YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Hotel Shangri La, Bangkok pada 9 Februari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pic
Tingkatan enam tidak perlu ikut cara belajar sekolah
Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terlalu diikat
dengan peraturan sekolah, sebaliknya perlu diberi sedikit kelonggaran, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menjawab soalan diajukan seorang pelajar pada Program Temu Anwar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai petang semalam, Anwar berkata,
Tingkatan 6 adalah pascasekolah dan budaya perlu diubah dengan tidak lagi
dilayan seperti sesi persekolahan biasa.
Jelasnya, ramai pelajar Tingkatan Enam pada sesi dialog sebelum
ini telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya lama persekolahan lalu
mengusulkan agar ia diubah.
“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru
melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka
lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah.
“Jadi ada cadangan supaya tak semestinya ia kolej berasingan.
Kalau pun sebahagian daripada (kawasan) sekolah tetapi jangan terikat dengan
peraturan sekolah dan beri sedikit kelonggaran,” tambahnya sambil berkata akan
membawa perkara itu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sementara itu pada program serupa, Anwar berkata kerajaan menerusi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan untuk memulakan
projek hospital universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beliau berkata, projek hospital universiti antara dua permohonan
mendesak yang diperlukan oleh universiti berkenaan selain kolej kediaman.