Laungan reformasi bergema, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan. Pindaan RUU itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen menerusi undian belah bahagian, dengan 148 undi menyokong, lima puluh tujuh tidak mengundi dan 17 tidak hadir.





No comments: