita melakukan itu sebagai ritual yang kosong, yang tidak ada makna apa-apa. Keluhuran perlembagaan perlu dihidupkan dalam masyarakat. Tetapi realiti kita adalah sebaliknya. Sebuah negara yang bukan sahaja penuh dengan undang-undang drakonia dan pelaksanaan yang memilih-milih dan tidak adil. Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua. Ia perlu dilaksanakan supaya rakyat komited dan sedia mempertahankannya.

MR: Masyarakat Melayu mungkin mengalami "gegaran fikrah" lantaran beberapa isu yang dibangkitkan baru-baru ini, Mat Indera, peranan Sultan dan sebagainya. Politikus mungkin lebih berhati-hati, kerana seandainya mengambil langkah terlalu ke depan, mereka bimbang kehilangan undi seandainya gagal menjelaskan kepada pengundinya.

Di sini, mungkin cendekiawan, pemikir dan ahli akademik boleh memainkan peranannya. Sejauh manakah golongan intelektual ini memainkan peranan mereka yang seharusnya? Apakah harapan Prof terhadap mereka?


AAB: Kita banyak universiti dan ramai profesor. Tetapi ini tidak semestinya bermakna bahawa kita ramai intelektual. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam isu Mat Indera itu. Dan apa yang saya sendiri tanggung sekarang. Saya menghargai sokongan rakan-rakan dan saya harap mereka dapat memainkan peranan dalam bidang masing-masing. Termasuk berkongsi dengan masyarakat apa yang mereka kaji dan ajar.

MR: Prof mungkin tidak perlu berdepan dengan risiko seandainya memilih untuk berdiam diri dalam isu-isu yang kontroversial. Tetapi mengapa Prof sebagai kaki tangan dalam institusi pengajian tinggi awam mengambil langkah untuk tampil ke depan, malah tidak berundur apabila diserang?

AAB: Saya tidak mahu angkat bakul. Memadai jika saya katakan saya percaya dan komited dengan cita-cita kebenaran dan keadilan. Ini semua perlu diperjuangkan. Secara kebetulan saya ahli akademik. Jadi saya pilih jalan ini. Kalau saya petani atau ahli politik saya akan gunakan cara dan pendekatan yang lain yang sesuai dengan pekerjaan saya. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian pertama: Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara di atas dijalankan melalui email.

Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu

Patut la Universiti kita ni tercorot sahaja .Bukan sahaja tak ada nama, akan tetapi tindakan tersebut juga dianggap sebagai tindakan tak bertamadun di alaf baru ni dimana sikap keterbukaan pusat pengajian tinggi ini sudah berubah menjadi pusat membodek parti pemerintah.Maka kerana itu semua kajian dan juga pandangan politik tidak dapat keluar dari Universiti kerana dianggap pelajar dan kajian yang dibuat adalah untuk pelajar dan warga Universiti sahaja.

Tidak seperti di luar negara,kajian dan pandangan dari cerdik pandai,kajian dan peruntukan kepada universiti diberi satu geran kajian yang cukup besar...supaya hasil kajian ini dimanfaatkan untuk negara...

Berlainan dengan negara kita...semakin maju kehadapan ..semakin tertinggalnya pandangan dan kajian dari pihak Universiti.Para penyarah di tutup mulut dan menjadi pensyarah yang hanya tahu mendapat habuan bulanan dan menjadi seperti pokok yang berdaun lebat tetapi tidak mengeluarkan buahnya...



Dr ASRI......TINDAKAN MENGAMPU.........

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai "tindakan mengampu".

NONE"Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.

"Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

"Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik".

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai "kepimpinan baru di UIA" yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

"Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik," katanya.

Kakitangan UM: Tanam ketakutan

Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz.

azlan"Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.

"UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," katanya.

Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - bawah MAIS - terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti "mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama".

Sementara itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) hari ini turut menentang tindakan pelbagai pihak terhadap Aziz - termasuk oleh polis dan UIA - kerana ia didakwa mencabul kebebasan akademik dan berekspresi.

"Tindakan oleh kerajaan dan UIA ini akan menanam ketakutan dalam masyarakat akademik," kata presidennya Azmi Sharom.

Sehubungan itu, persatuan itu menggesa siasatan polis bawah akta hasutan dihentikan dan pengantungan terhadapnya ditamatkan serta merta.

Pelbagai Pihak Protes Penggantungan Dr Aziz Bari

SHAH ALAM, 20 Oktober : Pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.

"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.

Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.

Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan.

"UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea," katanya.

Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.

"Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO. "Transformasi" yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong," ujarnya.

Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri.

Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.

"Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.

Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.

Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.


Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU13?

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU ke-13? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun 2012, lebih-lebih lagi dengan petanda-petanda yang menunjukkan bahawa PRU 13 mungkin diadakan antara Januari hingga Mac pada tahun depan.

Bagaimanapun, apa yang "pelik" mengikut anggaran SPR, PRU tahun depan hanya melibatkan "Parlimen", tetapi tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri. Ini mungkin memberi makna bahawa seandainya Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, maka kerajaaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional juga tidak akan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Maklumat ini ditemui MerdekaReview ketika menyelak Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, di mana SPR meramalkan bahawa satu PRU akan diadakan pada tahun 2012, dalam bab aktiviti bahagian operasinya. Dengan kata lain, SPR telah pasti bahawa PRU akan dijalankan pada tahun depan. Sebelum ini, SPR hanya memaklumkan bahawa PRU 13 akan dijalankan selewat-lewatnya pada tahun 2013. (Jadual bawah)

2010 (Sebenar) 2011 (Anggaran) 2012 (Anggaran)
Bil. Pemilih Berdaftar 11,163,409 11,834,845 12,634,090
Parlimen Tiada Tiada 1
DUN Tiada 1 Tiada
PRK 8 3 Tiada

Sumber: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012

Objektif operasi SPR adalah melaksanakan perjalanan PRU dan PRK, serta mendaftar, menyemak, menyedia dan mengeluarkan senarai daftar yang kemas kini dan bersih, dan mengkaji semula dan mencadangkan pindaan Undang-undang, Akta-akta, Peraturan Pendaftaran Pemilih dan Peraturan Pilihan Raya dari semasa ke semasa.

Menurut maklumat dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, SPR meramalkan bahawa bilangan pengundi dalam daftar pemilih akan mencecah angka 12,634,090 orang pada tahun 2012. Antaranya, Selangor kekal sebagai gedung undi terbesar, dengan pengundi seramai 1,853,511 orang; disusuli Johor (1,528,379 orang), Perak (1,395,958 orang), Sarawak (1,039,643 orang) dan Kedah (994,756 orang).

Sebelum ini, sumber maklumat memberitahu MerdekaReview bahawa pihak atasan FGVH telah memberi arahan agar langkah penyenaraian FGVH dipercepatkan, dengan harapan ia dijayakan sebelum akhir Mac 2012. Memandangkan FELDA merupakan "gedung undi" UMNO-BN, ditambah pula janji "durian runtuh" dalam Belanjawan 2012 - maka PRU 13 diramalkan akan diadakan antara Januari dengan Mac 2012.

Baca: Langkah penyenaraian FELDA Global Venture dipercepat untuk mengejar langkah PRU 13?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

PR Selangor Mengalu-alukan Usaha Perkukuh Aqidah : Tolak Ketegangan Kaum



SHAH ALAM, 19 OKT : Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor mengalu-alukan usaha mengukuhkan aqidah umat Islam, namun menolak sebarang penganjuran yang akhirnya mengundang perpecahan dikalangan masyarakat.

Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman, berharap penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) pada Sabtu ini tidak menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor.

"Perlu diingatkan bahawa kerajaan hari ini bukan sahaja mengambil berat kebajikan orang Islam, namun menyeluruh termasuk kebajikan mereka yang bukan dari kalangan

"Kami di dalam PAS sentiasa mengalu-alukan usaha untuk memperkasakan aqidah, tetapi kami menolak sesebuah perhimpunan yang akhirnya memecah belahkan kehidupan sesama kita, sebab itu di dalam Islam melarang umatnya,"

Dr Rani berkata demikian ketika ditemui TvSelangor di Lobi Bangunan SUK di sini, hari ini.

Mengulas lanjut perkara sama, Dr Rani yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengingatkan bahawa kristianisasi bukan ancaman besar terhadap umat Islam, sebaliknya sikap perkauman, sekularisme dan meterialisme yang seharusnya ditentang setelah sekian lama melingkari kehidupan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie menjelaskan bahawa partinya memperjungkan prinsip keadilan mengambil pendekatan yang sama seperti PAS untuk tidak menyertai HIMPUN.

"Kami tidak terbabit dan terlibat serta tidak dapat bersama-sama dalam program itu kerana hasil daripada maklum balas yang kami terima program ini adalah program yang akan dipolitikan secara tidak sewajarnya," katanya yang juga Adun Seri Muda.

Panganjuran HIMPUN adalah satu inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai satu wadah untuk menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi seperti Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

PAS Berkecuali Dari Menyertai HIMPUN




KUALA LUMPUR 19 OKTOBER : PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali untuk melibatkan diri dalam himpunan tersebut kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

"PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama,"

Hadi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Mengulas lanjut pengecualian PAS dari menyertai HIMPUN, Hadi menjelaskan bahawa sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.

Panganjuran HIMPUN adalah satu inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai satu wadah untuk menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Penganjur HIMPUN pada Selasa lalu memberi jaminan bahawa HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi seperti Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

HARAPANNAK LAGAKAN PAS DAN PAKATAN BERKECAI

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah RM1 Trilion

KUALA LUMPUR 18 OKTOBER : Badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) memberi amaran bahawa impian negara menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan mengambil pendekatan membudayakan amalan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

REFSA dalam kenyataannya menjelaskan menjelang tahun 2020, hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekiranya hutang Kerajaan Persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun.

Menurut REFSA, defisit semasa negara hari ini yang berada pada RM437 bilion adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," di petik laporan REFSA.

Sebagai rekod, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," Jelas REFSA.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.

Tuduh Seleweng RM55 Juta : Sengaja Calar Imej Penjawat Awam




SHAH ALAM, 18 OKTOBER : Tuduhan seorang bekas menteri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa kononnya baki peruntukan penyelenggaraan pada 2009 berjumlah RM55 juta telah dilesapkan bertujuan untuk mencalar kewibawaan dan kredibiliti kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memandang serius tuduhan berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh serta media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan tidak berasas berkenaan.

"Lebih dari itu, kita merasakan tuduhan ini turut menghina penjawat awam yang bekerja keras bagi memastikan dana negeri diurus dengan baik dan profesional," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Menteri Besar, amanah rakyat menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dan bekerja keras untuk memastikan amanah rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab.

"Justeru, saya telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri, Juruaudit Persekutuan dan Juruaudit Negeri, Jurunilai Jabatan Kerjaraya dan beberapa akauntan kanan bagi mengutarakan serangan yang cuba dikenakan terhadap mereka serta pegawai kerajaan secara amnya.

"Saya telah dimaklumkan bahawa, perjalanan kewangan di Negeri Selangor berdasarkan Pekeliling Perbendaraan yang digunakan pakai di seluruh Malaysia. Pada 27 Februari 1993, Mesyuarat Majlis Kewangan Negara telah memutuskan mulai 1994, semua kerajaan negeri hendaklah mewujudkan satu Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri yang mana semua pemberian ini dicarum terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah tersebut dan semua perbelanjaan direkodkan," ujar Abdul Khalid.

Tambah Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri dengan kod perakauanan 60002 bagi mengakaunkan terimaan dan bayaran pemberiaan Penyelenggaraan Jalan Negeri.

Justeru, penggunaan peruntukan MARRIS oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan yang digariskan oleh Arahan Amanah Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri.

Pada 2009, kerajaan negeri menerima RM315,627,905.00 Peruntukan Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dengan purata terimaan RM26 juta sebulan.

Sejumlah RM328,751,219.30 telah digunakan pada 2009 iaitu pembayaran terus melalui Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri berjumlah RM78,751,219.30 dan pindahan kepada Akaun Hasil Disatukan Penyelenggaraan Negeri Selangor berjumlah RM250 juta.

Baki Akaun Amanah Penyelenggaran Jalan-jalan Negeri pada 1 Januari 2009 ialah RM67,533,879.91 dan baki pada 31 Disember 2009 adalah RM54,410,565.61. Baki ini kemudian dibawa ke tahun 2010.

"Perincian ini jelas menunjukkan perjalanan dana ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Negara. Malah, perjalanan dana ini di Negeri Selangor telah diaudit dan diperakui oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2009 dan sepatutnya tidak dipertikaikan lagi," katanya.

Menurut Abdul Khalid, sebagai bekas menteri, Md Zin sepatutnya tidak membuat tuduhan melulu tanpa membuat sedikit kajian tentang perjalanan perakaunan negeri.

"Jelas beliau sememangnya tiada langsung pengetahuan asas dalam perakaunan. Kedangkalan pengetahuan beliau dan ditambah pula dengan tujuan politik, beliau telah memperkecilkan kebolehan penjawat awam menjalankan tugas untuk memastikan dana diurus dengan baik," katanya.