PENDAKWAAN TERPILIH



Setiap kali politikus kena dakwa, jarang sekali mereka ngaku mereka salah. Walaupun 4 jenis Mahkamah dalam negara dan 13 Hakim semuanya buat keputusan sama. Tetap mereka dakwa mereka innocent. 


Selalunya mereka claim ada pendakwaan terpilih. Atau dalam omputih “Selective Prosecution”. Dakwa dakwi mereka, musuh mereka yang kenakan mereka, mereka tak bersalah sebenarnya. 


Hari ni kita kena paham betul2. Apa dia konsep “Pendakwaan Terpilih” ini? 


Nak bagi paham, konsep Pendakwaan Terpilih ni macam tanya “Kenapa saya sorang je yang kena?”


Analoginya masa kita di sekolah, Abu kantoi ponteng. Bila kena tangkap, dia cakap, “Sebelum saya ni Ahmad pun ponteng, kenapa saya kena, dia tak kena?”  


Thing is, adakah dengan Ahmad tak terkantoi, maknanya Abu langsung tak buat salah? Dia tetap kantoi memonteng kan? Dia sendiri yang ponteng, bukan orang lain. Makanya dia kena hadap la. 


Dalam kes TPM semalam, TPR cakap salah satu alasan untuk DNAA atau “Lepas Tanpa Bebas” ialah, kerana pendakwaan terpilih. Mereka kena semak balik penyiasatan kerana masa awal lagi ada campur tangan. 


This doesn’t make sense at all. Kalau pun katanya penyiasatan Flip Flop, Mahkamah dah putuskan, menang peringkat Pendakwaan. Sudah dapat PRIMA FACIE dah pun. Maknanya first stage dah settle. 


Sang Penyiasat dan Pendakwa dah jalankan kerja dengan jaya. Mahkamah dah percaya, ada kesalahan dilakukan, hanya menanti hujah pembelaan. 


Ini yang pentaksub susah nak paham. Kita bukan persoalkan pembebasan kalau bukti tak cukup atau ada campur tangan terawal. Kita persoal cara ia dilakukan. 


Kalau betul ada bukti lain yang boleh dibawa. Fight dalam la Mahkamah sampai habis. Buktikan anda tak bersalah. Bukan minta DNAA side bar. Guna kuasa TPR pula! Tambah TPR dah habis tanggungjawab butkikan kes mereka. 


Lagi satu, kalau betul la ada pendakwaan terpilih dan campur tangan. Itu kesalahan lain dari kesalahan kes TPM ini. Kalau ada PM terdahulu campur tangan dan mengugut, dah ada salah guna kuasa. Boleh siasat dan dakwa dia. Bukannya minta kes anda disucikan pula! 


Pegangan saya simple. 


Mana baik, kita sokong. Mana salah, kita bantah. 


DNAA during Prima Facie case is a mockery to our justice system. Plain and simple. 


Ia bukan saja mockery kepada sistem keadilan negara, tetapi mockery kepada rakyat jelata, yang percaya Kerajaan ini boleh bawa reform yang perlu dalam negara. Bukan seperti Kerajaan sebelum ini, yang terkenal dengan diktatorship dan putar belit. We expect more from you. 


The very least, allow the case to finish by a separate entity. Iaitu Mahkamah. Bukan guna kuasa cabang Eksekutif lantikan anda, iaitu Peguam Negara. Yang anda ada kuasa ke atasnya. 


Kalau pun mereka claim PM tak tahu dan tak campur, optiknya dah tak elok. AG sebelum buat keputusan mesti lapor kepadanya. Ini kes orang nombor dua dalam Kerajaan. Takkan la depa pakat diam saja? 


Sorry, I believe in Unity, but not at the risk of humiliating the country. 


Setia saya kepada negara. Bukan parti dan politikus, bila mereka tak layak menerima. 


PMX please fix this dan umum reform segera. Pecahkan kuasa Pendakwa dan Peguam Negara. 


Kalau ini tidak dibuat, ramai akan hampa. Anda ni sama saja dengan mereka. Reform nya di mana? 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: