Calon PM: Hadi perlu konsisten berpolitik- Wan Ji
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjadi tidak konsisten dalam politik dan amalan Islamnya, kata pegawai kerajaan Pulau Pinang ketika persaingan antara dua pakatan pembangkang semakin memuncak.
Wan Ji Wan Hussin, yang merupakan pegawai penerangan kerajaan Pulau Pinang, mengkritik Hadi mengenai pandangannya yang tidak konsisten berhubung calon perdana menteri.
Hadi pada mulanya menuduh penasihat DAP Lim Kit Siang mahu jadi perdana menteri. Lim, yang merupakan pemimpin parlimen DAP yang juga parti komponen PH.
Apabila Lim menafikannya dan berkata PH akan mengumumkn calon Melayu, Hadi mengubah kenyataannya, kata Wan Ji.
Hadi kemudiannya berkata amalan PH menamakan calon PM tidak selaras dengan amalan Nabi sendiri,” kata Wan Ji dalam satu kenyataan hari ini.
“Tindakan Hadi jelas menunjukkan beliau tidak konsisten dalam mengamalkan kepercayaannya.
“Dalam satu pandangan, sikapnya terhadap agama sangat berbahaya dan berpotensi mengelirukan pengikutnya sendiri dan fahaman mereka tentang agama.”
Hadi mengetuai PAS dalam Gagasan Sejahtera Rakyt yang akan menentang pakatan pembangkang PH dan pemerintah Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14).
PH ditubuhkan bersama DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.
Hadi berulang kali menyerang PH dan kerajaan negeri Pulau Pinang, namun pemerhati mengatakan beliau jarang mengkritik BN dan Umno, walaupun parti Melayu berkenaan menjadi saingan utama ketua PAS itu.
Dalam kenyataannya, Wan Ji berkata isu calon perdana menteri untuk PH menjadi tumpukan umum sebagai maklum balas kepada masalah yang dicipta oleh pentadbiran persekutuan BN.
“Walaupun tindakan PH dalam menyelesaikan masalah yang dicipta BN tidak melanggar prinsip dan ajaran Nabi,” kata Wan Ji.
“Adalah lebih baik untuk presiden PAS memikirkan politik dan mekanisme untuk berhidmat kepada rakyat. Tidak menyalahgunakan teks Ilahi bagi memperkukuhakn BN yang saban hari membawa kerosakan kepada sistem politik dan membebankan golongan pertengahan.”
“Hadi sepatutnya mengikut ajaran Islam yang mengajar kita untuk tidak berpuak-puak dan tidak membantu kezaliman yang dibuat oleh anggota masyarakat kita sendiri. Pada pendapat saya, itulah ajaran Nabi yang sebenar.”