WALAU SAYA DIGELAR KHIANAT,SAYA RELA TIDAK KHIANAT HARAPAN RAKYAT


 Di bawah ini adalah jawapan Najib Razak terhadap kenyataan Ahli Parlmen Arau, Shahidan Kassim yang menyifatkannya akan jadi pengkhianat jika menolak untuk meluluskan Belanjawan 2021.

Shahidan kemudian menjelaskan, kenyataannya tidak ditujukan kepada Najib, tetapi beliau terlepas cakap kerana diganggu semasa menyampaikan ucapannnya.


Walaupun Arau dah jelaskan dia tak maksudkan saya, saya berpendapat bahawa ianya lebih elok untuk saya digelarkan “pengkhianat” jika ini bermakna saya tak khianat pada kehendak dan harapan Rakyat untuk pengeluaran dari akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir Jun 2021.

Sedangkan PH dah lama tuduh kerajaan PN penuh dengan pengkhianat dan inj bernakna saya tidak akan berseorangan.

Kedua-dua kehendak dan keperluan yang kita nyatakan sebagai syarat untuk sokong Bajet 2021 adalah soal hidup atau mati bagi ramai yang sangat terdesak pada krisis Covid ini.

Yang tak perlukan, mereka tak berkesan. Tapi yang amat perlukan, ianya mungkin adalah soal hidup atau mati bagi sekeluarga.

Kenapa dan bagaimana kedua-dua syarat boleh dilaksanakan tanpa memberi kesan kepada kerajaan sudah diberitahu saya dalam parlimen minggu lepas.

Sebab itu, ianya lebih elok jika kerajaan penuhi sahaja kedua-dua syarat ini demi kebaikan semua pihak dan ekonomi negara.

Najib Razak, Pengerusi BNBBC/19 Nov. 2020.

—————————————————–

Daripada jawapan Najib ini, apa yang nyata ialah beliau tidak berganjak daripada sokongan bersyarat atau tuntutan yang dibuatnya sebelum ini iaitu kerajaan mestilah membenarkan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10 ribu dan memberikan lanjutan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi jika mahu sokongan daripada BN.

Jika tidak dipenuhi, Najib dengan jelas menyatakan beliau lebih rela dianggap pengkhianat, asalkan tidak khianat kepada keperluan dan harapan rakyat yang amat memerlukan wang ketika ini.

Maka, apa pilihan Muhyiddin Yassin?

Sediakah beliau bertolak ansur atau rela Belanjawan 2021 ditolak yang bermakna hilang sekali jawatan Perdana Menteri?

Bola kini di kaki Muhyiddin dan Najib sedang menunggu ke mana ia akan disepak

(Shahbudindotcom 19/11/2020)



No comments: