BILA GADUH, IA BAIK UTK UMNO & BAIK UTK DAP

 UMNO perlu reform jika mahu Melayu kembali percaya

BILA GADUH, IA BAIK UTK UMNO & BAIK UTK DAP





Selepas 120 hari di Sabah, pulang sahaja saya tidak menunggu lama utk move on. Ramai yg sdg bercuti tetapi saya ambil pendirian terus kerja. Move on kata saya kpd rakan dan teman2 seperjuangan.


Saya menghadiri beberapa meeting (post mortem), berbual dgn Menteri dan sutpol. Pastinya antara topik mengenai apa yg berlaku di Sabah.


Apa berlaku di Sabah tidak boleh dijadikan indikator politik di Semenanjung. Sentimen ‘anti Semenanjung’ telah lama kita ketahui sgt kuat malah berlaku di dlm parti sendiri. 70% pengundi kita hilang kerana sentimen tersebut.


Bila saya tulis ‘kalah dalam menang’… ada pihak tertentu ‘menganjing’… kalah tetap kalah! Benar tetapi PKR, UMNO dan PAS ‘MENANG’ kerana ‘urang Sabah’ tetap memilih parti Semenanjung. Tewas (PKR) pun di tempat kedua atau ketiga bukan hilang deposit.


Hanya undian pengundi Cina perlu dianalisis dan secara umumnya semua telah mengetahui faktor ia berlaku. 


Move on dan saya ada bentangkan kertas kerja apa yg perlu kita lakukan. Ada yg saya rasa perlu diperbaiki, perlu sistematik dan tidak berpuashati. 


Tetapi saya menggunakan saluran dalaman.  Jika semua dihebahkan ia bukan lagi strategi.


Saya pulang ke kampung sempena cuti Krimas ambil kesempatan menjaga ibu, saya bertemu ramai rakan2 sekampung.


Topik paling panas isu pergaduhan UMNO & DAP…. Saya tersenyum dan jawapan spontan saya ‘ia baik utk UMNO dan ia baik utk DAP.’


Mereka hairan? Saya beritahu UMNO bersuara sb yg menzahirkan kegembiraan atas keputusan Hakim itu dari pimpinan DAP.


Cuba Mahathir yg berkata ia tidak gegak gempita seperti skg. Kenapa UMNO perlu begitu?


Ia utk menarik pengundi Melayu, membuktikan kpd ahli2 parti bahawa pucuk pimpinan tidak tunduk pada DAP.


Sdgkan waktu Anwar Ibrahim dipenjarakan, apa hinaan tidak diterima Anwar dari pimpinan hingga penyokong tegar. Malah Najib di dlm Parlimen sindir Kak Wan.


Begitu juga DAP apabila mereka dpt ‘telur ayam’ di Sabah. Mereka kena buktikan bahawa DAP bukan seperti MCA yg tunduk kpd UMNO atau PKR.


Mereka akn bersuara acah2 ugut. Sama dgn strategi UMNO, ia sekadar utk membuktikan kpd kaum Cina mereka bukan seperti MCA.


Sb itu perang UMNO dan DAP itu hanyalah strategi politik ‘menang menang’ atau tiada siapa yg kalah. Satu parti nak raih perhatian org Melayu dan satu lagi parti utk raih perhatian org Cina.


Yg tak faham strategi atau seni politik ini org bawahan. Org bawahan ini atau penyokong parti, isu begini mereka berperang dah macam ‘Perang Salib’. Sdgkan pemimpin ok sahaja dlm meeting kabinet.


UMNO ugut dan DAP pun ugut… siapa yg untung jika tarik diri dari kerajaan? Dua dua rugi terutama DAP kerana parti ini memang tiada kawan.


Tiada parti di Malaysia yg sanggup berkawan dgn DAP. UMNO berbeza mereka akn dipinang oleh sesiapa sahaja atas nama semangat Melayu.


Bijaknya UMNO kali ini mereka dah kenal siapa PAS. Mereka tahu jika bersama PAS mereka akn kehilangan 73 kerusi Parlimen.


Kesan jangka panjang, UMNO akn semakin melemah di 73 kawasan Parlimen tersebut iaitu kawasan Melayu. Tapi ahli di bawahan atau penyokong atas pagar mereka tidak nampak.


‘Kita keluar!’…. Kalau keluar belum tentu kerajaan yg wujud itu boleh bertahan lama. Konsep tebuk atap ini hanya dimainkan oleh PAS.


PAS menjadi kerajaan dgn cara songsang. Tidak pernah berlaku dlm sejarah negara konsep ‘tebuk atap’ diamalkan utk jadi kerajaan.


Kerajaan Perpaduan perlukan UMNO dan DAP utk halang PAS. Politik ekstrimis, politik perpecahan bangsa/agama dan politik kekampungan dibawa PAS hanya membawa negara kita berundur ke belakang.


Sdgkan Anwar mahu UMNO kembali menjadi parti dominan di kalangan org Melayu. Sebab itu Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Asyraf Wajidi sebagai Pengerusi Mara.


Jika mahu Anwar boleh berikan pemimpin Amanah utk portfolio tersebut. Tapi Anwar beri pada Zahid utk UMNO bangkit fokus bantu org Melayu.


UMNO kena kaji kenapa mereka ditolak oleh org Melayu. Dikatakan UMNO hilang 4 juta pengundi Melayu sejak 2018.


Kemuncak kemarahan org Melayu bila melihat UMNO terlalu korupsi dan menjadi ditaktor atau salah guna kuasa.


KJ sendiri pernah beritahu punca kekalahan atau ditolak oleh org Melayu kerana Najib (1MDB). Tiba tiba hari ini org UMNO sgt keras membela Najib.


Benar utk menyakinkan ahli UMNO tetapi org Melayu yg dulu menjatuhkan UMNO kerana Najib bagaimana?


Sepatutnya peluang yg ada diberi oleh Anwar utk UMNO bangkit kembali digunakan dgn tata kelola yg baik. No more korupsi dan kita kena ikut reform Pemisahan kuasa antara Kerajaan (Eksekutif) dan Mahkamah (Kehakiman).


Benar ramai kawan dari UMNO sindir saya, kenapa kes Muhyiddin terlalu lewat? Saya beritahu berkali kali sebab Anwar tidak campur tangan urusan kehakiman.


UMNO tidak boleh bangkit utk membela dosa2 yg telah dilakukan Najib. Pemimpin dtg dan pergi… sepatutnya perkuatkan UMNO dgn wajah baru bersama Presiden skg.


Bukannya menaruh harapan kpd Najib buat comeback utk UMNO kembali diterima org Melayu. Bukannya guna kuasa utk control mahkamah pemimpin kami tidak boleh didakwa.


Bagaimana kita hendak jawab pada rakyat… curi duit berpuluh juta tapi kena tahan di rumah. Tak adil utk rakyat dan bagaimana UMNO hendak yakinkan rakyat yg parti ini sudah berubah?


Jika berlaku penentangan (kempen), begitu mudah parti lawan menyerang UMNO. UMNO masih ramai pemimpin hebat selepas Zahid nanti seperti Johari Ghani, Dr Zambry, Asyraf Wajidi, Shahar Abdullah dan lain2.


Malah imej Najib di mata dunia sgt teruk kerana kes 1MDB ini adalah korupsi paling besar dlm sejarah dunia sebagai pemimpin negara.


Sebab itu saya katakan jika bersimpati dgn Najib ok tetapi jgn letakkan Najib sebagai jantung UMNO. 


Jika UMNO masih meletakkan harapan kpd Najib, rakyat akn melihat parti ini langsung tidak berubah. Menjadi kerajaan hanya utk Najib keluar penjara dan bukan utk melakukan reform membela nasib rakyat yg teruk dicuri oleh pimpinan.’


Mana mungkin seorang korupsi berpuluh juta malah berbillion mahu diangkat kembali menjadi pemimpin. Tepuk dada tanyalah selera…




No comments: