Labur dalam 1MDB tak meyakinkan, KWSP bagaimana pula? – Tun M
Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan rancangan kerajaan Najib Razak melabur lebih AS$3 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS), dengan mengatakan rekod lampaunya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menyakinkan.
“Kerajaan, tentu saja, mempunyai hak mengambil wang ini sebagaimana dikehendaki. (Tetapi) kami tertanya-tanya sama ada wang ini adalah pinjaman kepada kerajaan,” katanya dalam blognya yang popular, chedet.cc.
“Para pekerja mungkin ingin mengetahui terma-terma pinjaman. Pihak pengurusan kerajaan 1MDB tidak dapat meyakinkan rakyat yang mereka mahir dalam menguruskan wang.
“Sekiranya gagal membuat keuntungan, bagaimana ia akan membayar pinjaman kepada para pekerja Malaysia?”
Perdana Menteri Najib semasa lawatan tiga hari ke Washington baru-baru ini mengumumkan Malaysia akan melabur lebih AS$3 bilion wang KWSP dalam pembangunan semula infrastruktur di AS, bersama perjanjian Malaysia Airlines untuk membeli 16 pesawat daripada Boeing bernilai AS$10 bilion.
Dr Mahathir mempersoalkan kewajaran melabur di AS ketika kerajaan “nampaknya tidak mempunyai wang. Malaysia Airlines juga bukan syarikat penerbangan paling menguntungkan di dunia”.
“Persoalannya, adakah kita akan melihat semula AS$ 10 bilion atau akan hilang seperti wang 1MDB?”
Pengerusi Pakatan Harapan dan Bersatu itu berkata lawatan Najib untuk menawarkan bantuan kepada AS mungkin akan tercatat dalam sejarah “sebagai contoh terbaik bagaimana orang miskin boleh menolong yang kaya”, dan perdana menteri harus mengucapkan tahniah kerana menjadikan Malaysia sebagai pelabur hebat bagi memulihkan ekonomi dan infrastruktur negara maju.
Dr Mahathir juga secara menyindir berkata pekerja Malaysia pasti menyokong penggunaan pencen mereka untuk memperkasakan AS dan tidak keberatan kehilangan wang mereka