Anak Menteri Penempatan Israel ditemui mati selepas dedah jadi mangsa penderaan seksual


 


Anak kepada Menteri Penempatan Israel, Orit Strock, ditemui meninggal dunia selepas secara terbuka mendedahkan dakwaan penderaan seksual selama bertahun-tahun yang didakwa melibatkan ahli keluarganya sendiri serta tokoh agama berpengaruh.

Kematian Shoshana Strock berlaku beberapa minggu selepas wanita berusia lingkungan 30-an itu berkongsi pendedahan menggemparkan mengenai penderaan yang didakwanya bermula sejak dia berusia dua tahun setengah.

Menerusi satu kenyataan video pada 28 Februari lalu, Shoshana menceritakan kewujudan ‘ritual sadistik’ apabila dirinya menjadi mangsa eksploitas

Jelasnya, ketika remaja, dirinya diperdagangkan dan dieksploitasi, dan penderaan itu berterusan sehingga ke alam dewasa.

“Pelaku penderaan itu adalah… Ahli Parlimen, rabbi, orang-orang yang mempunyai kuasa…

“Jika mereka beritahu kamu bahawa saya membunuh diri — jangan percaya,” katanya, dipetik Quds News Network hari ini.

Sistem eksploitasi

Shoshana turut menamakan rabbi terkenal, Zvi Thau, serta menggambarkan wujudnya satu sistem eksploitasi dan ‘terapi penukaran’ secara paksaan dalam kalangan lingkungan agama berpengaruh di Israel.

Menurutnya, dia juga baru-baru ini sekali lagi diserang dan sejak itu meninggalkan apartmennya, selain mendakwa dirinya sudah tidak lagi mempunyai tempat tinggal.

Testimoni yang tular di internet itu turut menarik perhatian terhadap dakwaan lebih meluas yang dibangkitkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan kes penderaan seksual dalam kalangan kelompok agama dan politik di Israel.

Lapor Quds News Network, Zvi Thau dikatakan sebagai tokoh utama dalam gerakan agama nasionalis Israel dan berperanan sebagai pemimpin spiritual kepada Parti Noam, yang diwakili di Knesset oleh Ahli Parlimen Avi Maoz.

Dalam satu catatan Facebook pada 12 Januari lalu, Strock berkata, bapanya dan Rabbi Thau berulang kali memaksanya menyertai ritual penderaan yang bertujuan meyakinkannya bahawa dia bukan seorang lesbian.

Katanya, ritual tersebut melibatkan penghinaan, ugutan dan tekanan psikologi serta menyifatkan orang dewasa memaksanya menyertai amalan yang cuba memprogram semula orientasi seksualnya.

Strock yang mengakui mengalami trauma psikologi yang mendalam turut mendakwa bahawa keluarganya memperdagangkannya untuk keuntungan ketika dia masih remaja.


No comments: