7 hari: Anwar perlu jelaskan hubungan ‘intim’ Najib Razak dengan Apco

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di beri masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.
Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).
Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding APCO Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mempromosikan konsep 1Malaysia mempunyai persamaan kepada kempen 'Satu Israel' yang dicanangkan Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.
Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen.
Pakatan Rakyat bagaimanapun berhujah pihak Speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak keatas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang berlaku salah bebas dari sebarang tindakan.-TVS-

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding Apco Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak untuk menaja konsep 1Malaysia yang dikatakan ada persamaannya dengan kempen 'Satu Israel' daripada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee telah mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa parlimen.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun berhujah bahawa pihak speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak ke atas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang membuat kesalahan sebelum ini, telah bebas daripada sebarang tindakan.

No comments: