Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir
Demonstrasi #Bantah GST 501 bermula di empat lokasi. Masjid Negara, Masjid Jamek, Central Market dan Sogo. Perserta dari Masjid Negara dipimpin Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu; di Sogo diketuai Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan di Central Market diketuai oleh Anthony Loke dari DAP.
Perarakan paling ramai adalah dari Masjid Negara. Kira-kira 15,000 peserta kebanyakannya ahli PAS dari seluruh negara bergerak pada jam 2.30 petang. Mereka melaungkan undur Najib dan berarak ke persimpangan Jalan Tun Perak – Jalan Raja laut di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Bantah GST hingga mansuh
Tiba di Dataran DBKL terdapat peserta melaungkan ke arah penguatkuasa DBKL ‘Jom sertai kami’. Penguasa menjawab mereka menyokong tetapi bekerja.
Konvoi dari Masjid Negara yang membawa pelbagai sepanduk bantah bergabung dengan peserta DAP dari Central Market sejumlah 15,000 serta 10,000 demonstran dari Masjid Jamek.
Hadapan Dataran Merdeka dipenuhi lautan manusia. Mat Sabu dan beberapa pimpinan berucap dari atas lori mengecam kerajaan BN yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat.
Beliau mengungkap event Hari Buruh disambut di seluruh dunia, sama ada di negara maju mahu pun negara membangun seperti Malaysia. Di negara ini matlamat demo adalah membantah GST sehingga mansuh.
Ketika ini kelihatan sepanduk lebih meriah mempersoalkan perbelanjaan Najib – Rosmah dan pembelian jet peribadi. Sebuah pick up membawa ahli parlimen DAP Anthony Loke dan pemimpin himpunan Hijau, Wong Tack bergerak ke tengah persimpangan dari Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pimpinan DAP berucap pada sebelah simpang Jalan Tun Perak – TAR manakala pimpinan PAS berucap pada simpang Jalan Tun Perak – Raja Laut.
60,000 demonstran
Pada jam 3.00 petang, lori yang dinaiki Mat sabu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, sasterawan rakyat A Samad Said, Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang dan beberapa tokoh lain bergerak ke arah Maju Junction.
Peserta menyanyikan lagu-lagu yang dimainkan dari pembesar suara. Lagu-lagu tersebut rakaman dari kumpulan The BangArt: ‘Najib Penipu’, ‘Ole-ole Malaysiaku’, ‘Kami Lawan’ dan beberapa lagi lagu mengecam kerajaan BN sepanjang perjalanan.
Beberapa letupan mercun bom kedengaran apabila konvoi tiba di kawasan berhampiran Sogo. Spekulasi mendakwa puak anak muda anarki melempar mercun tersebut bagi memeriahkan demonstrasi.
Pada pukul 3.15 kumpulan dari Sogo bergabung dengan konvoi dan menjadikan peserta melebihi 60,000. Rakyat yang membeli belah di jalan TAR juga turut serta berdasarkan pakaian yang berwarna warni dan tiada persediaan untuk berhimpun berpakaian baju T merah atau hitam.
Konvoi berhenti rehat di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail sebelum meneruskan perjalanan ke arah KLCC. Perjalanan panjang itu menarik perhatian pengguna jalan raya sepanjang kira-kira 10 kilometer.
Lalu lintas berhenti sepenuhnya dan konvoi amat panjang. Pada pukul 4.15 petang, apabila konvoi paling hadapan berkumpul di bangunan Afin Bank bertentangan KLCC, konvoi di belakang baru sahaja selesai meninggalkan Maju Jucntion.
Ke KLCC
Sepanjang 8 kilometer jalan dipenuhi demonstran berpakaian kuning, merah dan hitam. Mereka terus membawa poster ‘Kita Lawan’, ‘Undur Najib’, ‘Undur Rosmah’, ‘Bantah GST’ dan lain-lain.
Ucapan pemimpin dimulakan di atas lori pada jam 4.30 petang. Ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani pembuka pentas. Beliau yang juga Naib Presiden MTUC berucap mewakili pekerja dan sejarah himpunan 1Mei.
“Pada Mei 1886 di Chicago, Amerika Syarikat golongan pekerja menentang kerja lebih masa. Hari ini kita berhimpun untuk menyuarakan isu-isu masyarakat.
“Kita tentang GST cukai haram jadah. Kerajaan kata kita maju. Pendapatan RM300 bilion setahun tetapi rakyat dikenakan cukai GST,” katanya disambut sorakan peserta.
Beberapa pemimpin lain berucap, termasuk Mat Sabu. Mat Sabu mencuit hati dengan berkata ramai yang menyokong himpunan itu. Mungkin dalam kalangan peserta ada Mahathir, Tengku Razaleigh, Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Ella….
Ucapannya disambut gelak ketawa.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula berucap membandingkan perkara yang dibuat kerajaan BN dengan apa yang dilakukan oleh penjajah British di India. Salah satu persitiwa terkenal apabila British mengenakan cukai ke atas garam.
“Cukai itu menyebabkan rakyat India membuat garam sendiri dan tidak membeli garam dari British. Cukai yang tinggi menyebabkan banyak kerajaan jatuh.
“Saya yakin 2 tahun dari sekarang (PRU 14), kerajaan BN juga akan jatuh,” katanya.
Himpunan diakhiri pada jam 6.00 petang dengan doa yang dibacakan oleh bekas Naib Presiden PAS ustaz Ahmad Awang.
Tiada ulama PAS yang menyertai himpunan itu kecuali ustaz Idris Ahmad. Jelas, persediaan himpunan sehingga penganjurannya dilakukan oleh kumpulan Mat Sabu.
Seolah-olah memberitahu kepada rakyat Abang Mat masih disanjung oleh ahli biasa PAS walaupun akan ditamatkan riwayat kepimpinannya oleh ustaz dan ulama yang menjadi perwakilan pada Muktamar Jun depan.
Sebaik sahaja himpunan tamat kumpulan The BangArt bergerak ke tengah-tengah demonstran yang memenuhi di setiap penjuru jalan hadapan KLCC. Amir, vokalis The BangArt menyanyikan beberapa buah lagu popular yang menjadi tema perhimpunan sehingga jam 6.10 petang sebelum kebayakan peserta bersurai.
Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir
Semua hujah menteri kerajaan BN bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik dan rakyat mula menerimanya terjawab pada petang 1 Mei 2015. Kira-kira 60,000 rakyat bangkit melawan menyatakan GST cukai yang kejam dan wajib dimansuhkan.Demonstrasi #Bantah GST 501 bermula di empat lokasi. Masjid Negara, Masjid Jamek, Central Market dan Sogo. Perserta dari Masjid Negara dipimpin Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu; di Sogo diketuai Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan di Central Market diketuai oleh Anthony Loke dari DAP.