1. Dalam politik angka penting. Saya tidak perlu mengajar PM dan PH yang jauh lebih lama dan hebat politik mereka.
2. Tapi Post Mortem PH Sabtu lalu seolah2 PH kalah 500 undi bukan 15000 undi.(PH menang di PRU 500 undi)
3. Beza besar kalah/menang 500 undi dengan kalah/menang 15000 undi.
4. Post Mortem PH Sabtu lalu post mortem biasa seolah2 PH kalah 500 undi bukan kalah 15000 undi. Walhal kekalahan PH tempohari bukan kalah biasa. Kalah yang luarbiasa.
5. Rombak kabinet bukan satu yg luarbiasa. Rombak Kabinet perkara biasa. Malah dalam kes kerajaan PH ini rombakan sudah seharusnya berlaku lama dahulu. Tidak perlu tunggu mssej Tg Piai.
6. Kekalahan luarbiasa Tg Piai menuntut tindakbalas luarbiasa. Mengapa hanya tindakbalas biasa yang kita lihat Sabtu lalu?
7. Apakah PH juga sudah jadi tidak peka dan pekak sepertimana BN dahulu? BN menjadi pekak selepas 60 tahun manakala PH menjadi pekak dalam masa 16 bulan shj.
8. Mengapa double standard dan hipokrit? Dahulu semasa BN berkuasa, setiap mesej kekalahan BN di letakkan tanggungjawab kepada Najib. Mengapa sekarang Mahathir tidak dikatakan bertanggungjawab? Jatuh BN dalam PRU 14 kerana Najib, Kalah besar PH di PRK bukan kerana Mahathir?Itu double standard dan hipokrit namanya.
9. Ya, orang marah menteri kabinet. Bukankah yang melantik dan menggugur menteri kabinet Perdana Menteri? Mengapa beliau degil tidak mahu gugurkan menteri tak tahu buat kerja? Mengapa terus bela menteri yang tiada maruah dan ada dakwaan serius terhadapnya?Mengapa PM tidak mahu bertanggungjawab bila sekarang rakyat marah?
10. Ya, orang marah juga kerana politik kaum. Bukankah Kongres Maruah Melayu PM sendiri pengucap utama? Mengapa tidak ambil tanggungjawab?
11. Ya, pengundi keliru kerana sikap tidak menentu. Bukankah PM yang semasa PRU14 sekutunya PKR dan DAP dan Amanah tetapi selepas PRU di Kongres Maruah Melayu, PM yang sama menjulang tangan musuhnya semasa PRU14, UMNO dan PAS? Siapa yang kelirukan orang? Bukan PM?
12. Bila kalah teruk, menteri salah, parti salah tapi bukan PM? Ini kalau tidak munafik dan hipokrit kelas tertinggi, Ianya adalah kebebalan kelas tertinggi. Sampai bila Mahathir mahu main politik jijik ini?
13. Terimalah hakikat PRK Tg Piai adalah mesej luarbiasa dan menuntut tindakbalas luarbiasa. Rombakan kabinet tindakan biasa dan tidak akan beri kesan apa2. Yang akan memberi kesan ialah tindakan luarbiasa dan perlu. PM sendiri mesti bertanggungjawab dan beliau sendiri harus berundur dan bikan sekadar berundur tetapi BERUNDUR SEGERA!
14. Sekiranya berundur setahun lagi itu langkah biasa dan memang sepatutnya tetapi setelah Tg Piai dia harus berundur lebih awal dan itu barulah dikatakan langkah luarbiasa.
15. Dari segi praktis, kekalahan luarbiasa ini menuntut perubahan besar bukan sekadar perubahan kecil dr PH. PH perlu menukar naratifnya dan menukar naratif politik tidak mudah. Ia perlu masa. Amat sukar dan amat bahaya PM baru yang mengetuai PH didalam PRU 15 nanti boleh menukar naratif sekiranya waktunya memimpin pendek dan terhad.
16. Tg Piai memberi amaran jelas bahawa PM baru perlu membawa naratif baru PH dan perlu waktu lebih panjang kerana penolakan rakyat sekarang maksimal.
17. Makanya, PM janganlah berdolak dalik lagi. Lakukanlah perkara yang betul dan perlu. Sila undur diri dan undur dengan segera!
18. Kalah 500 undi ya kalah biasa dan respons biasa, rombak kabinet. Kalah 15000 kalah luarbiasa dan perlu respons luarbiasa. Rombak ketua kabinet!
Mohamad Ezam Mohd Nor
25 Nov 2019, 28 Rabiul Awwal 1441H.