SELAMA INI TIADA SIAPA YANG BERANI USIK ANAK BERANAK INI...TERMASUKLAH PM SEBELUM INI. KINI TIBA MASA NAK PASTIKAN HARTA YANG DISAKAW KEMBALI PADA RAKYAT.

 

Alif Jamil





Selepas puluhan tahun rakyat bertanya akhirnya harini SPRM mengesahkan secara rasmi bahawa siasatan terhadap aset Tun Dr Mahathir, anak-anaknya dan sekutu mereka telah dimulakan secara rentas sempadan. 






SPRM kini menjalankan siasatan rasmi terhadap aset bekas Perdana Menteri, ahli keluarga dan kroni beliau dgn kerjasama agensi luar negara melalui Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) khususnya dgn United Kingdom. 


Siasatan ini dijalankan dibawah Akta SPRM 2009 dan Akta AMLATFPUAA 2001 yg melibatkan elemen² pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. 


Dua anak Tun juga turut dipanggil untuk mengisytiharkan aset mereka didalam dan luar negara sebagai sebahagian dari proses siasatan menyeluruh ini.


Sumber menyatakan, proses ini mmg sangat rumit kerana ia melibatkan instrumen undang² antarabangsa serta kerjasama pelbagai agensi luar negara. 


Tapi SPRM dah tegaskan bahawa siasatan tetap diteruskan secara telus dan menyeluruh.


Kenapa Proses Ini Makan Masa? 


1. Aset² yg terkumpul tak pakai nama sendiri. 

Kebanyakan aset disimpan dalam nama Trust , nominee , syarikat offshore dan akaun² kroni. 

 

Sebagai contoh:- Kalau ada apartment mewah di London, tapi ia didaftar atas nama shell company di BVI, jadi SPRM kena jejak struktur lapis demi lapis. 


2. Kena lalui MLA (Mutual Legal Assistance)

SPRM tak boleh main terjah ambik dokumen di UK. 


Mereka perlu lalui beberapa proses seperti :

- Hantar permohonan rasmi melalui saluran diplomatik

- Tunggu kelulusan mahkamah UK

- Lantik peguam tempatan

- Terima dokumen ikut prosedur sah


Negara luar ada undang² kerahsiaan kewangan yg ketat. 


Setiap dokumen perlu disemak, ditentusahkan dan kadang² tu kena buktikan ‘reasonable suspicion’ dulu baru la boleh proceed. 


3. SPRM kena buktikan “illicit enrichment”..

Bukan hanya cukup dgn kenyataan “Dia kaya luar biasa.”


Sebaliknya SPRM kena buktikan:

- Wang itu datang dari sumber haram atau tak diisytihar.

- Tiada kemampuan sah miliki aset² tersebut. 

- Ada money trail yg membuktikan pengubahan wang haram. 


Itulah sebabnya siasatan ini memerlukan SPRM utk buat audit semula terhadap pelbagai dokumen lama yg merentasi puluhan tahun termasuk dgn akaun² syarikat korporat yg beroperasi sejak 20 hingga 30 tahun lalu.


Laporan² berkaitan kontrak konsesi yg dianugerahkan ketika era penswastaan, serta surat sokongan rasmi dari kementerian pada zaman pentadbiran beliau yg mungkin menjadi asas terhadap penganugerahan projek atau aset² bernilai tinggi kepada individu atau entiti tertentu.


Dalam kes berprofil tinggi seperti ini, pasukan peguam pihak yg disiasat biasanya akan guna pelbagai taktik melengahkan proses seperti memfailkan injunksi, mencabar kesahan siasatan, membina persepsi politik untuk alih tumpuan awam dan memanjangkan prosedur perundangan dgn harapan rakyat akan lupa. 


Ini strategi klasik "drag the case, kill the momentum". 


5. Tiada had masa untuk siasat kekayaan haram. 

Undang² SPRM dan AMLA takde ‘statute of limitation’.

Selagi ada bukti, SPRM boleh siasat kekayaan dari era 1980-an sampai sekarang.


Jadi siapa yang rasa dah 'terselamat' sebab zaman dah berlalu, berita buruk untuk anda.


Langkah ini bukan sekadar siasatan biasa. 


Sebaliknya ini isyarat kpd seluruh negara bahawa zaman “untouchable” telah berakhir. 


Kalau dulu rakyat yg bongkar skandal seperti kronisme, penswastaan seleweng, konsesi berat sebelah semuanya dianggap ‘anti-establishment’.


Tapi harini, kerajaan Madani sendiri membuka jalan siasatan dgn cara paling berani.


Ini juga mesej kepada pelabur dan rakyat bahawa tiada siapa diatas undang² hatta bekas perdana menteri paling lama berkuasa sekalipun wajib mengikut proses yg sama. 


Kes ini mmg akan makan bertahun² panjangnya. 

Entah sempat selesai ke tidak pon kita taktahu. 


Dan ya kita juga tak boleh terkejut kalau akhirnya siasatan ini tidak menemui bukti kukuh untuk mensabitkan sesiapa pun. 


Bukan kerana tiada salah laku berlaku tapi kerana segala bukti telah dibersihkan lebih awal melalui struktur kewangan yg rumit, disorok dibawah nama proksi atau syarikat luar pesisir, disimpan dinegara yg tidak sedia beri kerjasama penuh atau perlahan² dilupuskan sejak 20–30 tahun lalu sewaktu mereka masih berkuasa penuh.


Oleh sebab itu , Anwar Ibrahim mesti dijatuhkan by hook or by crook. 


Jika tidak , segalanya akan reset dan kembali seperti sediakala.



No comments: