Tanah di Kampung Sungai Baru memang bukan tanah MAS (Malay Agricultural Settlement) seperti di Kampung Baru, yg berstatus pegangan kekal (freehold). Sebaliknya ialah tanah pajakan (leasehold) yg ada tempoh tertentu.. biasanya 99 tahun.
Bila tempoh leasehold hampir tamat, nilainya memang akan jatuh kalau takda usaha sambungan pajakan. sebab tu ramai pemilik asal memilih bekerjasama dengan pemaju supaya nilai hartanah naik semula (dengan syarat rundingan adil).
Jadi bila ada pihak sebut "mahu tanah warisan kekal", ia mungkin lebih kepada sentimen atau maksudnya mereka mahu kampung itu dikekalkan sebagai penempatan turun-temurun, bukan semata-mata soal undang2 pegangan tanah. Dari segi perundangan, memang benar tanah leasehold tidak boleh dianggap kekal kecuali kerajaan negeri memperbaharui atau menukar statusnya.
Leasehold: hak milik sementara, mesti diperbaharui bila tamat tempoh.
Freehold (pegangan kekal): hak milik mutlak, lebih sesuai dianggap “warisan kekal”.
Isu “warisan” yang dibangkitkan Rafidah mungkin lebih kepada emosi & identiti kampung, bukannya status sebenar tanah di pejabat tanah.

No comments:
Post a Comment