Perintah Kawalan Pergerakan: Majikan Jangan Tekan Pekerja – MTUC

MARCH 19, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan: Majikan Jangan Tekan Pekerja – MTUC
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja mereka yang kehilangan pendapatan hasil kerja lebih masa dan komisyen susulan penularan wabak COVID-19.
Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata penutupan perniagaan tidak penting mulai 18 hingga 31 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan perlu dibuat berasaskan gaji dibayar kerana majikan mempunyai pilihan untuk melakukan persediaan bagi kakitangan untuk bekerja dari rumah.
“Pekerja hendaklah dilayan seperti rakan kongsi dan majikan perlu melengkapi usaha kerajaan untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian sosial dan bukannya mengambil tindakan tidak wajar yang boleh mencetuskan kekacauan dalam negara” menurutnya dalam satu kenyatan di sin, lapor Bernama.
Beliau berkata majikan tidak boleh bergantung kepada Manfaat Penamatan Kerja dan Pemberhentian Sementara kerana Perintah Kawalan Pergerakan bukanlah satu situasi di mana majikan tidak memberikan tugas kepada pekerja bagi tempoh sekurang-kurangnya 12 hari bekerja biasa dalam masa empat minggu berturut-turut.
“Sebaliknya, ini adalah situasi di mana majikan diarah oleh kerajaan untuk menutup perniagaannya atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, majikan tidak boleh bergantung kepada Manfaat Penamatan Kerja dan Pemberhentian Sementara untuk memecat pekerja.
“Gaji juga tidak sepatutnya dipotong atau melakukan kerja lebih masa tanpa bayaran, cuti mingguan atau tahun dikurangkan susulan penutupan wajib selama 14 hari susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata mana-mana majikan yang bergantung secara salah terhadap force majeure, atau doktrin kekecewaan kontrak atau manfaat penamatan kerja dan pemberhentian sementara atau cuba berunding dengan pekerja untuk membayar balik tempoh 14 hari itu boleh disifatkan sebagai kecuaian, salah laku dan perilaku yang bercanggah dengan kepentingan semua pihak berkepentingan dan negara.
Solomon berkata adalah penting majikan mempamerkan sikap patriotisme susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan mereka yang tidak mematuhinya akan berdepan pendakwaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 dan jika sabit kesalahan, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun dan/atau denda.
“Oleh itu, adalah menjadi obligasi moral untuk majikan sektor swasta yang bukan tergolong dalam perkhidmatan penting untuk menutup perniagaan mereka dari 18 hingga 31 Mac untuk membantu usaha kerajaan membendung penularan wabak koronavirus yang berbahaya.
“Lebih cepat mereka patuh, lebih cepat kita boleh melangkah ke depan. Jika tidak, tindakan mereka boleh ditafsirkan sebagai satu subversi atau mensabotaj inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia dan keluarga mereka mampu mengharungi krisis global ini,” katanya.

HRPB Nafi Mesej Tular Dakwa Pesakit Covid-19 Melarikan Diri


MARCH 19, 2020
HRPB Nafi Mesej Tular Dakwa Pesakit Covid-19 Melarikan Diri
IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat seorang pesakit wanita positif wabak Koronavirus (Covid-19) yang dikatakan melarikan diri dari hospital tersebut.
Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Bin Osman berkata mesej tersebut tidak benar selain mendapati tiada kejadian berlaku seperti yang didakwa.
“Pihak hospital ingin menafikan penularan berita tidak benar tersebut. Hasil semakan mendapati tiada pesakit seperti yang tertular tersebut di hospital ini.
“Orang ramai digesa untuk tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dikhuatiri boleh mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini tular di sosial media satu mesej atau hantaran yang mendakwa terdapat seorang wanita dikatakan berasal dari Kampung Simee, dekat sini, yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari HRPB.
Hantaran itu turut mendakwa pihak HRPB dan polis sedang giat menjejaki wanita tersebut.

Dengan santun pihak berkuasa mengarahkan premis niaga dititup demi saranan pergerakan terkawal

Perkhidmatan Talian Kasih perlu diteruskan – Hannah Yeoh


Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Wanita dan Keluarga mengkaji semula keputusan untuk menutup Talian Kasih di tengah-tengah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19.
Katanya, perkhidmatan Talian Kasih wajar diteruskan bagi memberi tumpuan khas perlindungan serta kebajikan kumpulan sasar seperti kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan mangsa keganasan rumahtangga.
“Ini juga untuk memastikan talian 999 atau 112 ini tidak dibebankan dengan isu yang lain dan boleh memberi fokus kepada isu keselamatan berbangkit daripada perintah kawalan pergerakan.
“Talian Kasih mesti dilihat sebagai perkhidmatan perlu (“essential service”) kerana dalam tempoh inilah kumpulan sasar berada pada keadaan paling rentan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas hebahan Kementerian Wanita dan Keluarga berhubung penutupan sementara perkhidmatan Talian Kasih susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagaimanapun, hasil semakan terkini mendapati hebahan di saluran rasmi kementerian terbabit telah dipadam.  
“Keputusan menutup Talian Kasih buat sementara waktu ini semestinya tidak akan berlaku jika ahli MKN satu ketika dulu merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (yang sekarang ini dianggotai semua lelaki),” ujar Hannah Yeoh yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Cetus ‘episod hitam’ disaat rakyat diuji COVID-19 tindakan tidak bertanggungjawab



Pihak yang merancang mencetuskan ‘Episod Hitam’ dalam sejarah demokrasi negara di saat tanah air dan rakyatnya berdepan ujian getir penularan Covid-19, adalah tindakan sangat tidak bertanggungjawab.
Perkara itu disuarakan Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini.
Menyingkap kembali tarikh keramat 24 Februari 2020, Dr Dzulkefly berkata ia adalah kicauan terakhir beliau selaku Menteri Kesihatan (Kerajaan Pakatan Harapan tumbang).
“Sejumlah 22 kes positif Covid-19 dan 20 kes sembuh sepenuhnya. Dua kes berada dalam wad di Hospital KKM. Kes terakhir adalah pada 15 Februari.
“Ia sekali gus menandakan gelombang pertama telah tamat. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros dan banyak pihak-pihak lain turut mengiktiraf Malaysia dalam mengurus jangkitan kluster Covid-19 hingga ke saat itu.
“Manakala, gelombang kedua bermula 11 hari kemudian, iaitu pada 27 Februari, dalam ‘Kegelapan Malaysia’ yang mengharungi pelbagai ketidaktentuan dan keberantakkan politik.
“Tumpuan membendung Covid-19 jelasnya tergendala, tanpa Menteri-Menteri Kabinet & Nadma yang ketika itu dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri.
“Sangat tidak bertanggungjawab mereka yang merancang mencetuskan ‘Episod Hitam’ dalam sejarah demokrasi negara ketika rakyat dan negara berdepan ujian getir ini,” bidas Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi AMANAH.

Lantiklah Menteri Kanan jurucakap Covid-19, kata Azalina

Lantiklah Menteri Kanan jurucakap Covid-19, kata Azalina
Sebelum ini, Azalina antara ahli parlimen Umno yang tidak berpuas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Pemimpin Umno terus menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan desakan agar seorang Menteri Kanan sebagai jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bekas menteri kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, orang ramai perlu mengenali jurucakap itu sebagaimana Datuk Seri Hishamuddin Husein diletakkan sebagai jurucakap kerajaan ketika mengendalikan kemalangan kapalterbang MH370 dahulu.
“Wahai PM8 @ Muhyiddin Yassin, tolonglah lantik Menteri Kanan sebagai jurucakap MKN. Sila perkenalkan dia sebagai jurucakap rasmi MKN sebagaimana kami meletakkan H2O (Hishamuddin) sebagai jurucakap dalam krisis MH370,” kata Azalina melalui twitter beliau.
Sebelum ini, Azalina antara ahli parlimen Umno yang tidak berpuas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Gabungan kerajaan harus berdasarkan perwakilan yang seimbang dan bukannya didominasi oleh satu parti.
“Untuk menjadikannya sah, mesti ada perjanjian bertulis antara parti politik yang terlibat,” ciapnya di Twitter tengah.
Sehingga kini, kerajaan tidak menamakan siapa jurucakap rasmi MKN yang menguruskan kes Covid-19 yang sudah menjadi wabak.
Sebelum ini, hanya PM Muhyiddin yang menjadi jurucakap kerajaan dalam isu Covid-19.
Selain Muhyiddin, anggota tetap MKN sebelum ini adalah Menteri Dalam Negeri, Pertahanan dan Komunikasi.

Matlamat MCO akan gagal jika arahan tidak jelas, kata Dr Dzul

Matlamat MCO akan gagal jika arahan tidak jelas, kata Dr Dzul



Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) amat penting dijalankan secara terancang dan berkesan dengan semua Kementerian dan Agensi Penguatkuasaan supaya ia tidak seperti yang disaksikan 48 jam lalu, kata Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, keseluruhan matlamat MCO akan gagal sekiranya arahan-arahan yang tidak jelas menjadi pencetus kepada perebutan untuk masyarakat pulang ke kampung atau bercuti.
“Amat malang kalau MCO tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan seperti didakwa seorang Prof Dato Dr Lukman Hakim Sulaiman semalam. Semoga ianya segera diatasi!
“Dalam pada itu, berlaku jangkitan kluster besar akibat belasan ribu himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, (27 Feb-1 Mac) Kuala Lumpur, yang merupakan punca utama ledakan kes (spike in curve).
“Pantas ke hadapan, terdapat 120 kes baharu yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.
“Saya menegaskan, ini kerana kita gagal untuk mengamalkan ‘Social Distancing’ (SD) secara sukarela sedari awal lagi. Maka hari ini, kita dikenakan SD secara paksa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi AMANAH menyifatkan, SD itu wajib dilaksanakan oleh semua pihak dalam usaha membendung penularan Covid-19 daripada terus menular.
“Sekali gus usaha untuk ‘Mendatarkan/Melandaikan Keluk Epidemik’. Inilah pengorbanan yang dituntut daripada setiap kita.
“Biarpun nampak menyusahkan, kita mesti menjayakan MCO ini secara bersama dan berkesan,” katanya lagi.

APA PUN TARAK


Ahmad Abdullah Badawi


Tadi tonton Kenyataan Muhyidin...Ingatkan nak umumkan bantuan khas, Gantian Pendapatan ker kepada pekerja dan penjaja dan Peniaga kecil.. Rupanya dia Mengarut sorang-sorang dia kat depan TV suruh orang duduk rumah..

Cuba tengok ucapan Lee Hsien Loong, PM Singapura.. dia cakap dengan tenang dan serius..Begitu juga ucapan Ds Anwar..ada perasaan resah memikirkan nasib Rakyat.. Bila tengok Muhyidin.. Entah apa yang dia cakap pun tak tahu..rasa mcm dia buat lawak..

Ada ker Muhyidin berleter cakap jangan lepas Kopitiam, Kedai Mamak... dah sah sah lah kedai tu tutup untuk orang ramai makan.. dia kata,Dia pun suka lepak mamak...Lepas tu dia suruh duduk rumah tengok HBO... Apa lah nasib Malaysia dapat PM tebuk atap mcm ni.. rasanya PM dah tak centre..

Kalau Muhyidin tak buka mulut lagi bagus..takda orang nampak teruk sangat.. Dah lah Ulama Dunia keluar TV semalam, Ditanya lain..Dia jawab lain..

Kadang-kadang  tengok Muhyidin bercakap..tengok muka dan suara Muhyidin dah nampak macam watak Pak Maon dalam cerita Nasib doremi.. :)


KERAJAAN WAJIB SALURKAN MAKLUMAT TEPAT, CEPAT ELAK KEKELIRUAN – ANWAR

DUA MINGGU BERKUASA, PN BUANG PENGURUSAN MARA ERA PH

SELEPAS P.PINANG , N SEMBILAN LANCAR PELAN BANTUAN RAYAT TERJEJAS COVID 19

KERAJAAN DIRESTUI LANGIT TAPI TAK DAPAT ILHAM

PERCANGGAHAN MKN DAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI PUNCA BALIK KAMPUNG

Nampaknya sekarang Tuhan nak tunjuk keikhlasan pengkritik kerajaan PH :-



1. Dulu walaun sibuk menyerang kerajaan PH kononnya kerajaan PH menyokong LGBT. 

Sekarang menteri kanan PN sendiri terpalit dengan adegan semburit. Malah aktiviti LGBT dah tak ada kah sekarang ini.
Mufti dah tak bising lagi kah?

2. Ada mufti yang begitu keras menyerang kerajaan PH kononnya pada zaman kerajaan PH ini Islam terancam. Kini dia sendiri yang nasihatkan raja supaya masjid menunda membatalkan sembahyang jumaat di seluruh negerinya sebaliknya semua masjid di negeri lain mengerjakan solat jumaat tanpa ada apa-apa masalah.






3. PAS UMNO menuduh kerajaan PH telah menyokong kumpulan ekstremis cina iaitu Dong Zhong yang menentang pelaksanaan tulisan jawi di SJKC. Mereka mendesak kerajaan PH mengharamkan Dong Zhong. Setelah PN berkuasa Dong Zhong telah diajak oleh timb menteri pelajaran dari MCA untuk berkerjasama dengan Kementerian Pelajaran.






4. Semasa pemerintahan PH auncai telah menyerang kerajaan kerana ingin mengiktiraf UEC. Kerajaan PH dituduh terlalu ikut kehendak cina DAP. Mereka juga mendakwa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan telah terancam. Setelah kerajaan PN muncul, presiden MCA, Wee Ka Siong berjanji akan mengiktiraf UEC. Auncai hanya diam membisu.

5. PAS pula beria-ria ingin melaksana hukum hudud dan memperjuangkan RUU355. TAPI bila mereka bersama membentuk kjaan PN berbagai dalih yang muncul. Hudud tak sesuai untk masyarakat kita dan sukar nak bawa usul RUU 355.


6. Isu pembunuhan Adib juga mula sunyi bila kjaan PN dibentuk. Semasa pemerintahan kjaan PH tiap-yiap hari kedengaran desakan tangkap pembunuh Adib. Tapi bila mereka berkuasa terus diam tak bunyi.

7. Isu LTTE pun semasa pentadbiran kjaan PH mrk dituduh melindungi pengganas. Selepas kejatuhan PH, Presiden MIC sendiri yang mengunjungi keluarga tahanan LTTE menyatakan simpati mrk kpd tahanan LTTE. Sekali lg auncai hanya mampu terdiam.


KATA DULANG PAKU SERPIH KATA ORANG AKU YANG LEBIH...

What Goes Around, Comes Around

HARU BIRU JUGA YA

Zamzuri Ardani

Tiada penerangan foto disediakan.
Menteri Pendidikan umum pelajar universiti tak perlu kosongkan asrama bila asrama sudah pun kosong.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'MENTERI PENGAJIAN TINGGI DIKECAM KERANA TERLALU LAMBAT'
Tiada penerangan foto disediakan.
Menteri Alam Sekitar umumkan gangguan bekalan air di Selangor bila gangguan itu sudah pun diatasi.

Menteri-menteri lain tunggu menteri kereta terbang sampai ...
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teks

Hikayat kerajaan atap!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Dr Asyraf Wajdi @drasyrafwajdi 2h Siapa KP Majlis Keselamatan ya? sekarang tak dengar sebarang kenyataan sedangkan Menteri-men bagi alasan tak boleh bersuara di kala krisis. Jangan salahkan rakyat bila arahan keliru lagi mengelirukan! 74 191 349 Dr Asyraf Wajdi @drasyrafwajdi 3h Ramai pelajar universiti yang mengadu kafe di kampus ditutup. Tidak semuanya berkemampuan dan berkeupayaan untuk balik. Tidak wajar juga diarahkan kosongkan asrama. Mohon pihak universiti dapat segera bertindak. Fahami matlamat Perintah Kawalan Pergerakan! 15 35 119 ?'

KEMANA HILANGNYA MENTERI YANG MENGEPALAI NADMA?

Nizam Aka

Salah satu agensi yang paling penting di kala rakyat berdepan dengan sebarang bencana ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara(NADMA),dan inilah menteri yang mengepalai Agensi Nadma..Tapi di mana menteri ini sekarang?
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, termasuk Zanirun Baba, teks yang berkata 'Menteri Datuk Seri Atas PelantikanSebagai Jabatan Perdana Menteri Khas) Yusof Selamat Datana ke Portal NADMA! mkk Menteri: 'Kereta Terbang' Sudah 85 Peratus Siap Di Mana Menteri Yg Mengepalai Agensi Pengurusan Bencana Negara Di Kala Rakyat Berdepan Dgn Wabak Covid 19? Atau Masih Sibuk Ronda2 Dgn Kereta Terbang Idaman?Inikah Standard Menteri Yg Muhyiddin Percayai?'
Dalam keadaan rakyat bertungkus lumus dengan wabak bahaya ini,belum terdengar walaupun sekali suara menteri yang berkaitan dengan bencana dalam negara ini?

Mngkin tengah terbang ke hulu ke hilir dengan Kereta Terbang yang diidam-idamkannya sebelum ini? Jadi,apa yang rakyat Malaysia boleh harapkan dengan menteri yang telah menjadi bahan lawak jenaka semasa PH mentadbir negara sebelum ini?


JIKA MEREKA MASIH BERKUASA.


Tun Razak


Dr.Dzul dalam Taskforce COVID-19 Selangor. Syed Saddiq sibuk berbincang dengan universiti berkenaan penempatan pelajar. Bekas Menteri PH masih berusaha keras memulihkan megara walaupun tidak lagi dalam kabinet.

Sekadar terfikir, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan masih memerintah, mesti kita akan dapat lihat:

1) Dr Dzulkefly mengemudi KKM dengan cemerlang dalam menghadapi wabak COVID-19.

2) Dr Wan Azizah mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi NADMA.

3) Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan bertungkus lumus berusaha menguruskan ekonomi gig untuk belia-belia yang terkesan dengan wabak.

4) Anthony Loke mengawal selia proses pemindahan dan penempatan semula pelajar-pelajar universiti yang diminta meninggalkan universiti mereka.

5) Yeo Bee Yin dan Isnaraissah Munirah sibuk menyiasat kes pencemaran air di Selangor sehingga menyebabkan catuan air.

6) Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan berkenaan inisiatif kerajaan dalam mengawal harga-harga barang yang kritikal.

7) Hannah Yeoh sibuk mencari ikhtiar menyelesaikan isu penempatan anak-anak petugas kesihatan akibat penggantungan tadika-tadika dan pusat asuhan.

Namun, apa yang kita lihat sekarang adalah kekecohan dan kepanikan di seluruh Malaysia. Pusat membeli belah, stesen-stesen bas dan Balai Polis menjadi huru hara akibat dipenuhi oleh orang ramai yang resah dan gelisah.