Alif Jamil
Cuba tentuan tengok cara Ratu Naga ni menipu.
Dia gi ambil data dari indeks DXY, kemudian dia pandai² pi tolak pula dgn indeks USD/MYR dan kononnya dapat angka penyusutan -0.44%.
Ratu Naga ni dia belajar kaedah kira kekuatan matawang dari Ayah Pin cawangan mana?
Sejak bila pulak indeks DXY tu boleh ditolak tambah dgn USD/MYR?
Indeks DXY tu hanya digunakan untuk merujuk kekuatan USD melawan negara² besar Eropah dan Jepun saja.
Malaysia tak termasuk dalam bakul DXY.
Asia Tenggara tak termasuk dalam DXY.
Jadi macam mana pula dia boleh campak USD/MYR masuk formula matematik dan buat kiraan kekuatan Ringgit?
Saka mana yg ajar Ratu Naga main bantai tambah tolak mcm tu ?
Kalau betul nak tahu matawang negara ni kuat ke tak, kena rujuk Nominal dan Real Effective Exchange Rate (NEER & REER).
Disitulah kita boleh tengok kekuatan sebenar Ringgit berbanding negara² yg Malaysia berdagang dgn mereka termasuklah dgn US tu sendiri.
Dan berdasarkan data Bank Negara Malaysia,
- NEER Ringgit sedang menguat sekitar +5.3% YTD tahun 2025.
- REER sedang berada pada kedudukan yg stabil sekitar indeks 102 (2020 = 100)
Maknanya sekarang ni , Ringgit sebenarnya memang sedang menguat berbanding matawang rakan² dagang utama termasuklah dgn Eropah dan US.
Tentuan tak perlu jadi pakar ekonomi atau pakar forensik akaun untuk baca data² ni.
Cukup tentuan tahu dimana nak rujuk angka yg
sahih dan bukan main campak nombor ikut selera politik.
Dan yg paling penting sekali , jgn rujuk berita dari Ratu Naga, Papagomo dan sekutu² saka yg lain sebab diorang ni banyak bawak ajaran sesat dalam ekonomi.
Kalu ikut ajaran sesat Ratu Naga ni habis jahanam ekonomi negara ๐ช

No comments:
Post a Comment